Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 September 2013

Bumbung masjid di Terengganu runtuh lagi


Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

16 September 2013

Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba - MSO


Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahaaluf syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahaaluf syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara spesifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andaian ini silap sebab tahaaluf syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat anjing berjimak (lama).

12 September 2013

Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka


Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang akan diadakan Sabtu ini.

Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.

Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.

10 September 2013

Antara Muak Dengan UMNO Dan Muak Dengan Pemimpin UMNO




A

pabila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed mengatakan rakyat sudah muak dengan UMNO berikutan janji untuk berubah yang dilafazkan sebelum pilihanraya tetapi tidak ternampak perubahan sebaik memenangi pilihanraya, ungkapan beliau itu bagaikan renjatan letrik bagi sesetengah orang. Sementara ramai yang bersetuju, ada pula yang tersinggung, terasa hati, malah marah kepadanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa UMNO mesti berubah untuk kekal relevan. Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan UMNO berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini.

09 September 2013

Saran BN bertindak terhadap penyamun politik curi wang negara RM51 bilion setahun

lge-pp

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion.

Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.

05 September 2013

Malaysia masih perlu ‘merdeka’ daripada Umno


Sememangnya Malaysia sudah merdeka, tapi masih perlu bebas daripada Umno BN. Sejarah menceritakan segala-galanya. Jika sejarah diteliti, kita akan dapati bahawa Umno BN ini sebenarnya bukanlah parti orang Melayu, tetapi Parti British berbangsa Melayu. Orang-orang Melayu diperalat untuk kepentingan “pewaris” takhta penjajah ini.

Mereka gagal mempertahankan kepentingan orang Malayu. Perlembagaan yang kita guna pada hari ini, segala akta draconian yang dilaksanakan, sebenarnya adalah antara warisan penjajah yang sangat hebat dipertahankan oleh Umno BN. Tulisan jawi dihapuskan, Bahasa Inggeris dimartabatkan, malah terus-menerus diam dalam menyatakan ketegasan terhadap isu Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Mesir.

04 September 2013

Kami tak pernah 'berperang' dengan ROS - DAP


DAP hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah "melancar perang" terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), sebaliknya mendakwa jabatan tersebutlah lebih dahulu menghukum DAP di media.

Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah berusaha semampu mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan ROS berhubung isu pemilihan semula CEC, namun tiada ruang diberikan untuk mereka bersemuka.

"DAP tidak pernah melancarkan “perang” terhadap ROS melalui media. ROS sendirilah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas DAP melalui media apabila mereka mengumumkan keputusan untuk mengarahkan DAP membuat pemilihan semula melalui media terlebih dahulu pada 29 Julai yang lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Harga minyak naik: Hari-hari terakhir Najib


Kenaikan harga minyak memperlihatkan kepada kita satu lagi babak kisah hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Sejarah berulang lagi. Apa yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kini sedang berlaku kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Sama seperti Pak Lah, Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan Najib juga membuat kesilapan seperti Pak Lah dalam pembentukan kabinetnya selepas PRU13," katanya.

01 September 2013

Tanda Putera: Filem sejarah atau fiksyen?


Filem Tanda Putera telah pun saya tonton di pawagam. Selain mahu melihat sendiri gembar-gembur tentang filem ini, ia juga saya anggap sebagai sumbangan peribadi saya kepada penerbit filem tersebut demi menyokong kemajuan filem tempatan. Mudah-mudahan dengan wang tiket yang saya bayar itu, sedikit sebanyak akan dapat membantu memajukan lagi filem tempatan.

Saya sebagai penonton mempunyai pandangan sendiri, saya akan cuba berlaku adil menilai filem ini.

Menurut laporan media, kos filem ini sekitar RM4.5 juta, ia dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta lagi daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Tidak termasuk penajaan dari syarikat kerajaan seperti syarikat penerbangan Malaysia (MAS).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...