Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
28 Mei 2012
Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno dalam perniagaan pendidikan mereka.
Tanpa menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah yang dihadapi negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk kepentingan kroni ekoran kerangkanya yang tidak sihat.
Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Suaram desak SPRM buka kertas siasatan Scorpene
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan mengenai skandal Scorpene yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan semua syarikat yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam berkenaan.
“Zahid perlu senaraikan semua syarikat yang terlibat dalam pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan penggunaan dalam jumlah yang besar wang pembayar cukai.
Media perdana gelapkan kes Scorpene di Perancis- Cynthia
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita mengenai skandal Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat perbicaraan di Mahkamah Perancis.
Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama.
Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes pembunuhan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
20 Mei 2012
Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis
Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.
Najib pengecut jika enggan ke Mahkamah Perancis- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain.
“Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran.
Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS
Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei ini (esok).
Beliau akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang.
Anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.
15 Mei 2012
Nor Yakcop, Umno tak perlu undi bukan Melayu -Lim Guan Eng
Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan sahutan perkauman “Ketuanan Melayu” dengan ugutan dan taktik ketakutan bahawa Malaysia akan kembali kepada tahun 1511 jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13. 1511 adalah tahun kejatuhan kesultanan Melaka kepada kuasa Portugis dan permulaan penaklukan kuasa asing di Malaya.
Tan Sri Nor menggunakan tahun 1511 untuk menyokong dakwaan palsunya bahawa pembangkang tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui agenda bumiputera. Perbandingan ini adalah salah kerana Portugis merupakan kuasa asing manakala pilihan raya umum ke-13 akan ditentukan oleh rakyat Malaysia. Ironiknya, sepatutnya PR yang menuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kehadiran pengundi hantu yang diragui, termasuk warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih, yang berupaya untuk memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang akan datang.
Tan Sri Nor menggunakan tahun 1511 untuk menyokong dakwaan palsunya bahawa pembangkang tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui agenda bumiputera. Perbandingan ini adalah salah kerana Portugis merupakan kuasa asing manakala pilihan raya umum ke-13 akan ditentukan oleh rakyat Malaysia. Ironiknya, sepatutnya PR yang menuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kehadiran pengundi hantu yang diragui, termasuk warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih, yang berupaya untuk memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang akan datang.
Bersih 3.0 mati: Hisham, timbalan KPN merapu
Dulu dia dakwa tiada bukti wujud unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), sekarang dakwa pula polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Demikian jawapan serta merta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu apabila diminta mengulas tentang dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengenai perkara itu ketika beliau menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin sebelum itu mendakwa, terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.
Skandal NFC: Shahrizat tekan Bank Negara ambil tindakan pemberi maklumat
KEADILAN menempelak tindakan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk mengheret pemberi maklumat semata-mata menutup penyelewengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan sebelum ini bahawa mereka tidak berdendam dengan sesiapa kecuali beliau.
“Saya letakkan tanggungjawab ini kepada Shahrizat, sebab sebelum ini (Pengerusi NFC, Datuk Seri) Salleh Ismail pernah berkata, akan berbincang dengan keluarganya berkenaan apa tindakan yang akan dibuat.
1511: Nor Yakcop ‘buta pekak’ di Pulau Pinang
Jingga 13 menyelar kenyataan yang amat memalukan dan tidak bertamadun oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yakcop di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang dengan menyatakan bahawa negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke 13.
“Jingga 13 benar-benar kesal bagaimana seorang menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kebodohan, tidak matang, memalukan serta tidak realistik apabila menganggap bahawa negara akan kembali ke zaman feudal pada tahun 1511 jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya,” kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.
08 Mei 2012
Haram sertai himpunan: Apa pula ‘fatwa’ polis sepak peserta, sebar gambar lucah?
Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram umat Islam menyertai perhimpunan hanya berkepentingan politik, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Menurutnya, keputusan majlis itu boleh dicabar dari sudut integriti kerana tidak mendapatkan maklumat sahih dengan mengadakan pertemuan dengan semua pihak terlibat.
“Jika diteliti semula, jelas membuktikan fatwa ini tiada nilai integriti kerana menyebelahi sesebuah pihak sedangkan ianya bertentangan dengan kaedah sebenar yang mesti bebas.
Fatwa Terhadap BERSIH 3.0 Sempit, Ikut Acuan Umno
Mereka juga mengatakan adalah tidak adil bagi Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 tanpa melihat gambaran menyeluruh himpunan tersebut.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa itu bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.
34 polis mengganas di Himpunan Bersih dikehendaki
Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.
Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.
Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.
05 Mei 2012
Najib wajib jawab rasuah Scorpene – Saifuddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik kroninya.
“Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.
Pengumuman penting Anwar dalam 'Merdeka Rakyat'
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting dalam siri jelajah 'Merdeka Rakyat: Pasca Bersih 3.0' akan bermula 7 Mei ini.
Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, pengumuman itu antara lain berkaitan dengan kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang sebelum ini mengaku sebagai ahli Umno.
Pengumuman itu dijangkan dibuat pada malam pelanjaran program jelajah itu di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak 7 Mei ini.
04 Mei 2012
SPRM perlu siasat dakwaan Najib dapatkan USD1b
Pendakwa Perancis mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sejumlah USD1 bilion bagi pihak Perimekar daripada syarikat pembuatan kapal Perancis DCNI, iaitu anak syarikat DCN.
Perkara itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu sidang media tengah hari tadi.
Dalam satu dokumen yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.
Bersih 3.0: Rakyat makin marah kenyataan polis
Sikap polis masih lagi tidak menunjukkan perubahan dan masih lagi dibayangi UMNO, seolah-olah tugasan polis di zaman purba.
Semakin banyak polis membuat kenyataan mengenai Bersih 3.0, semakin membara kemarahan rakyat, kata Timbalan Presiden Mohamad Sabu.
"Kita tahu, tujuan mereka hendak buat 'damage control' atau hendak kawal kemusnahan imej Umno dan polis sendiri.
"Baguslah, cakaplah banyak-banyak dan tulislah banyak-banyak tak kiralah dalam TV atau di mana-mana sekalipun.
Gambar lucah: Najib beri lampu hijau – Saifuddin
Media kawalan Umno yang begitu bernafsu menyiar fitnah terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, budaya fitnah yang diamal Umno BN jauh daripada pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan Najib selama ini.
“KEADILAN mendesak Najib bertanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.
03 Mei 2012
Ingat 250,000 mahu PRU adil – Ambiga
(Ratusan ribu rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil) |
Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.
“Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.
"Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka,” kata Ambiga dalam satu kenyataan.
Labels:
000 mahu PRU adil – Ambiga,
Ingat 250
Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan – Hatta
Isu seks dan fitnah saja modal Utusan untuk jadi pembela kepada riwayat UMNO terakhir..
Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca ‘rezeki’ mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.
Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.
“Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa
Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai
Transformasi Najib dalam politik masih lagi zaman purba..
Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk.
“Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri.
“Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.
Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.
Gambar lucah Azmin untuk hancur PKR
Mohd Sayuti Omar
Sekali lagi akhbar penyambung lidah syaitan yang juga terdesak kerana jangka hayatnya semakin menirus dan bakal hangus kerana bapak tirinya juga sedang nazak, menyambung agenda fitnah mereka dengan mendedahkan foto skandal seks melibatkan pemimpin parti pembangkang.
Kali ini yang jadi mangsanya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jamban tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adegn itu sampai ke jamban tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.
02 Mei 2012
Jijiknya pemimpin peralat polis untuk kekal kuasa
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapati jelas kini polis terbawa- bawa dengan cara seluruh polis di dunia membelasah demonstran. Dari Barat hingga Timur, tidak ada beza polis dalam bertindak. Yang mereka tahu ialah membelasah, memukul dan menembak ke arah demonstran yang tidak bersenjata.
Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka masih sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.
Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.
Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka masih sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.
Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.
Hishamuddin Dicabar Dedahkan Arahan Kepada Editor
Perkara itu dinyatakan Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada TVSelangor hari ini.
Menurutnya, pada 27 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk bertemu beliau.
Rakyat boleh dibelasah kerana mahu jaga Dataran?
Pergerakan menuju ke Dataran Merdeka berjalan lancar dan dilakukan bagai sebuah pesta. Ada yang memukul gendang, ada yang bernyanyi dan ada yang membawa pelbagai kain rentang dan poster yang mempamerkan tuntutan agar pilihanraya dilaksanakan dengan besih dan adil.
Langgan:
Catatan (Atom)