Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

17 Julai 2010

Keselamatan Negara Tergadai, Gara-Gara UMNO-BN Jual Kad Pengenalan kepada Warga Asing


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan sindiket haram menjual kad pengenalan kepada warga asing digunakan oleh UmnoBarisan Nasional sebagai talian hayat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-3 kelak.
Beliau juga mempersoalkan di parlimen samada sindiket haram ini melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen. 
"Kita lihat terdapat aktiviti memberi kad pengenalan kepada warga asing, perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang membuat permohonan kepada saya dan juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Aktiviti pemberian kad pengenalan ini melibatkan warga Indonesia dan Kemboja. Tindakan ini sebagai persiapan awal Umno-BN menghadapi PRU nanti dan kita tahu dengan cara ini mereka dapat mengekal kemenangan disesetengah kawasan. 
"Pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka. Manakala pada 10, 15 dan 17  Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara. 
"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan.
"Sewaktu operasi tersebut aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing," kata Mahfuz pada sidang media di parlimen semalam.
Tambah beliau, aktiviti ini bagi memenuhi senarai dua juta pengundi Melayu seperti mana yang dirancang Umno-BN memandangkan warga Indonesai dan Kemboja mempunyai nama yang hampir sama dengan orang Melayu di Malaysia.
"Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya. Kes yang berlaku di Sabah ini di bawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.
"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," kata beliau lagi.- SK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...