Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

28 Ogos 2011

Penyakit UMNO - Penyakit dalaman


Oleh: Aspan Alias
Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

27 Ogos 2011

Mufti pertahan kenyataan, kerajaan rasuah tidak amanah


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah.
“Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam  negara,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

26 Ogos 2011

Islam bukan milik orang Melayu saja- Huda Chew



 Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.
Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.
“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.
“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.

25 Ogos 2011

"Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang.

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

"Saya Tidak Perlu Minta Maaf" - Badrul Hisyam



Gesaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar blogger di Malaysia mencontohi tindakan akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, disambut dingin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin.

Beliau menegaskan adalah tidak menjadi keperluannya untuk memohon maaf kepada Najib isterinya, Rosmah Mansor, sebaliknya kedua- dua mereka harus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan bersabit pendedahan cincin berlian yang didakwa dibeli Rosmah, bernilai RM24.45 juta.

Badrul berkata, segala pendedahan beliau bersabit pembelian cincin itu berlandaskan bukti yang kukuh dan bukannya tomahan kosong seperti mana yang sering dilakukan blogger pro- Umno.

Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.


“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

24 Ogos 2011

Zuraida: Kami ada bukti, tak gentar disaman KDN


Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri tidak boleh menyaman pihak yang mengkritiknya, khususnya  isu pendatang tanpa izin (PATI) yang diberikan skrip bersumpah oleh Umno-BN.
Zuraida memberikan reaksi berikutan kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam untuk menyaman beliau kerana  membuat kenyataan terbuka mengenai isu keselamatan negara.
“Sebab itu dia (Mahmood) perlu baca dan fahami semula peranannya sebagai kaki tangan kerajaan. Rakan peguam saya memaklumkan, tindakan saman yang dicadang dibuat Ketua Setiausaha KDN itu tidak tepat sebagai pegawai kerajaan.

Melayu sertai DAP, Umno susah main isu perkauman

Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.

Mengapa Anwar Ibrahim Membuat Kenyataan Dari Kandang Tertuduh?



Di sebalik ramai yang terkejut di atas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh, peguam N. Surendran menjelaskan relevan tindakan Anwar itu.

Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, Anwar membuat pilihan itu ekoran mengetahui sistem keadilan negara yang jarang berpihak padanya membuatkan beliau tidak memilih untuk berada di kandang saksi yang membolehkan dirinya disoal balas.

"Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.

23 Ogos 2011

Fitnah II: Anwar nafi tuduhan jahat, yakin kebenaran terserlah


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya dan yakin kebenaran dalam kes fitnah tersebut akan terbukti kelak.
Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Kenyataan dalam Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat yang dibaca Anwar itu menegaskan kembali bahawa tuduhan  terhadapnya merupakan  fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa



Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.

Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa.

Anwar: Fitnah II merupakan konspirasi Najib


Pembicaraan keatas Anwar hanya tipu helah politik untuk menyekat Anwar dari terus merajui politik tanah air
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertuduhan terhadapnya merupakan konspirasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh karier politiknya.
“Keseluruhan proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.
“Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya,” kata Anwar.

Fitnah Liwat II : Najib dan Isteri Disepina

Pasukan peguambela perbicaraan kes fitnah liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan mengemukakan notis sepina kepada tujuh orang saksi termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Antara lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Peguambela Karpal Singh memaklumkan kepada media bahawa perintah mahkamah itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

19 Ogos 2011

'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

PSC : Cubaan Alih Perhatian Rakyat



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Katanya, ini kerana penubuhan jawatankuasa tersebut untuk menambah baik proses pilihan raya, tidak dirunding bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bersifat berat sebelah.

“Kalau dikatakan ada jawatankuasa khas yang ditubuh, itu hanyalah untuk mengaburi mata kita sebab ini tidak dibincangkan dengan pihak pembangkang di parlimen. Sistem ini juga berat sebelah,” katanya.

18 Ogos 2011

Fitnah 2: Musa Hassan enggan jadi saksi, beri keterangan


Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan ditemubual mahupun menjadi saksi di mahkamah dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Perkara itu diberitahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter beliau sebentar tadi.
“Bekas KPN, Musa Hassan sewaktu ditanya peguam saya menjawab “Tidak mahu ditemubual dan tidak mahu menjadi saksi pembela,” kata Anwar.
Mengulas perkara ini, peguam Anwar, Ram Karpal Singh ketika dihubungi berkata Musa adalah saksi penting namun keengganannya ditemubual sudah dijangka.

17 Ogos 2011

Sita gereja: Blogger Umno tipu



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Pakatan mahu sidang khas PR, bukan JK Parlimen

Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

14 Ogos 2011

Bersih 2.0 : SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah



Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

Surendran Bidas Sikap Bacul Najib, Rosmah Enggan Ditemubual


Keengganan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan kerjasama untuk ditemubual oleh pihak pembelaan dalam kes fitnah liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merencatkan perjalanan kes itu.

Bahkan menurut peguam, N Surendran, sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya juga tidak wajar dicontohi kerana sebagai saksi yang relevan, mereka sepatutnya membantu mempercepatkan perjalanan kes.

"Sebagai seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib patut memberi tauladan yang baik kepada semua dengan bekerjasama terhadap proses perundangan,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

12 Ogos 2011

PAS dedah 264 warga Kemboja jadi pengundi hantu



PAS terus menerus membongkar mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kali ini PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.


“Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut.

Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Isu PR: KDN diberi masa 7 hari



Pemuda PAS merasakan tindakan menukar status taraf pemastautin tetap kepada warga negara adalah kerja politik untuk meneruskan kesinambungan tampuk kekuasaan parti yang memerintah.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.

Bersih 3.0 Kami Tunggu Respons Putrajaya, Kata Ambiga


 Pakatan Rakyat mendesak Najib memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar serius sekiranya tidak mahu berdepan dengan gelombang Bersih 3.0.


Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga memaklumkan bahawa pihaknya belum bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 dalam masa terdekat ini.

Sebaliknya, beliau berkata pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah diketengahkan.

Ambiga berkata, walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan namun pihaknya mengambil pendirian untuk “tunggu dan lihat” terhadap perkembangan terbaru yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam tempoh tiga bulan ini.

10 Ogos 2011

Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemuramah Jika Anwar Ada



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II.

Anwar melalui laman Twitternya sebentar tadi memetik peguam Karpal Singh bahawa "tertuduh boleh hadir semasa sesi temuramah dengan saksi- saksi pembelaan".

Walau bagaimanapun menurut Anwar, Timbalan Pendakwaraya yang diketuai oleh Datuk Yusof Zainal Abiden akan merujuk kepada hakim mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Karpal menegaskan bahawa tertuduh berhak dan akan hadir ketika pasukan peguambela menemuramah saksi- saksi.

Dia datang peluk dan cium saya - Catriona Ros

"Suami saya tanya, 'bila', saya kata 'pagi tadi'...dia tidak kata apa-apa hanya datang peluk dan cium saya," cerita pelakon Catriona Ros dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Fadhilah Kamsah di Astro Oasis.

(Catriona dalam rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah)

Catriona menceritakan pengalaman beliau yang mula bertudung 16 Julai tahun lepas dalam keadaan beliau adalah seorang pelakon di negara ini.

Catriona mula berhijrah memakai tudung 16 Julai tahun lepas ketika beliau menemani rakan-rakannya untuk membeli tudung di sebuah kedai.

MyKad-JPN, SPR Dan Konspirasi Terkotor?




Dr Syed Azman Syed Ahmad
ULASAN : Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

08 Ogos 2011

Tujuh Hari Untuk Najib Adakan Sidang Parlimen Tergempar


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera memutuskan desakan pemimpin parti itu supaya sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini isu daftar menjadi hangat ekoran penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan PAS Selangor pada awal bulan lalu juga perlu diambil perhatian.

07 Ogos 2011

Kes Scorpene Di Perancis Dapat Perhatian Selepas Peguamnya Diusir


Pengusiran peguam Perancis, William Bourdon oleh kerajaan Malaysia, mencetuskan minat lebih besar rakyat Perancis terhadap skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia.

"Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia.

05 Ogos 2011

Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos


Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini.

04 Ogos 2011

PR: Pakatan desak sidang Parlimen tergempar


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

PAS Khuatir Komplot Manipulasi Daftar Pemilih


Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menyatakan kemungkinan wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menipu daftar pemilih untuk pilihan raya Umum akan datang.

Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata, sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 seperti yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat.

03 Ogos 2011

SMM Anjur Program Eratkan Masyarakat Dengan Media Alternatif


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil pendekatan holistik menganjurkan kempen "Jom Baca Media Alternatif' bagi mengimbangi berita media arus perdana sekaligus menjadikan media tersebut sebagai akses utama maklumat rakyat.

Sekreteriat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata langkah ini diambil bagi mendedahkan kepada rakyat kepentingan mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.

"Satu kita hendak jadikan media alternatif di Malaysia ini sebagai sumber maklumat yang pertama kepada rakyat dan itu yang pertama dan yang kedua kita juga hendak mendedahkan kepada rakyat supaya rakyat boleh lihat realiti Malaysia sekarang,"katanya kepada Tv Selangor.

Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat



Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

02 Ogos 2011

Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

01 Ogos 2011

Pensyarah Sokong Desak Kerajaan Mansuh Undang-undang Penahanan Pencegahan


Pensyarah Undang-undang Perlembagaan UiTM, Professor Shad Saleem Faruqi menyokong saranan banyak pihak agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Beliau yang juga seorang peguam yang pakar perlembagaan berkata, menteri dalam negeri juga tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...