Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Januari 2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Anwar: Kenyataan Saya Mengenai Israel Diputar Belit


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana.

Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau.

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Rafizi kemuka bukti suami Shahrizat rasuah polis


Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bukti Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail, cuba merasuah pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohamad Salleh ialah suami Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang didakwa menyelewengkan sebahagian dana NFC berjumlah RM250 juta.

Menurut Rafizi, perkara itu didedahkan ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).

Rasiskah DAP kerana membela rakyat, mendedah penyelewengan UMNO-BN?

Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.

“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.

“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam UMNO dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.

25 Januari 2012

PKR: Ibrahim Ali cuba mengugut Ketua Audit

Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.

"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.

"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US
Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik daripada negara lain.

Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO- parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun.

Polis diminta siasat pengacau program ABU


Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.

Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.

"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.

24 Januari 2012

Tiada peluang untuk BN kata wakil Pakatan

Tiada peluang untuk BN kata wakil Pakatan
Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.

Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.

Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.

MB wajar halang Ibrahim Ali jejak Selangor

Politikus tua Ibrahim Al Kataki yang sentiasa ingin mencari publisiti murahan  dengan mendakwa  pelantikan Menteri Besar sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor. Kenyataan ini amat bodoh dan dangkal.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang portfolio agama negeri.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

23 Januari 2012

Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan ‘teruja’- Rafizi

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam


Ruang Perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola.

"Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau.

Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

15 Januari 2012

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’

Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.

“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Peserta konvensyen ikrar bina Malaysia baru


Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini, bergema dengan ikrar para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Dengan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan ditemani Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP, mereka bersama-sama membaca Ikrar Pakatan Rakyat yang berbunyi:

"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

Beku akaun NFC bukti pendedahan KEADILAN benar


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat 
KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.

“Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku. Kalau fitnah, beku buat apa?” kata Anwar.
Anwar berkata demikian dalam respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat masa ini.

Nik Aziz: BERSIH 3.0 Perlu Di Gerakkan


Mursidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya.Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

09 Januari 2012

Anwar : Perjuangan Ini Bukan Untuk Saya


Di dalam ceramahnya yang terakhir sebelum menerima keputusan mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru rakyat mendokong dan memenangkan Pakatan Rakyat walaupun dia di penjarakan atau dibebaskan.

Sambil mengulangi kenyataan yang dia tidak bersalah, Ketua Pembangkang itu tegas berkata perjuangan beliau bukan untuk dirinya tetapi ia adalah perjuangan Pakatan Rakyat.

"Samada ada saya didapati bersalah atau tidak, dipenjarakan atau tidak, adalah tidak penting kerana perjuangan menegakkan keadilan adalah perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat."

Walau apapun Jadi Esok DAP Tetap Mahu Anwar Sebagai Perdana Menteri


DAP sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Rakyat walau apa pun keputusan mahkamah esok.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun ramai yang memberi tumpuan kepada keputusan mahkamah tinggi esok, yang lebih penting bagi masa depan Pakatan adalah pilihanraya umum yang akan datang.

"Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif dan walaubagaimanapun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya.

04 Januari 2012

Himpunan 9 Januari akan berlangsung dengan aman- Azmin

KEADILAN memberi jaminan perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, akan berlangsung dengan aman, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan pihak tertentu bahawa parti itu mahu mencetuskan huru hara pada hari keputusan perbicaraan Fitnah II yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Himpunan ini adalah gerakan rakyat yang dijamin akan berjalan dengan aman, tidak akan berlaku apa-apa melainkan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegas beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu


Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Pakatan sedia hadapi segala kemungkinan- Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan, menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah terhadapnya pada 9 Januari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini, petang tadi.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau (Presiden KEADILAN) Azizah sahaja tetapi juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang.

“Kami telah bincangkan segala kemungkinan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...