Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 September 2012

Pakatan realistik mansuh PTPTN, BN cuma mampu beri diskaun 20%


Pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melangsaikan hutang sekaligus, tidak akan menyelesaikan masalah golongan itu, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, peminjam yang rata-rata lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak mempunyai banyak wang hingga boleh melangsaikan keseluruhan hutang PTPTN.

“Mereka sangat terbeban dengan hutang PTPTN dan mana mungkin mereka dapat membayarnya sekaligus,” katanya ketika dihubungi.

Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ untuk beli undi rakyat



Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet yang tidak berhemah dan ‘ole-ole’ pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat.

27 September 2012

Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya!(bah 1) - Sakmongkol AK 47


Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi UMNO? Ye- kenapa mesti ? why at all? adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong UMNO?

UMNO guna 3 isiu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO jalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.

Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.

MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”


Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen “Krisis Air Selangor” yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.

“Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik


Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.

Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).

Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.

Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.

Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa
tawaran baru yang menarik, antaranya: -

Rapid: Melayu jadi hamba atas tanah sendiri


Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.

Sehubungan itu, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.

26 September 2012

Revolusi Mental Orang Melayu - Sakmongol AK47.


Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan UMNO pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan? You cant dismiss the majority.

Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.

Iklan air: Kenapa terdesak sangat?

KUALA LUMPUR

Apabila krisis air di Selangor dicipta dan dibesarkan, ia membayangka isu ini menjadi modal penting kempen pilihan raya umum ke 13. Lebih parah lagi pihak tertentu cuba menanamkan sentimen bahawa inilah padahnya apabila kerajaan negeri terlalu baik mahu memberi air percuma kepada rakyat. 

Walhal, isu ini bukan suatu isu dan ia bukan pula masalah yang timbul. Kerap kali Menteri Besar menafikan krisis air sedang berlaku di negeri tersebut dengan membawa beberapa fakta penting untuk diketahui oleh rakyat.

19 September 2012

PRU 13 penentu survival politik Najib, Umno BN


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sebagai penentu survival politik bangsa Melayu kerana beliau sangat takut kehilangan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu bertujuan menimbulkan ketakutan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila Umno BN tewas dalam pilihan raya nanti.

“Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain.

“Apabila perkara ini terjadi, Umno BN berharap orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong mereka kononnya disebabkan survival Melayu,” katanya pada sidang media di pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Hina Islam: Umno diminta henti politik hipokrit


Penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW berpunca daripada sikap segelintir orang Islam sendiri yang turut menghina Islam.

Apabila orang bukan Islam melihat penghinaan terhadap Islam dibuat dan tidak mendapat bantahan, maka mereka juga bertindak berani untuk berbuat demikian.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata perkara ini boleh dilihat ketika orang Islam sendiri, antaranya pemimpin Umno yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina Islam itu sendiri.

18 September 2012

Umno BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan


Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.

Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolah
Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara.

Pemimpin BN songlap RM200,000 geran bantuan setengah juta


Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah


PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.


“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.



Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

16 September 2012

Autonomi dipulangkan tapi Sabah, Sarawak perlu buang rejim tua


Pakatan Rakyat komited mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Memberi jaminan Sabah dan Sarawak bersama-sama Semenanjung tidak akan disia-sia seperti yang dilakukan parti pemerintah sejak sekian lama, beliau menyeru rakyat supaya berani bangkit membuat perubahan supaya tidak lagi ‘dipijak’ pemerintah zalim.

Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

Rasuah Dan Penipuan Berleluasa Punca Ibrahim Menudin Keluar UMNO


Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah.

Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.

Bekas bendahari Umno Sabah isytihar sertai KEADILAN


Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.

Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.

13 September 2012

Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR


Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog  http://suarapakatanrakyat.com/

Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

“PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun,” kenyataan itu dipetik.
.


Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.-Selangorku

Polis ada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat




Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

Pakatan setuju p’raya Dun Selangor berasingan



Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berasingan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata, keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan.

Jelasnya, Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Mentei Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa senarai nama daftar pengundi yang meragukan gagal dibersihkan sepenuhnya.

12 September 2012

Khalid Samad : Beli Senjata Tidak Berkualiti, Teguran Sultan Johor Munasabah


Teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenaan isu pembelian senjata yang tidak berkualiti dengan harga yang tidak munasabah adalah sangat tepat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Teguran ini katanya mengesahkan bahawa Kementerian Pertahanan merupakan antara ‘lubuk emas’ untuk berlaku penyelewengan dalam sesebuah kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, hal penyelewengan tersebut menjadi mudah kerana pembelian peralatan seperti senjata dan sebagainya adalah sulit.

Pindah wang secara haram, Shahrizat patut disiasat – Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu lagi bukti baru berhubung syarikat yang dikawal keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura.

Tiga rangkaian syarikat itu termasuk Meatworks Pte Ltd, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd dan Global Biofuture Pte Ltd disyaki melakukan pemindahan wang haram kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal lembu.

“Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada sumber kewangan atau tujuan pemindahan wang dibuat,” tegasnya.

Kawad cam berjaya kenal pasti samseng Umno


Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh beberapa kakitangan KEADILAN yang mengikuti konvoi Merdeka Rakyat.

Himpunan lebih besar jika saham FGVH cecah RM4


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bertegas akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam sehingga paras RM4.00 seunit.

Presidennya, Mazlan Aliman yang dihubungi memberitahu apa yang berlaku hari ini menunjukkan saham FGVH tidak menentu seperti menunjukkan analisis yang dibuat sebelum penyenaraian adalah tepat.

Malah menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sudah mengetahui bahawa pasaran saham akan mengalami kejatuhan namum mereka masih bertegas untuk meneruskan penyenaraian tersebut.

10 September 2012

“Kita kena ubah kerajaan sedia ada ”- Haji Hishamuddin Pesuruhjaya PAS Keningau 9 September 2012


Kedatangan UMNO ke Sabah dilihat cuba menyemai ketakutan, kebencian melalui semangat perkauman dan permusuhan antara suku dan agama agar mereka dapat mengekalkan kedudukan mereka.

Pesuruhjaya PAS Keningau, Haji Hishamuddin Sulaiman berkata demikian dalam ucapannya dihadapan sekitar tiga ratus orang hadirin pelbagai suku kaum dalam sesi pendengaran umum DAP Sabah bertempat di dewan Hotel Juta.

Memulakan ucapannya dengan beberapa rangkap pantun, beliau menekankan peri pentingnya masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama di Sabah hidup bersama dalam keadaan aman sentosa dan bersatu.

Kenanglah Jasa, tapi TOLAK Kemungkaran! - Sakmongkol AK47


Apabila Rais Yatim keluarkan kenyataan, saya rasa seram. Terutama apbila Rais membilang. 300 ribu dikatakan 2 ribu. Bagaimana seseorang boleh lie through his teeth. Bercakap bohong tanpa ada rasa bersalah. Setelah merenung panjang, saya rasa tidak ada kontradiksi. Beginilah gaya nya pemimpin UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong dan menipu tidak menjadi apa apa. 

Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian kedua UMNO.( is second nature to UMNO)
Setelah Jepun tewas dalam perang dunia ke2, Jepun ditadbir oleh Amerika melalui General McArthur. Apabila demokrasi di pulihkan, Jepun ditadbir oleh parti LDP Jepun semenjak tahun 1955. LDP ini adalah UMNO untuk rakyat Jepun.

Kalau Dr M sokong Najib...-Aspan Alias


Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”

Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.

Keganasan Terhadap Pakatan Rakyat “Dihalalkan”, Hina Umno-BN “Diharamkan”



Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.

“Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, ‘kencing’ gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada” katan

07 September 2012

Ramai saksi kasut dibaling walau tidak dirakam


Walaupun tiada gambar perbuatan membaling kasut dalam masjid, tetapi ramai yang menyaksikan perbuatan jahat ke atas rumah Allah itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu," kata beliau ketika menolak penafian Perkasa mengenai perkara itu.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusoff Ismail menuntut Mahfuz berhenti mengaitkan pertubuhan itu dengan perbuatan ganas membaling kasut ke dalam Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong di Alor Setar, Ahad lepas ketika berlakunya serangan pertubuhan itu ke atas rumah Allah itu.

Cubaan sabotaj ceramah Anwar di Labuan 15 Sept ini


Ketua Cabang KEADILAN Labuan, Simsudin Sidek berkata, terdapat cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke wilayah itu sempena sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat peringkat negeri Sabah pada 15 September ini.

Menurutnya, tempahan dewan yang dipersetujui untuk program itu dibatalkan kerana bimbang kononnya akan berlaku huru hara.

“Pada 8 Ogos lalu, saya membayar RM2,200 dan dewan milik sebuah NGO itu bersetuju sebelum membatalkannya hujung bulan lalu atas alasan bakal berlaku pergaduhan dan rusuhan dalam acara itu.

Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR


Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud

Gagal bendung kebangkitan rakyat, samseng Umno mengganas lagi


Disebalik ungkapan keamanan yang dilaungkan oleh regim Umno Barisan Nasional, menerbitkan rasa pelik dan janggal kerana apa yang dihidang di hadapan mata rakyat adalah sangat berbeza pendekatan yang dimainkan oleh regim pemerintah. Ternyata hanya mengungkap dengan kata-kata dan slogan sahaja tidak mampu untuk menyembunyi segala bentuk keganasan yang terpaksa dilakukan oleh regim terdesak bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara umumnya menegaskan taktik ganas yang digunakan selama ini adalah demi menakutkan orang ramai supaya menjauhi program-program anjuran Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan susuk Anwar Ibrahim.

Namun usaha berunsur keganasan tersebut gagal menakutkan rakyat malah lebih ramai yang hadir menunjukkan keberanian untuk bersama mempertahankan pimpinan Pakatan Rakyat.

04 September 2012

Budaya UMNO Selepas 55 Tahun Merdeka


Alhamdulillah. Malaysia telah mencecah 55 tahun merdeka. Kita harus berbangga dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini kerana sikap toleransi rakyat pelbagai kaum di Malaysia walaupun seringkali amanah negara dikhianati kerajaan UMNO-BN dan suku sakat mereka.

Kesabaran kita sangat tinggi biarpun wang negara dirompak, harga barangan keperluan meningkat, rasuah berleluasa, kadar kemiskinan bandar yang masih tidak memuaskan, kejadian jenayah yang makin membimbangkan, budaya fitnah yang makin membiak, monopoli kroni untuk projek tertentu dan pemimpin boros bermewah-mewah. Ya kita masih sabar.

Tabik juga pada seluruh parti oposisi. Pakatan Rakyat tidak pernah pun menghasut rakyat membuat kacau-bilau dan huru-hara. Jauh sekali menjatuhkan kerajaan dengan cara kudeta. Nau’zubillah.

UMNO-BN kaut untung jadi broker jual tanah – Guan Eng


Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Serang masjid tak hormat majlis agama


Tindakan sekumpulan samseng menyerang majlis tazkirah maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah suatu penghinaan kepada rumah ibadah.

Samseng yang dipercayai ahli Perkasa itu menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden itu sangat memalukan dan menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati majlis agama.

03 September 2012

Cara UMNO memuliakan Peneroka. - Sakmongkol Ak47


D r Mahathir sekarang sibuk beri taklimat kepada ADUN2 dan MP2 BN di Yayasan Perdana. Tidak mustahil PRU diadakan ketika orang menunaikan haji. Mahathir pernah lakukan begitu. Dan jika dia jadi pengarah PRU kali ini untuk UMNO, kita boleh expect PRU bulan Oktober 2012. Orang UMNO sambut baik penglibatan Dr Mahathir dalam menentukan masa depan UMNO.

Walaupun bukan dia yang bertanding, dia yang lebih gusar. Tapi kita tidak hairan. Walaupun dia bekas PM, hendak jadi perwakilan bahagian nya sendiri dia tak mampu. UMNO- kalau dia tak berkelahi dengan parti2 lawan, mereka berbunuhan sesama sendiri. Sebab itulah, Najib tak dapat selesaikan pemilihan calun lagi.

Sambutan Merdeka jadi sambutan politik Umno BN

B iarpun sepatutnya sambutan Hari Merdeka diraikan seluruh rakyat sengan mengenepikan segala perbezaan, namun perhimpunan “Merdeka 55: Janji Ditepati” di Stadium Bukit Jalil kelmarin dilihat tetap dipolitikkan oleh BN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak gagal menonjolkan dirinya sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan itu sebaliknya lebih menunjukkan dirinya sebagai Presiden Umno.

Ianya merujuk kepada ucapan penutup Najib yang mendakwa "pihak pembangkang dan musuh negara sedang mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...