Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 September 2010

Wang Judi Haram, Tapi Lesen TOTO Dan 4 Nombor Ekor Diluluskan

Umno Dengan Judi Macam Kembar SiamPAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

28 September 2010

Hasil Cukai Judi Dibayar Gaji Kepada Pemimpin-Pemimpin Umno


Kerajaan Umno-BN Guna Hasil Judi Urus Negara
Ketika sibuk menuding jari kepada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa memberi bantuan kepada rakyat menggunakan hasil judi, kerajaan Pusat juga melakukan perkara sama, kata Ahli Parlimenm Rasah, Loke Siew Fook, hari ini.
Beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui hasil judi dikategori sebagai hasil cukai kerajaan dan dimasukkan ke akuan hasil yang mengumpulkan hasil cukai lain, untuk mengurus perbelanjaan negara.
Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar  elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri  Kabinet.

27 September 2010

Muhyiddin Pertahankan Pengetua Yang Bersikap Perkauman


Kenyataan Muhyiddin Bersifat Anti-Perpaduan
 Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran tidak berkuasa menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau dianggap tidak bertanggungjawab dan anti- perpaduan kerana pada masa yang sama beliau cuba menjadi hero perpaduan melalui gagasan '1Malaysia'.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar) berkata kenyataan Muhyiddin itu dilihat kurang bijaksana kerana seolah-olah mempertahankan pengetua yang bersikap perkauman terhadap pelajar bukan Melayu. 
"Sekurang-kurangnya mereka disiasat kerana melakukan provokasi terhadap murid-murid ini kerana mengikut Perlembagaan yang termaktub, kita perlu menjaga hak dan kepentingan semua kaum.

26 September 2010

Anwar - Nasib Orang Melayu Lebih Terbela Di Bawah Pakatan Rakyat


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan nasib masyarakat Melayu jauh lebih terbela berbanding hari ini, sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13. 
Bercakap kepada TV Selangor semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Teluk Kemang, Port Dickson hari ini, Anwar menegaskan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan menakutkan masyarakat Melayu. 
Namun malangnya ujar Anwar, idea Mahathir langsung tidak munasabah.
"Kenyataan Mahathir merupakan satu pandangan jumuk usang, bertujuan khusus untuk menutup kelemahan pada Umno dan memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu," kata beliau.
Bahkan ujar Anwar, sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang bersekutu dengan Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu.

Siapa Yang Luluskan Lesen Judi TOTO Dan 4 Nombor Ekor?

Umno Patut Malu, Mereka Lulus Lesen Judi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

25 September 2010

Mahathir Cuba Meniupkan Api Perkauman

Tun Mahathir Tepati Teori "Melayu Mudah Lupa"
Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori  beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Jika Pakatan Rakyat Menduduki Putrajaya, Umno Akan Hilang Kuasa Bukannya orang Melayu

Umno Bukan Melayu Hilang Kuasa, Kata Pakatan
Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Katanya, dakwaan Mahathir yang disiarkan di laman sesawang Umno-online, satu kenyataan bersifat perkauman.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

23 September 2010

Hidup Kita Janganlah Mengorbankan Prinsip

NUJ: Zahid Jangan Hidup Bercerminkan Bangkai
Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau menujukan kata-kata sinis itu kepada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari cenderung kepada pembangkang.

Justeru, tegasnya PAS menyokong penuh pendirian Hata untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.

“Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan.

Sumbangan RM4 Billion Hanya Palsu

Cek RM4 Billion: Kelantan Senarai Hitan I'DA World
Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

22 September 2010

Husam - Munajat Bersama 4O Ulamak Serta Tok Guru Pondok


Munajat Ulamak, Tok Guru Pondok Di Mekah Berhubung Tuntutan Royalti Minyak
Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.
Di dalam twitternya, Husam berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook -www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha tersebut.
Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.
Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan tersebut.

20 September 2010

Khalid - Apakah Polis Memilih Kes Berdasarkan Profil


Polis Dilihat Cepat Bertindak Terhadap Kes Berprofil Tingga Sahaja
Kecekapan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap kes jenayah tertentu dilihat seperti hanya menumpukan kepada kes berprofil tinggi sahaja manakala banyak kes lain dibiar begitu sahaja.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata ini berikutan terdapat empat laporan polis awal yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya sejak Januari lalu tetapi tiada tindakan serius diambil pada masa itu.
"Pertama, saya ingin menegaskan tindakan polis patut dipuji di dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati kerana kita dapat lihat betapa cepat dan lancar polis bertindak sejak mendapat laporan kehilangan beliau bermula dengan proses mencari bukti hinggalah kepada penangkapan suspek.
"Tetapi pada masa yang sama polis gagal mengambil tindakan terhadap empat laporan terdahulu yang diantaranya kehilangan seorang peniaga warga India yang dikaitkan secara langsung dengan suspek kes ini. Tindakan polis yang tidak konsisten ini menimbulkan tanda tanya," tegas Khalid.

18 September 2010

Komen Shamsul Iskandar, Kakitangan TV Selangor Dipanggil Polis

TV Selangor Diarah Beri Kenyataan KepadaPolis
Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan bersabit laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.

Umno Putar Belit Isu Bukan Islam Masuk Masjid

'Ustaz Kamal' MIC Pula Didakwa Masuk Masjid
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.- Malaysiakini

17 September 2010

Isu Air Hanya Politik Donggeng Umno-BN


Kelantan Dijanjikan Air Bersih, Sabah Dan Sarawak Terabai Berpuluh Tahun
Kerajaan Umno-BN hanya melontar kata-kata retorik apabila menjanjikan Kelantan bekalan air bersih jika dapat menawan Kelantan.
Kordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Thevarajan berkata, ini kerana Sabah dan Sarawak yang berpuluh tahun menjadi 'deposit tetap' BN masih tidak berpeluang menikmati bekalan air yang sempurna sehingga hari ini.
"Kini sudah terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya Sarawak semakin dekat dan ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN memenangi undi dengan taktik lama menabur janji-janji manis," tegas beliau.
Katanya lagi, rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih celik dalam isu politik negara dan dapat mengenali parti yang mampu melaksanakan janji dengan yang hanya pandai bermanis mulut.

Suspek Memiliki Harta Kekayaan Luar Biasa

Pembunuhan Kejam Sosilawati: Suspek Ada Harta Lebih 100 Juta


Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek(gambar) utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan. 

Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga lagi rakannya.

14 September 2010

Kemungkinan Sosilawati Terselamat,Jika Polis Dapat Selesai Empat Aduan Awal

Kes Sosilawati: Mangsa Mungkin Selamat Jika Empat Aduan Awal Diselesai
Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.

Mahathir Banyak Melakukan Dosa Kepada Orang melayu


Mahathir Sesal Tak Sudah, Hancurkan Masa Depan Melayu
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. 
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. 
Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. 
"Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu.

13 September 2010

Polis Menahan Seorang Peguam Dan Dua Beradik Yang Disyaki Membunuh Jutawan Sosilawati Serta Tiga Individu


Lapan Individu Ditahan, Suspek Akui Bunuh Sosilawati
Polis mengesahkan penahanan seorang peguam berpangkat Datuk dan dua beradik yang ditahan bagi merungkai pembunuhan hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu.
Polis sebelum itu menemui empat mayat yang dibunuh dan dibakar, sebelum abu mereka ditaburkan di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, Banting.
Polis mempunyai sebab untuk mempercayai mayat yang dijumpa di sebuah ladang ayam di Tanjung Layang, Morib semalam adalah Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mayat Jutawan Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibakar Dan Dibuang Kesungai

Jutawan Sosilawati, Tiga Lagi Dipikul Hingga Mati Dan Dibakar
Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.”

11 September 2010

Jika Bakar Al-Quran,Terry Jones Adalah Pengkhianat Kepada Islam


Allah Laknat Pemimpin Agama Bakar Al-Quran
 Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.
“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Laman Web Malaysia Today Digodam Akibat Siarkan Skandal Rasuah Umno-BN


Malaysia Today Diserang, Dihalang Siar Dokumen Bongkar Rahsia PM
Pihak tertentu mahu menyekat portal sensasi Malaysia Today dari menyiarkan dokumen yang dikatakan membongkar skandal membabitkan pemimpin atasan Kerajaan Malaysia.
Laman yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin(gambar) dilanda masalah teknikal yang misteri sepanjang 24 jam lalu sebaik sahaja ia menerbitkan rencana memperincikan bagaimana Umno merompak kekayaan Sistem Penerbangan Malaysia.
"Kami diserang bertubi-tubi," kata Raja Petra kepada Asia Sentinal.
"Kita menghadapi masalah sejak 12 jam lalu, dan sehari sebelum itu selama 24 jam. Nampaknya seseorang melaburkan wang yang banyak untuk menghalang kami dari ke udara," tambah beliau.
Bahkan, akses unit teknologi laman web itu berjaya dipulihkan hanya buat seketika, sebelum akses itu terputus kembali.

10 September 2010

Sebenarnya Umno Yang Perkudakan Islam Untuk Mencapai Cita-cita Politik

Pas Kecam Mahathir Tuduh Jual Agama
 PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.
“Tun Mahathir melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, Mahathir sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka ‘berkarat biru’ macam bekas perdana menteri itu.
“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapuk dan berkulat,” ujarnya.
Menurutnya, mereka yang menyokong Umno termasuk anak-anak Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja sementara perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.

Demi Kepentingan Politik, Mereka Sanggup Mencemarkan Kemuliaan Bulan Ramadhan


Kikis Sifat Kebencian, Fitnah, Dendam
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa kesal kerana demi kepentingan politik murahan sesetengah pihak sanggup mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan dengan melemparkan fitnah dan tohmah sesama Islam tanpa mengira batasan syarak dan moral.
"Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai," tegas Anwar dalam perutusan Hari Raya Eidul Fitri.
Katanya sepatutnya bulan Ramadhan yang mulia mengajar umat Islam agar memupuk nurani untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam.
"Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
"Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.

07 September 2010

Najid Tak Ada Di Surau, Macamana Beliau Tahu YB Teo Sampaikan Tazkirah?

Jawatankuasa Surau Nafi Dakwaan Najib YB Teo Sampaikan Takzirah

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Anwar - Kebanyakan Isteri Pemimpin Umno Tidak Menutup Aurat Ketika Memasuki Masjid


Pemimpin Umno-BN Gagal Tunjuk Contoh Akhlak Mulia
Pemimpin Umno-Barisan Nasional gagal menunjukkan tauladan serta model yang baik untuk menjadi ikutan rakyat dari segi akhlak, moral mahupun memenuhi tuntutan syarak dan agama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengambil contoh isteri pimpinan Umno yang kebanyakannya tidak menutup aurat hatta apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan.
Bagaimanapun Umno dilihat begitu pantas menyerang pimpinan Pakatan Rakyat yang bukan Islam apabila mereka berkunjung ke masjid atau surau dengan tujuan untuk mendekati masyarakat Islam.
"Bagi mereka ini jika pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam  tidak menurut tuntutan agama seperti menutup aurat, ia tidak menjadi isu kepada mereka. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang bukan Islam ia menjadi heboh dan diperbesarkan.
"Dalam Islam akhlak dan peribadi ini adalah menjadi keutamaan. Apabila kita mahu orang lain mencontohi Islam yang adil kepada semua, maka pemimpin itu sendiri mesti membuktikan bahawa kepimpinan mereka juga adil. Isteri-isteri mereka juga perlu menutup aurat.
"Apabila isteri pemimpin Islam masuk dalam masjid mereka menutup aurat. Apabila yang bukan Islam melihat akhlak yang ditunjukkan itu akan menjadi contoh kepada mereka. Namun begitu contoh ini tidak dilaksanakan oleh kebanyakan pemimpin yang sering menyalahkan orang lain," tegas Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan 100 ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim anjuran JKKK Kubang Semang dan Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh di perkarangan Masjid Kubang Semang semalam. 

04 September 2010

Pemilik Tanah Felda, Ada Antaranya Doktor Gigi


Faekah - Pemimpin Umno Di Selangor Antara Pemilik Tanah Felda
 Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.
Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.
Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.
Beliau yang  membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.
"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang  melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri .
Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.
Dalam temu bual itu, Faekah mengakui  Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan  pimpinan Umno.
Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasionaltermasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.
"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi.-SK

02 September 2010

Idris Ahmad - Asalkan PAS Memerintah Sahaja, Wang Royalti Bertukar Jadi Wang Ihsan


Umno Makin Takut Selepas Kelantan Saman Petronas

PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad(gambar) berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara.

Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...