Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
30 November 2011
Barisan Nasional Hukum Rakyat Dengan Undang-Undang Perhimpunan Awam.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono.
"Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya.
Integriti hangus, tekan Shahrizat hingga letak jawatan
Tarmizi Mohd Jam
SUDAH tiba masanya, Ketua Wanita Umno Malaysia mesti meletakan jawatan. Isu penyelewengan dana awam yang melibatkan syarikat anak-beranaknya, kian sukar ditepis. Integriti Umno cedera teruk akibat "pecah amanah" dalam syarikat lembu.
Selain Pakatan Rakyat dan Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan BN) Dato' Bung Mohtar Radin, tekanan NGO dilihat makin mara untuk menghentak Dato' Seri Shahrizat Jalil ke dinding.
Kongres Melayu Pulau Pinang mencabar Shahrizat melepas jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail.

28 November 2011
Akta baru hanya gimik jahat Umno BN
Mohd Rashidi Hassan
RANG Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibentangkan di Parlimen 22 November 2011 dengan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis, kemudian mewujudkan satu akta baru yang lebih melampau, kerana ia jelas bertentangan dengan lunas-lunas demokrasi.
Akta baru, antara lain tidak membenarkan protes jalanan manakala penganjuran perhimpunan awam memerlukan notis 30 hari kecuali peserta berada di kawasan yang ditetapkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Anwar : Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara
Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.
"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi
Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM
“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol- Lim Guan Eng
Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

26 November 2011
'Transformasi' Najib menuju diktator
Najib dan Umno akan terus menghalalkan apa cara sekali pun demi mengekalkan kuasa yang sudah usang....
Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.
Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.

AMK : Bersihkan Pilihanraya Atau Bertempur Di Jalanraya
JOHOR BAHRU- Tunaikan 8 tuntutan Bersih, atau hadapi ledakan tunjuk perasaan di jalanraya.
Begitu kata dua Angkatan Muda Keadilan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, meskipun pihak rejim baru-baru ini mengemukakan pelan memperkenalkan akta anti-Artikel 10 Perlembagaan yang lebih keras.
"Kalau mereka terus menghimpit kita, mereka masih mahu menipu pada pilihanraya, hanya ada satu sahaja pilihan iaitu lupakan pilihanraya....kita gunakan jalan raya!," sahut Shamsul disambut sorakan dari para perwakilan Kongres AMK ke-8.

PAS akan sertai Bersih 3.0
PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.
"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Labels:
PAS akan sertai Bersih 3.0
25 November 2011
Keluar mulut harimau masuk mulut buaya'
RUU itu di sifatkan seperti "keluar mulut harimau masuk mulut buaya", ia bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.
KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, RUU yang dibentang pada Isnin lalu untuk bacaan kali pertama itu jelas tidak mengambil kira pandangan Suhakam dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diwujudkan untuk menangani isu-isu berkenaan hak asasi dan demokrasi.

Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan
”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,
KOTA BHARU- Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.
Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.
Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.
NGO Kecam Penipuan licik Najib
Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.
Labels:
NGO Kecam Penipuan licik Najib
K'jaan tidak pernah bincang RUU Perhimpunan Aman
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kerajaan tidak pernah membincangkan perlaksanaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dengan badan itu.
"Perkara ini tidak pernah dibincangkan dengan Badan Peguam Malaysia dan kita melihat ia amat bertentangan dengan hak asasi negara ini dan juga perlembagaan.
"Saya membantah perlaksanaan tersebut serta tindakan kerajaan melaksanakan Rang Undang-Undang tersebut melanggari dengan amalan sistem demokrasi negara," jelas Pengerusi Bersih 2.0 itu.

22 November 2011
Air Kelantan: Tuduhan rambang, berniat jahat
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.
Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.

Video Fitnah: Umno peralat polis untuk penjarakan Anwar- Surendran
“Tiada keraguan satu konspirasi besar sedang berlaku untuk mendakwa dan memenjarakan Anwar Ibrahim,”
Pimpinan Umno-BN memperalatkan polis dalam cubaan untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, ia berikutan siasatan terhadap ketua pembangkang itu dalam kes video fitnah yang dihadapinya, ketika pilihan raya umum kian hampir.
“Satu siasatan jenayah baru telah dilakukan terhadapnya berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh satu DSP Shanmugamoorthy yang telah menyiasat aduan Anwar berhubung ugutan, peras ugut dan fitnah jenayah oleh trio ‘Datuk T’

21 November 2011
Pemimpin PR Sambut Baik Hasrat Selangor Ada Pilihanraya Selepas Jun 2012
Keputusan Kerajaan Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan akan memberi peluang untuk rakyat menikmati faedah dari Belanjawan 2012.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi TVSelangor berkata , keputusan itu dilihat suatu yang berhemah bagi melaksanakan Bajet 2012 demi kepentingan rakyat keseluruhan.
"Kenyataan Menteri Besar itu adalah memenuhi persefahaman yang wujud antara negeri-negeri yang ada dalam Pakatan Rakyat kerana ia adalah menepati dengan kuasa-kuasa yang terdapat dalam perundangan negeri seperti Selangor,Pulau Pinang ,Kedah dan juga Kelantan yang mengikut undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri yang pihak berkuasa negeri boleh menentukan bila-bila masa tarikh pilihanraya dengan memaklumkan kepada Sultan atau Yang Dipertua.
Fidlot: KMPP pula cabar Shahrizat letak jawatan
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.
"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.

17 November 2011
NFC disalah guna untuk keluarga pemimpin Umno
Sejak menerima pinjaman mudah daripada kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak pernah sekali pun membayar balik kepada kerajaan sama ada pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2 peratus yang dikenakan.
PKR hari ini mendedahkan beberapa transaksi yang dilakukan National Feedlot Corporation (NFC) bagi mengukuhkan bukti bahawa syarikat itu disalahguna untuk kepentingan keluarga dan ahli-ahli politik Umno BN.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini menunjukkan senarai empat transaksi yang dilakukan dari tahun 2008 hingga 2009.
Pada awal penubuhan NFC 2008, syarikat yang dikaitkan dengan suami dan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu membiayai perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400.

Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal NFC
Sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah berjumlah RM250 juta, syarikat itu tidak membayar walau satu sen kepada kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.
KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.
Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
Selain itu, katanya, NFC juga menjual lembu secara kredit selama setahun kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008.
16 November 2011
Umno berselindung di sebalik mempertahankan Melayu, Islam
MUTAKHIR ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.
Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.
Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

GST tidak dilaksana tahun depan jika Pakatan menang PRU
Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan melaksanakan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, dasar itu jelas tidak sesuai dilaksana dalam masa terdekat dan ketika keadaan pendapatan rakyat masih rendah.
“Sebab itu juga, dalam masa terdekat kita akan mempertingkat lagi kempen anti GST di seluruh negara,” katanya selepas sidang media Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST selepas PRU13 yang akan menyaksikan rakyat perlu membayar cukai sebanyak dua kali.
13 November 2011
Bayangkanlah jika anda memilih BN -Wan Pok Wan Malini
Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua.
Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa.
Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah:
Dakwat kekal: Apa kata mantan Pengerusi SPR
Subky Latif
SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa.
Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh memberi menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi dan transformasi SPR seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga.
Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal di jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia.
Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi
KUALA LUMPUR: Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”
10 November 2011
Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?
Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?
Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".
"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?
Kisah tiga Perdana Menteri: Tak hairanlah Malaysia akan bankrap!
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.
Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.

Kisah tiga Perdana Menteri:
08 November 2011
Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya
KUALA LUMPUR, ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.
Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.
“Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
06 November 2011
Gabungan NGO : Laksana Penambahbaikan Piliharaya Atau Terima Protes Rakyat
Jika piliharaya umum diadakan tanpa penambahbaikan seperti lapan tuntutan 'Himpun Bersih' , ia akan mencipta sejarah pilihanraya paling kotor dan pincang.
Gerakan yang mahu dikenali sebagai ‘Massa' memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar melaksanakan proses penambahbaikan pilihanraya sebelum memanggil Pilihanraya Umum.
Jika penambahbaikan tersebut tidak berlaku, kata salah seorang pemimpin pergerakan itu, Badrul Hisham Shaharin, Massa akan mengerakkan protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional secara besar-besaran.
03 November 2011
Rakyat cerdik, tak 'makan' putar belit Umno
kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang.
Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.
Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.
02 November 2011
Tidak ada pilihan raya sehingga tuntutan Bersih dipenuhi- Azmin
Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC) mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu.
“Kita mahu jawatankuasa (PSC) kemuka saranan kepada kerajaan supaya tak ada pilihan raya sehingga Jawatankuasa memberikan maklum balas dan
Takut debat Anwar, Najib tidak layak jadi PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri sekiranya beliau tidak berani bersemuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, ini kerana perdebatan di kalangan pemimpin tertinggi di negara-negara maju merupakan amalan biasa yang dilakukan.
Justeru itu katanya, debat itu perlu disegerakan supaya rakyat boleh menilai siapakah antara kedua mereka yang lebih layak bergelar perdana menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang.
01 November 2011
Umno 'munafik politik' adakan MoU dengan komunis
"Orang Melayu harus sedar isu komunis ini dibangkitkan Umno agar pengundi Melayu kembali menyokong Umno,"
Kuala Lumpur -Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Umno sebagai 'munafik politik' apabila menjalinkan hubungan kerjasama MoU dengan Parti Komunis China (PKC).
Katanya, dalam isu Mat Indra dan Bukit Kepong, Umno menunjukkan mereka seolah-olah menentang Komunis dan dengan menyerang habis-habisan Paktan Rakyat sedangkan pada masa sama mereka mengiktiraf PKC.
"Perdana Menteri sendiri dalam isu Mat Indra ada menyebut sesiapa mengangkat Komunis adalah satu pengkhianatan kepada negara, sedangkan dalam masa yang sama, Umno jalin hubungan dengan Parti Komunis China.
Mahkamah buktikan Auku mesti dimansuhkan segera- AMK
KUALA LUMPUR- Angkatan Muda KEADILAN menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin.
“AMK melihat keputusan ini memberikan titik noktah kepada hayat Auku agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuang secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgan:
Catatan (Atom)