Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Oktober 2010

Ustaz-Ustaz Umno Mencari Dalil Untuk Menghalalkan Maksiat

Umno Peralat Agama, Orang Agama Untuk Politik
Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum.

Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.

"Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat.

"Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN," katanya.

Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur.

Anwar Optimis Kemenangan PR Di Batu Sapi

Sokongan Meningkat, PR Tembus Kubu Kuat Umno-BN Di Batu Sapi
Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.

Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkakat kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

"Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu. Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

"Walaupun kita berjaya menembusi kawasan-kawasan ini cabaran kita ialah merayu kepada mereka supaya berani membuat perubahan sebagaimana pengundi Sibu.

30 Oktober 2010

PAS-DAP Hanya Kerjasama Bukan Menggadaikan Perinsip Islam

PAS-DAP: Kempen Umno Makin Terdesak Di Galas
Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam.

Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam.

"Ada dua kerjasama- kerjasama tahaluf, iaitu satu kesefahaman di dalam menentang kezaliman dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Kerjasama kedua ialah kerjasama wala' yang memberi kelonggaran kepada Islam dengan menggadaikan ketetapan Islam sehingga sanggup menentang Islam," katanya.

Beliau menjawab dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas bahawa, PAS hanya membuat fatwa ‘ikut suka’ demi kepentingan diri.

29 Oktober 2010

Kerjasama PAS Dengan DAP, Muhyiddin Terus Menghentam PAS

Fatwa 'Ikut suka pas': Umno keliru Dan Terus Keliru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Kunjongan Muhibbah Pakatan Rakyat Menemui Penduduk Tionghua Di Kampung Pulai

Jentera Pakatan Tawan Masyarakat Tionghua
Kesungguhan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad begitu terserlah dalam pilihan raya kecil Dun Galas kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihan raya menggambarkan keutuhan parti yang menakutkan Barisan Nasional.

“Kita tengok pergerakan jentera parti ini boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS,” ujarnya.

Beliau ditemui ketika bersama Dr Zulkefli dalam siri kunjungan muhibbah ke Kampung Pulai yang mempunyai 471 pengundi, majoritinya kaum Tionghua.

Nurul Izzah juga berkata dalam masa berkempen, penerimaan masyarakat Tionghua terhadap calon PAS amat memberangsangkan seperti lawatan di Kampung Baru dan Kampung Pulai

Nasib Umno Umpama Lebai Malang, Melayu Tidak Terbela, Islam Tidak Terjaga


Kerjasama: Umno Umpama Lebai Malang
Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

25 Oktober 2010

Demokrasi Menjunam, SPRM Dan Media Diperalatkan Oleh Umno-BN

Umno-BN Keluar Dari Amalan Demokrasi
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.

"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.

"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.

Ansari Abdullah Dipilih Calon PR Dalam PRK Batu Sapi


PRK Batu Sapi: Ansari Abdullah Bawa Misi Besar Pakatan Rakyat
 Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.
Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.
Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.

22 Oktober 2010

Umno Takut Mahasiswa Berpolitik

Siswa Berpolitik : Umno Memang Double Standard
Ahli parlimen muda Pakatan Rakyat mendakwa kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyokong hak mahasiswa berpolitik dalam Perhimpunan Agung Umno lalu sebagai kenyataan populis politik.

Biarpun Khairy dilihat lantang dalam isu tersebut, namun kerajaan Umno BN sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk membuka ruang tersebut kepada mahasiswa negara ini.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, mereka berkata, jika Umno mahu memberi ruang sekalipun, tentunya ianya sangat double standard seperti apa yang berlaku pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke(gambar) berkata, kementerian juga menunjukkan sikap double standard jika mahasiswa jurusan sains politik terbabit dalam kajian politik sempena kempen pilihan raya akan dikenakan tindakan.

Ini, katanya seperti apa yang berlaku kepada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Auku.

"Tetapi pada masa yang sama, dua mahasiswa UKM didapati terbabit dengan perbarisan Perhimpunan Agung Umno. Adakah mereka ini akan dikenakan tindakan?" soal beliau yang juga Ketua Pemuda Dapsy.

Dr Zulkefli Diumunkan Sebagai Calon Pas Di Galas


Galas:Dr Zulkefli Calon Pas 
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

19 Oktober 2010

Umno-BN Tidak Nampak Asas Dan Pahala Mengikut Acuan Islam

Umno didakwa pinggir roh agama dalam pemerintahan
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sekular dan berorientasikan semangat perkauman yang sempit.

Nik Abdul Aziz mendakwa, akibat meminggirkan roh agama dalam pentadbiran menyebabkan berlakunya penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat.

“Pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Islam. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyekat kebebasan bersuara kepada pembangkang dengan tidak memberikan permit (berceramah),” katanya pada forum anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diadakan di Taman Universiti, di sini, semalam.

17 Oktober 2010

"Di Mana Video Testimoni Rahimi Yang Saya Serahkan Kepada Peguam Anwar?" - RPK

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

14 Oktober 2010

Petronas Dipaksa Beli Tanah Daripada Kroni Umno-BN

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong (gambar) mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

11 Oktober 2010

Rakyat Negeri Johor, Lebih Ramai Bekerja Di Singapura

Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan
PAS meminta Umno supaya jangan menjadikan bilangan rakyat negeri Kelantan yang ramai di luar dari negeri itu sebagai kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kerana ia hanya akan menyusahkan Umno kemudian hari.

Ketua Penerangan PAS, Ustas Idris Ahmad berkata, jika itu hujjah Umno, sebenarnya rakyat di negeri Umno lebih ramai mendapatkan pekerjaan di luar negeri itu berbanding rakyat Kelantan.

Bagi beliau, bekerja di luar dari negeri sendiri bukan bukti kukuh kegagalan kerajaan negeri menyediakan pekerjaan.

"Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja di sana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang confirm negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan," kata beliau dalam satu kenyataannya.

PAS, katanya, ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahwa seramai 700 rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.

Muhyidin yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.

PAS, kata Idris, ingin mengingatkan, pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan.

Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti, tambah beliau.

Bagi Idris, rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden umno menunjukkan bahwa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah termasuk negeri Johor.- harakahdaily

Umno Bukan Untuk Rakyat Tapi untuk jaga kepentingan Politiknya

Jangan dekati Umno kerana ianya parti pengkhianat - Mahfuz
Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.(gambar)

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

07 Oktober 2010

Umno Terdesak, Bohongi Warga Emas

Umno Gentar Usaha Pakatan Bantu Warga Emas
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman membidas tindakan Umno yang dilihat melampaui batasan berkaitan wang penghargaan kepada warga emas sebanyak RM100 dengan mendakwa dari sumber judi.

Menurutnya, usaha yang sedang diambil oleh Umno mengutip semula wang tersebut adalah berniat jahat dan mempunyai motif tertentu di sebalik keghairahan mereka membangkitkan isu tersebut.

"Mereka senantiasa mengelirukan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam untuk menjerat dan memerangkap kerajaan negeri agar terpedaya dengan perangkap yang mereka pasang.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas

Penamaan Calun 26 0kt, PRK DUN Galas 4 Nov
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi - Bernama

04 Oktober 2010

Aziz Bari : Usah Hukum Usaha Pulih Demokrasi Parti



Penganalisis politik, Profesor Aziz Bari (gambar) berpendapat tidak adil bagi pihak tertentu untuk 'menghukum' Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata wujud masalah pada proses pemilihan peringkat cabang parti itu.

Menganggap ia sebagai perkara baik dalam memperkasa demokrasi kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, sebarang masalah mahupun kelemahan adalah petunjuk kedudukan kuasa rakyat dipulihkan.

"Di mana-mana negarapun, (perkara) yang baru diperkenalkan akan berhadapan masalah tetapi saya harap pada masa depan, ia akan bertambah baik," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Aziz mengulas paparan negatif media arus perdana memapar dan membesar-besar masalah pada proses pemilihan di beberapa cabang PKR walaupun 95 peratus cabang lain di seluruh negara, berjalan lancar.

Sebagai parti politik yang baru dan tidak memiliki prasarana lengkap, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, rancangan pemilihan langsung harus dilihat sebagai langkah positif.

"Ini kali pertama pemimpin dipilih ahli parti secara terus. Kedua, kedudukan PKR itu dengan sendirinya terdedah pada sabotaj dan pendedahan media yang negatif. Malah, ramai ahli begitu teruja untuk menggunakan hak mereka.

"Kerana tidak ada pengalaman, maka kekecohan dan mungkin salah prosedur serta masalah lain berlaku. Ini perkara biasa," katanya.

Beliau berharap prosedur sistem pemilihan dapat diperbaiki pada masa depan supaya PKR mampu menerajui budaya politik baru dalam proses demokrasi di negara ini, dengan menghakis anasir asing baik dalam mahupun pihak luar.

"Saya rasa kalau prosedur sistem itu telus, mereka yang nak mensabotaj itu akan berasa malu dan menghentikan kerja mereka. Pada saya, sabotaj dibolehkan selagi sampai ke tahap jenayah," katanya.- TVS

03 Oktober 2010

Jika Perkasa Dapat Sokongan Melayu, Ibrahim Ali Dicabar Bertanding DUN Galas

Ibrahim Ali Dicabar Tanding DUN Galas
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencabar (gambar) Datuk Ibrahim Ali bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membuktikan dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendapat sokongan masyarakat Melayu.

"Kalau dakwaan beliau benar, buktikan. Letak calon di Galas dan setidak-tidaknya cubalah dapat balik wang deposit pilihan raya, itu sudah cukup," kata Khalid terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Kata beliau, majoriti penduduk pekan Galas adalah Melayu dan sepatutnya Perkasa tidak menghadapi masalah memenangi pilihan raya kecil berikutan Ibrahim mengaku menerima sokongan meluas kaum Melayu.

"Saya mahu tengok Perkasa buktikan bahawa mereka memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Buktikan Melayu sokong dia," katanya kepada TV Selangor ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka PAS Shah Alam, Seksyen 24 petang tadi.

Walaupun Perkasa bukan parti politik berdaftar tetapi Ibrahim – antara Konsensus Bebas Parlimen, boleh menggunakan tiket calon Bebas untuk bertanding pilihan raya kecil itu.

Khalid berkata, DUN Galas adalah lokasi sesuai untuk Ibrahim buktikan segala kebenaran dakwaannya selama ini, apatah lagi Gua Musang adalah 'kubu kuat' Umno-BN, parti yang dianggap selari dengan perjuangan Perkasa.

"Biarlah dia (Ibrahim Ali) bertanding di situ. Kita mahu tengok sejauh mana dakwaan yang dia mewakili dan memperjuang orang Melayu serta diterima masyarakat Melayu,' kata beliau lagi.-SK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...