Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

18 Januari 2011

Undi proksi taktik terbaru SPR bantu BN kekal berkuasa?

DAP menentang sekeras-kerasnya cadangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem undi proksi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng yang terkejut dengan cadangan itu berkata, beliau percaya taktik itu bertujuan membuka ruang kepada BN bagi memanipulasi sistem undi bagi kepentingan politik.

“Berdasarkan rekod lampau BN yang menyeleweng proses pilihan raya secara melampau dan kegagalan SPR untuk memastikan pihak bertanding patuh kepada peraturan, kita percaya sistem undi proksi ini akan digunakan untuk ‘membenarkan’ kewujudan pengundi hantu,” kata Guan Eng.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana keputusan itu dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pakatan Rakyat, sepertimana cadangan hampir 30 pindaan pilihan raya sebelum ini.


“Bagaimana mungkin SPR akan dipercayai sebagai sebuah badan berkredibiliti yang bebas, adil, neutral dan berkecuali dalam menjalankan pilihan raya?” kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng, sistem undi itu ditolak kerana dua perkara iaitu bagi memastikan kewujudan pengundi hantu dan menggalakkan amalam membeli undi secara berleluasa.

“BN sudah pun mempunyai kelebihan 3M – wang (money), kawalan media, dan jentera (machinery). Membenarkan sistem tersebut akan hanya membolehkan BN mempunyai lebih banyak ‘senjata’ melawan

Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Putrajaya,” kata Guan Eng.
Justeru, DAP akan menghantar Ketua Pemudanya, Anthony Loke, dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai untuk bertemu SPR dan membincangkan perkara tersebut.

Dap juga katanya akan memantau kemungkinan SPR melakukan proses persempadanan semula daerah mengundi seperti yang diperuntuk dalam perlembagaan supaya
tidak disalahgunakan.

“Kita tidak boleh tolak kemungkinan persempadanan semula itu dilakukan kerana SPR boleh mendakwa mereka tidak memerlukan kelulusan dua pertiga Parlimen kerana persempadanan nanti tidak melibatkan perubahan kerusi, cuma sempadannya sahaja yang berubah,” kata Guan Eng.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu temubual dengan sebuah laman portal semalam menyatakan bahawa agensi itu sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem undi proksi pada pilihan raya umum akan datang.

Undi proksi adalah satu sistem yang membolehkan individu tertentu membuang undi bagi pihak pengundi berdaftar yang lain seperti biasa diamalkan dalam badan korporat. Cadangan tersebut adalah sebahagian daripada 30 cadangan pindaan yang akan dibentang SPR di Parlimen Mac ini.


KeadilanDaily
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...