Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 Julai 2010

Guru Dibenarkan Berpolitik Disebabkan Umno-BN Kekurangan Sokongan Dikalangan Guru-Guru Melayu


Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Nordin Mahmood menjangka langkah kerajaan membenarkan golongan guru berpolitik semula demi meraih semula sokongan di kalangan guru-guru Melayu adalah kurang bijak kerana ia bakal mencetuskan diskrimainasi pemilihan berpandukan jalur kepartian.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Nordin yang juga bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meramalkan guru yang memohon untuk melibatkan diri dalam parti politik kerajaan akan memperoleh keistimewaan sementara bagi mereka yang memohon untuk parti pembangkang - Pakatan Rakyat akan diketepikan. 
Justeru itu sambil menyambut baik langkah tersebut, beliau melahirkan kebimbangan peluang demikian tidak mungkin adil pada peringkat pelaksanaannya.  
"Saya merasakan kebenaran berpolitik membabitkan 140,000 guru siswazah tidak mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru kerana guru-guru sekarang ini lebih berminat dengan parti politik pembangkang iaitu Pakatan Rakyat dan amat sedikit bilangannya yang menyokong parti kerajaan Umno-Barisan Nasional. 

29 Julai 2010

Perpaduan Antara UMNO-PAS Tidak Akan Wujud Meskipun Ketiadaan Mursyidul Am Nik Aziz

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.

“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.

“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dalam temu bual disiarkan hari ini sempena lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf semalam.

28 Julai 2010

Jika Umno Kalah, Apakah Kuasa Politik Melayu Akan Hilang?


Benarkah Melayu Hilang Kuasa Dalam PRU 13                              
kalamperantau.wordpress.com

Sekarang ini kerjasama Umno dan PAS menjadi topik yang menghangatkan suasana politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang tidak berapa lama lagi. Banyak pihak menyarankan, PAS dan Umno berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Saya tidak pasti atas logik apa, jika Umno kalah, kuasa politik orang Melayu akan hilang? Banyak pihak terpedaya dengan teori-teori ahli akademik tertentu yang menjadi pengulas-pengulas politik tanahair dan tidak pernah terjun kelapangan politik secara langsung.

Bila kerusi yang dimiliki oleh Umno, beralih kepada PAS, kuasa orang Melayu tetap kekal kalaupun tidak lebih baik. Manakah bukti Pas rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR? Malah dalam usaha hendakkan kerusi Melayu bertambah, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja.

 Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja


 Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

27 Julai 2010

Umno-BN Arah Pegawai Kerajaan Pusat Tidak Bekerjasama Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus bukan sahaja menunjukkan sikap dwi standard, tetapi juga menggalakkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba mempertahankan pegawai kerajaan yang disifatkan beliau sebagai 'Napoleon kecil' dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

26 Julai 2010

Umno Terdesak, Isu Perpaduan Melayu Ditonjolkan Kembali

Hentikan Kezaliman, Tegakkan Keadilan: Penyelesai Isu Perpaduan Melayu dan Islam.- Mohd Nur Manuty

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayudikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi.

25 Julai 2010

Videoclip : Ezam memutarbelit fakta di ceramah 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'


Ezam yang telah dilantik sebagai Senator oleh Najib atas atas kebolehan beliau yang sukar ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dalam mengutuk Anwar Ibrahim dilaporkan telah dikerahkan untuk mengetuai siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari UMNO’opps silap.. ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’

Paluan gendang perang mereka yang kedengaran seperti kentut itu telah kedengaran bermula di Shah Alam dan Kota Raja dimana Noh Omar, Satim Diman, Abdul Shukor Idrus turut sama memutar belitkan fakta mengenai aktiviti perlombongan pasir secara haram yang disensasikan oleh UMNO Selangor, biarpun hakikatnya ianya telah bermula dari semenjak zaman Khir Toyo lagi.

Pesanan agar kembali menyokong UMNO/BN juga telah disampaikan oleh tuan rumah iaitu Nawawi di Shah Alam dan Ir Kamaruzaman Johari di Kota Raja.

Biarpun ada yang memberikan ceramah itu bertaraf Menteri kehadiran mereka itu bolehlah dianggap sebagai meramaikan majlis sahaja.. bukan sebagai daya penarik kerana selain dari wang ringgit mereka itu tiada daya penarik langsung.



Penceramah utama mereka ialah Senator Ezam yang suatu masa dulu terkenal dengan kotak-kotak dan sumpahnya.



Dihadapan lebihkurang 250 orang yang hadir menurut Malaysiakini atau 200 orang menurut The Malaysian Insider, Ezam seperti yang dijangkakan hanya tahu bercakap mengenai Anwar Ibrahim dan hanya sedikit mengenai Isu Pasir yang kini dimainkan oleh UMNO Selangor.



Disebabkan majority dari 200 atau 250 orang yang hadir itu datangnya dari saluran satu atau warga emas jadi tugas Ezam untuk menipu mereka menjadi mudah disini.

Ketika mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post. Ezam juga secara tidak langsung mengakui bahawa UMNO/BN menggunakan khidmat syarikat yang dikuasai oleh Yahudi 
.

Menurutnya , tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya tanpa menyatakan UMNO/BN membayar perkhidmatan itu sebanyak RM77 Juta.

Menurut sumber yang berada di lokasi ceramah di sini Ezam telah mendahului Mahkamah dalam membuat keputusan tentang kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Secara terbuka beliau telah mengatakan "Anwar Ibrahim bukan hanya Peliwat Politik tetapi beliau adalah seorang PELIWAT..."

Ezam hanya mengatakan "Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu senpun, demi Allah!" katanya.

Tetapi tidak bersumpah untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau masuk Umno bukan kerana wang.

Kalau diperhatikan dalam ucapannya Ezam telah mengatakan US telah menolak Anwar sebagai kawan, kemudian dia bercakap pula yang Anwar begitu di hormati oleh pihak di Washington post..

Dengar betul-betul pada permulaan videoclip bagaimana dia mempermainkan kematian Teoh Beng Hock dan dengar juga apa gelaran yang diberikannya kepada Mahfuz.

Lagi apa dia kata korang tengoklah videoclip dibawah ni..






 Sumber -AnakSungaiDerhaka

24 Julai 2010

Pas Tetap Kuasai Politik Melayu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar) menegaskan orang Melayu tidak patut risau kerana “kuasa politik orang Melayu masih lagi di tangan orang Melayu.”
Hadi membuat penegasan itu dengan mengambil kira bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. 
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.
Membicarakan soal sokongan masyarakat Melayu, Hadi bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada orang Melayu bersama dengan Umno ataupun dengan PAS.
“Soalnya adakah orang Melayu bersama dengan Umno atau bersama dengan PAS?" kata Hadi.
Hadi berkata sekiranya sokongan masyarakat Melayu mengalir kepada parti Islam terbesar tanahair itu, maka tidak timbul isu kuasa politik Melayu.
“Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik,” kata Hadi.

22 Julai 2010

Jangan Percaya Mainan Media Arus Perdana

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS.

Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

21 Julai 2010

Umno Minta Belas Kasihan Dari Pas Untuk Menyelamatkan Mereka - Zaid Ibrahim

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka.  Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (gambar) dalam blognya.

Human Rights Foundation - Fitnah II Anwar Sebagai Satu Pembicaraan Sandiwara..


Badan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Foundation (HRF) yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat menyifatkan perbicaraan Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu perbicaraan sandiwara dan tidak lain daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk terus berkuasa.
Dalam satu artikel terbitan The Huffington Post bertajuk 'Malaysia's Bridge Is Falling Down', presiden HRF, Thor Halvorssen dan ketua pegawai operasinya, Alex Gladstein, berkata pendakwaan yang dikenakan terhadap Anwar hanyalah salah satu usaha Umno, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib 

20 Julai 2010

Rakyat Seharusnya Bersama PAS Bukan Masuk Umno

Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

19 Julai 2010

Umno Ayam Daging.. Pas Ayam Kampung

Kekeliruan politik negara amat jelas dan keadaan ini belum pernah kita alami. Kita beranggapan dizaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini merupakan zaman yang paling tidak menentu.

Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini.

Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang didewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen.

Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.

Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai dikalangan pemimpin UMNO kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya.

PROTES Lancar Gerakan Bantah Kenaikan Harga Barangan


 Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bercadang untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi dan program penerangan sebagai sebahagian daripada kempen bantahan terhadap tindakan terbaru kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG).
Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli satu perjumpaan akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 28 Julai ini sebagai langkah permulaan kempen bantahan yang dirancang.
"Pada hari tersebut, kita akan susun beberapa siri aktiviti seperti edaran risalah dan menetapkan tarikh 'road show' di seluruh negara. Dalam mesyuarat hari ini, kita bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan itu. Ia merupakan acara kemuncak dan dilihat sangat berkesan," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir pada perjumpaan itu termasuk Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).
Dr Hatta juga memberitahu Protes akan menyegerakan tindakan dan kempen sebelum pertengahan bulan Ogos menjelang bulan Ramadhan. 
Beliau menjangkakan program tersebut akan disertai oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan mahasiswa.

17 Julai 2010

Keselamatan Negara Tergadai, Gara-Gara UMNO-BN Jual Kad Pengenalan kepada Warga Asing


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan sindiket haram menjual kad pengenalan kepada warga asing digunakan oleh UmnoBarisan Nasional sebagai talian hayat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-3 kelak.
Beliau juga mempersoalkan di parlimen samada sindiket haram ini melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen. 
"Kita lihat terdapat aktiviti memberi kad pengenalan kepada warga asing, perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang membuat permohonan kepada saya dan juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Aktiviti pemberian kad pengenalan ini melibatkan warga Indonesia dan Kemboja. Tindakan ini sebagai persiapan awal Umno-BN menghadapi PRU nanti dan kita tahu dengan cara ini mereka dapat mengekal kemenangan disesetengah kawasan. 
"Pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka. Manakala pada 10, 15 dan 17  Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara. 
"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan.
"Sewaktu operasi tersebut aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing," kata Mahfuz pada sidang media di parlimen semalam.
Tambah beliau, aktiviti ini bagi memenuhi senarai dua juta pengundi Melayu seperti mana yang dirancang Umno-BN memandangkan warga Indonesai dan Kemboja mempunyai nama yang hampir sama dengan orang Melayu di Malaysia.
"Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya. Kes yang berlaku di Sabah ini di bawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.
"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," kata beliau lagi.- SK

16 Julai 2010

Muhyiddin Gila Talak Pujuk Pas Kerjasama Dengan Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau untuk sekadar menjalinkan kerjasama demi perpaduan Melayu adalah komentar seorang yang sedang mengidap demam panas, meracau selain bersifat gila talak.
"Saya melihat kenyataan Muhyidin ini umpama seorang yang sedang demam panas dan meracau, biasanya bila badan terlalu panas seseorang itu tidak dapat berfikir secara waras dan percakapan yang dikeluarkan itu tidak seperti orang yang normal.
"Kenyataan itu juga mengambarkan Umno di bawah pimpinan Timbalan Presiden itu sedang gila talak kerana sentiasa memberi kenyataan kerjasama sedangkan PAS telah bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Sebelum ini mereka mengatakan PAS parti yang sesat tetapi masih lagi ingin bekerjasama, ini persoalannya.
"Kenyataan Muhyiddin menunjukkan Umno sekarang berada dalam keadaan yang cukup kritikal serta lemah. Umno terdesak sehingga sanggup bekerjasama dengan PAS setelah mereka kehilangan sokongan dari kaum Cina pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, keadaan ini semakin parah apabila penolakkan kaum Cina kepada Umno-Barisan Nasional semakin parah.
"Timbul fenomena baru di dalam negara ini apabila ada kelompok Melayu yang telah secara terbuka mengkritik kepimpinan Umno, sebelum ini tidak pernah ada kelompok Melayu yang berani bertindak sedemikian. Kita melihat bila wujudnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang sentiasa mengkritik pentadbiran Umno menyebabkan parti itu terus hilang keyakinan terhadap sokongan Melayu sehinggakan Umno merasa demi menyelamatkan mereka maka kerjasama dengan PAS perlu ada.
"Perkasa tidak menjadi ancaman kepada Pakatan tetapi merupakan ancaman besar kepada Umno-BN, Sekarang ini kita lihat Perkasa telah menarik ramai ahli Umno dan perkara sebegini telah membuka mata orang Melayu, tindakan kritikan yang dilakukan oleh Perkasa ini menakutkan Umno," jelasnya.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menambah Umno berada dalam kritikal dalam sokongan orang Melayu, kemerosotan sokongan semakin teruk apabila Perkasa semakin berani bersuara. Bagi PAS sokongan terhadap parti itu tidak pernah merosot malah menunjukkan peningkatan.
"Di sebabkan kekurangan sokongan maka PAS menjadi talian hayat kepada Umno, PAS sudah jelas kita tidak akan tanggung 'biawak hidup' dan orang Melayu sendiri tahu siapa sebenarnya pengkhianat bangsa. PAS tetap berpegang kepada resolusi bersama yang telah dipersetujui semasa kongres Pakatan Rakyat sebelum ini, kita akan pastikan hak orang Melayu terus terbela.
"Tak timbul masalah kerjasama kerana PAS terus melindungi kedudukan orang Melayu, Umno jangan bimbang Melayu akan lebih terjamin dan maju tanpa Umno," tegas beliau lagi.
Sebelum itu Muhyidin mengeluarkan hasrat untuk bekerjasama dengan PAS setelah mendengar pendapat anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Nor Adam yang berkata hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.- SK

15 Julai 2010

Mohd Sabu - Kerjasama PAS/UMNO, Hanyalah Tipu Muslihat.

PAS diingatkan jangan terpedaya dengan tipu muslihat Umno yang menghulurkan tangan bagi mengadakan kerjasama antara dua parti itu.
Demikian tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu (gambar) kepada Harakahdaily ketika ditemui hari ini.
"Saya melihat mungkin ada pemimpin Umno ini yang duk fikir mungkin ada pemimpin PAS yang akan terpedaya dengan muslihat mereka, saya tegaskan ini satu tipu muslihat, jangan kita terperangkap dengan usaha ini," tegasnya.
Menurutnya, Umno memainkan isu itu dalam usaha untuk memecahbelahkan kesepaduan Pakatan Rakyat dan PAS selain mengusik pengundi bukan Islam agar lari dari PAS.
Umno, baginya tidak pernah senang dan sering menjalankan dakyah agar PAS ditolak oleh bukan sahaja Melayu malah bukan Melayu.
Memandangkan PAS telah diterima bukan Melayu dan Melayu hari ini, Umno merasa 'gelabah' dan sengaja memainkan semula lagu lama itu untuk menjatuhkan PAS sebenarnya, katanya lagi.
Bersama dengan hujah beliau itu, seorang lagi AJK PAS Pusat, Hanipa Maiden juga menyeru agar kepimpinan dan ahli 'jangan layan atau peduli' dengan tawaran yang dibuat Umno itu.
Beliau melihat, pelawaan itu tidak lebih sekadar strategi politik tatkala Umno semakin mula ditinggalkan oleh semua kaum di negara ini.
Sebaliknya rakyat hari ini mahukan politik baru yang mana ia tidak lagi berasaskan kepada sentimen perkauman ataupun pemikiran sempit seperti yang dijalankan Umno/BN, ujarnya.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaan agar PAS tidak melayan sahaja pelawaan Umno tersebut malah mengganggap ia satu strategi untuk menjatuhkan PAS.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

harakahdaily

14 Julai 2010

Anwar - Fitnah Utusan Malaysia Yang Ketandusan Idea Dan Hilang Intergriti.


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terbaru Umno-Barisan terhadap dirinya melalui apparatus propaganda mereka, Utusan Malaysia yang dipintal daripada sebuah blog menunjukkan ketandusan idea dan hilang integriti sebagai sebuah organisasi media yang bebas.
Ketika menghantar komen beliau semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar berkata kempen fitnah yang dilancarkan Utusan Malaysia sekian lama terhadapnya hanya semata-mata berasaskan dendam dan kebencian.
"Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.
"Rupa-rupanya tatkala di Makkah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
"Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. 
"Terpampang di muka hadapan fitnah 'Anwar Agen CIA'. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian. Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut," jelas  Anwar.
Anwar menegaskan penafian keras yang dibuat CNN mendedahkan perancangan Utusan Malaysia untuk terus merencana fitnah ke atas beliau.
"Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas," kata Ketua Pembangkang lagi. - SK

12 Julai 2010

Akhbar KEADILAN Terbitan Parti Keadilan Rakyat Kini Dalam Pasaran


Seperti yang dijanjikan, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerbitkan akhbar tidak berkala berjudul 'KEADILAN' setelah permit penerbitan lidah rasminya, Suara Keadilan tidak diperbaharui Kementerian Dalam Negeri apabila ia tamat sah laku 30 Jun lalu.
Akhbar 24 mukasurat yang diterbitksn di bawah Angkatan Muda KEADILAN itu mula diedarkan ke seluruh negara mulai semalam dan dijangka memenuhi hasrat parti untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti serta ulasan isu terkini yang mempunyai kepentingan parti, rakyat dan negara.
'KEADILAN' masih berkonsepkan Suara Keadilan dari segi liputan berita dan halatuju artikel yang berteraskan kepada prinsip perjuangan parti.
Pihak KDN sebelum ini telah memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap parti dan pemimpinnya sekiranya KEADILAN berkeras untuk menerbitkan lidah rasmi yang telah digantung itu.
Tindakan KDN menggantung Suara Keadilan mempunyai hubungkait dengan artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam keluaran 237 akhbar tersebut bertarikh 22-29 Jun lalu.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut dengan berkata akhbar itu mungkin menghadapi risiko ditutup terus jika berdegil menerbitkannya tanpa permit.
Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya ketika dihubungi Suara Keadilan berkata tindakan menggantung permit Suara Keadilan menunjukkan kerajaan Umno-BN berasa terancam dan terus mengambil langkah drastik.
"Umno-BN memilih cara bacul sedangkan sepatutnya mereka menjawab isu yang dibangkitkan dalam Suara Keadilan.
"Ini menunjukkan walaupun pun negara mempunyai Perdana Menteri baru dengan konsep 1Malaysianya, perlaksanaan undang-undang dan keadilan masih tempang dan menyeleweng," kata Latheefa.
Ekoran tersiarnya artikel tersebut Felda melalui peguamnya telah menghantar surat tuntutan mohon maaf serta ganti rugi sebanyak RM200 juta dalam tempoh seminggu bermula 1 Julai lepas. 
Namun amaran dan tindakan undang-undang tersebut tidak sedikit pun mematah semangat KEADILAN untuk menerbitkan akhbar 'KEADILAN'.
Malah Naib Presiden, Azmin Ali berkata tindakan KDN menggantung penerbitan Suara Keadilan bersifat 'mala fide' atau mempunyai niat jahat untuk menyekat pembongkaran lebih banyak kes rasuah dan penyelewengan yang membabitkan pimpinan Umno-Barisan Nasional, kaum klerabat serta kroni mereka.
Pengarah Strategik, Tian Chua menegaskan KEADILAN akan terus menerbitkan akhbar parti dan tidak akan tunduk kepada tekanan KDN.
Beberapa pengedar yang dihubungi Suara Keadilan berkata ahli serta penyokong Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN ternanti-nanti akhbar yang diterbitkan parti bagi memenuhi permintaan yang begitu besar.
"Sejak hari Isnin lalu saya telah menerima permintaan untuk lebih daripada 5,000 naskah dan dengan terbitnya 'KEADILAN' ramai ahli serta penyokong KEADILAN berasa lega.
"Ini kerana mereka merasakan maklumat berita yang terdapat di dalam media arus perdana semuanya telah diputar belit untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu-isu penting," kata seorang pengedar di Kuala Lumpur.- S.K

11 Julai 2010

Media Arus Perdana 1Malaysia Tidak Lebih Cawangan Umno-BN


Oleh Mak Bonda
Tidak pasti apakah terdapat sebarang kajian terkini mengenai KPI atau prestasi media arus perdana - samada akhbar atau stesen radio dan televisyen dilakukan oleh mana-mana badan profesional yang berintegriti. 
Tapi yang nyata, bagi rakyat yang celik minda, media arus perdana telah gagal. 
Bukti-bukti kegagalan ini  ialah: 
1. Gagal membuka minda rakyat untuk keluar daripada kepompong pandir, khususnya orang Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan orang Melayu kita yang mudah lupa akan segala kebejatan, perbuatan khianat dan salahlaku serta salah urus pemimpin-pemimpin yang menelan berbilion ringgit duit rakyat melalui projek-projek mega yang gagal, tiris, bocor, melingkup, ‘bail out’ dan sebagainya, kerana kegagalan media arus perdana mendedahkan segala pekung berkenaan.
2. Gagal melaporkan berita-berita penting membabitkan kepentingan rakyat dengan telus dan tulus. Bagaimanakah kita nak menaruh harapan pada media yang sanggup menghilangkan gambar logo BN pada sekaki payung  demi menjaga imej parti berkenaan, untuk mendedahkan ratusan kisah benar membabitkan pimpinan Umno-BN yang bukan mengutamakan rakyat , sebaliknya sekadar menjaga 'survival' Umno-BN?
3. Gagal memberi ruang dan peluang  kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk berbicara, mendapat liputan yang adil, berkongsi ilmu serta berkomunikasi dengan rakyat. 
Wajah dan berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat , Lim Guan Eng sebagai contoh, hanya akan menghiasi kaca TV, muka depan akhbar dan lain-lain jika ada peluang manipulasi untuk memburukkan wajah dan perwatakan mereka di mata rakyat.
4. Gagal mengutamakan maruah dan integriti profesion mereka, sebaliknya sekadar menjadi alat kerajaan Umno-BN semata-mata. Sebab itulah, seperti dalam isu terkini membabitkan keadaan teruk Felda pun, media arus perdana gagal mengenengahkan persoalan pokoknya iaitu kegagalan Umno-BN menjaga kepentingan Felda dengan amanah sehingga rizab tunai Felda menjadi mangsa. 
Yang digembar-gemburkan media balaci ini ialah perkataan ‘bankrap’ yang digunapakai dalam akhbar Suara Keadilan bukannya perkara utama iaitu isi-isi penting misteri berbilion tunai yang terbang tanpa enjin, dari Felda. Sadis bukan?
5. Gagal menjadi media yang bermaruah dan dihormati rakyat. Ini boleh kita lihat daripada sambutan yang sungguh hangat terhadap akhbar-akhbar Pakatan rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket.
Justeru itulah, kita melihat pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengambil tindakan drastik, ‘pathetic’ dan memalukan media arus perdana serta Umno dan BN sebagai ‘reinforcement’ pada kegagalan media arus perdana yang berada di bawah telunjuk mereka. 
Begitu banyak  media, ‘remote’ di tangan kerajaan Umno-BN, ternyata Suara Keadilan dan Harakah  tetap menjuarai dan terkedepan sebagai media alternatif  pilihan rakyat cerdik yang berintegriti dan bisa menggugat kebejatan BN. 
Itulah sebabnya nak tak nak, Menteri KDN terpaksa mengeluarkan kuku besinya dan menekan Suara Keadilan serta Harakah melalui KDN dan alasan-alasan lawaknya. 
Tindakan  flip-flop KDN, ibarat menggantung tak bertali Suara Keadilan (dan mungkin Harakah juga?) sebenarnya satu tindakan pandir yang tidak menguntungkan pimpinan Najib. Di era  globalisasi dan rakyat celik IT serta celik minda sudah muak dan menyampah dengan wujudnya terlalu banyak ‘cawangan Umno-BN’ di kalangan agensi kerajaan yang sepatutnya bebas.
KDN menambah loyakan lagi  minda kita! Sepatah kata Nabil...adoooo...aiii... 
Pakatan Rakyat diharap terus memanaskan isu pandir dan kepandiran KDN ini sehingga PRU-13.- SK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...