Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
27 Mei 2013
Umno jangan berlakon, rakyat tolak politik ganas
Umno jangan berlakon dan mendakwa kononnya rakyat yang bersalah kerana parti itulah yang memaksa mereka turun ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Datukl Mahfuz Omar.
Malah, katanya, penangkapan demi penangkapan tidak akan dapat meredakan kegelisahan rakyat terhadap perbuatan Umno yang merampas demokrasi dan keadilan.
"Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri.
"Jangan salahkan rakyat, Umnolah yang memaksa rakyat lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan yang dirampas oleh parti itu," katanya.
26 Mei 2013
PRU13 saksikan muafakat PR pada tahap terbaik - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahlinya agar tidak menafikan bahawa muafakat yang dibina selama ini bersama PAS dan DAP cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.
Ketika berucap dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional Keadilan ke-9 beliau begitu kagum dengan pemuafakatan yang terbina ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sehingga mencatat kemenangan 51 peratus undi popular dalam PRU13, 5 Mei lepas.
"Rakan-rakan PAS dan DAP membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama PKR,DAP dan PAS cukup baik sehingga tidak ada kecacatan komitmen ketiga-tiga parti," katanya di hadapan kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati.
Puluhan ribu bersesak di Padang Timur, Amcorp Mall
Puluhan ribu kini memenuhi Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall dekat sini bagi menyertai himpunan Suara Rakyat 505.
Mereka yang mula berkumpul sejak petang tadi mendengar pelbagai ucapan dan cerita mengenai penyelewengan pilihan raya yang bverlangsung 5 Mei lalu.
PAS diketuai oleh timbalan presidennnya, Haji Mohamad Sabu kerana Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Turki bagi menyertai satu seminar gerakan Islam di sana.
Turut serta adalah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain pemimpin kanan PAS.
Penganjur utama program ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Langgan:
Catatan (Atom)