Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Mac 2012

Apa dia reformasi, transformasi Najib?

Selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu pilihan raya Malaysia tidak bebas.

Selagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu usaha mencegah dan membasmi rasuah, khususnya di peringkat tinggi kerajaan, akan gagal.

Selagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan badan bebas yang diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Selagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tidak dimansuhkan sama sekali, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

23 Mac 2012

Penyelewengan UMNO terbongkar

 
ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.

Shuaimi berkata pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN di dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada 20 MAc agar beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.

Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera

Campur tangan Najib dalam kes Felda hina mahkamah

 
Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kandungan minit mesyuarat antara Najib dan Felda menunjukkan wujud campur tangan serius dalam proses kehakiman dan boleh dianggap satu jenayah menghina mahkamah.

Menurutnya, kandungan minit mesyuarat itu jelas memperlihatkan kerajaan cuba mempengaruhi hakim dalam kes saman peneroka ke atas Felda.

“Ia perkara yang mengejutkan dan cukup merisaukan. Malah, sehingga hari ini Najib dan pihak kerajaan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dakwaan serius yang turut disokong bukti ini.

“Mahkamah harus mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah,” kata Surendran yang juga merupakan seorang peguam.

Anwar sedia debat dengan Najib, Raja Petra

 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Kesediaan itu disuarakan beliau kepada pengasas Wikileaks, Julian Assenge, yang menawarkan debat bersama Najib dan PRK, di mana Julian sendiri bersedia menjadi penganjur debat tersebut.

"Asalnya dia ingin wawancara saya, kemudiannya RPK hendak tumpang sekali. Disebabkan RPK pun hendak juga, dan Najib suka dengan debat ini, maka dia cadangkan supaya adakannya (debat) bersama yang dia sendiri sedia menjadi penganjur," kata beliau kepada pemberita, di lobi parlimen, hari ini.

19 Mac 2012

BERSIH 3.0 Sekiranya PSC Tidak Penuhi Tuntutan BERSIH 2.0

 
BERSIH 3.0 kemungkinan besar akan diadakan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) yang akan dibincangkan Minggu depan di Parlimen tidak meluluskan sebahagian besar tuntutan BERSIH 2.0 lalu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya komited dengan perancangan itu dan kejayaan mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah bukti jelas majoriti rakyat inginkan perubahan di dalam pengendalian pilhanraya di negara ini.

Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis



Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

“Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.

“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

18 Mac 2012

Ceramah PAS di Pekan disambut gangguan dan provokasi

(Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan) 
 
Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

1Care: Pakatan Rakyat tanya, Menteri Kesihatan tak boleh jawab

 
Kita sendiri pun tidak ada butiran.”

Itulah jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila ditanya oleh Ahli Parlimen DAP Kota Melaka Sim Tong Him tentang:

* Anggaran perbelanjaan skim kesihatan cadangan kerajaan UMNO-BN, iaitu 1Care;

* Bagaimana tabung skim tersebut dapat menjana dana; dan

* Adakah ia akan berusaha sama dengan pihak swasta.

Sebaliknya, Liow memberi syarahan pendek kepada Dewan Rakyat hari ini tentang pelan kesihatan yang dikatakannya lestari dan kepentingan menjaga kesihatan masyarakat yang semakin terdedah kepada risiko kencing manis dan darah tinggi.

Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi

 
Tindakan pimpinan Umno-BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian Umno-BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata tindakan pimpinan Umno-BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan Umno-BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri.

Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis

 
Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi.

Menurut pembawa kes itu, Suaram - sebuah pertubuhan hak asasi Malaysia, selepas tiga tahun diselidik akhirnya kes itu akan dibicarakan.

Tiga tahun lepas, Suaram meminta mahkamah Perancis mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan kapal selam Perancis, DCNS ekoran dakwaan rasuah.

13 Mac 2012

Rakyat akan nilai sendiri permohonan maaf Najib

PAS yakin persoalan-persoalan mengenai penyelewengan dana negara, ketirisan sehingga berbillion ringgit serta kegagalan kerajaan membina sebuah negara yang berdaya saing, samada dalam pendidikan, ekonomi, sukan, keselamatan sosial dan pelbagai isu lain tetap akan kekal di minda rakyat Malaysia walaupun dengan permohonan maaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.

“Ini kerana mereka sedar bahawa PM mereka hanya memohon maaf tatkala kerana pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tiba demi memohon rakyat terus memberi mandat kepada BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

SPRM didesak siasat majlis pertunangan anak Najib- Jingga 13




NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang rakyat bagi membiayai majlis pertunangan anak perempuan beliau.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata pihaknya mahu SPRM melakukan siasatan segera berdasarkan bukti tempahan bankuet Hotel Shangri-la Kuala Lumpur, pada 13 Jun 2011.

“Kami mendesak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Najib yang ternyata berdasarkan bukti ‘banquet event order’ oleh Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur yang disahkan penerimaan pada 13 Jun 2011 telah ditempah oleh Setiausaha Sulit Najib, Datuk Mohd. Poad Jelani,” katanya ketika ditemui di Pejabat SPRM Shah Alam selepas membuat laporan.

Henti beri warganegara hingga selesai PRU13

PAS mendesak kerajaan menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, warga asing sering dimanipuasikan oleh pihak tertentu untuk diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka menjadi pengundi selepas dimasukkan dalam daftar pemilih.

"Kita bimbang daripada maklumat yang kita perolehi ini, sudah tentu menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bersih dalam negara, kita percaya pemberian taraf ini akan digunakan untuk mengundi," katanya.

12 Mac 2012

SBPA: Jika tiada Pakatan Rakyat…



Jika tiada Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – maka rakyat Malaysia akan terus dilanyak oleh elit pemerintah UMNO-Barisan Nasional yang semakin jelas tidak mempedulikan nasib dan kepentingan masyarakat.

Atas desakan Pakatan Rakyat serta tuntutan kakitangan awam, kerajaan UMNO-BN akhirnya akur dengan kesilapannya dengan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang hanya menguntungkan segolongan kecil pegawai kanan tetapi menindas majoriti kakitangan lain.

Datuk Seri Najib Razak terpaksa menjilat semula ludahnya dengan mengumumkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedia ada akan ditambah baik

PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap




Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing.

"Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa.

"Rakyat dah muak dengan segala penipuan yang kita dah lalui dalam 12 pilihan raya umum sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

10 Mac 2012

Anak Najib Tunang, Rakyat Bayar




PKR hari ini mendakwa majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur yang bernilai hampir setengah juta ringgit dibiayai duit rakyat.

Bagi membuktikan dakwaannya itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang bernilai RM409,767 yang bertarikh 17 Jun tahun lepas.

Menurut butiran pada dokumen tempahan majlis itu, akaun pembayar bil dan nama majlis dicatit sebagai “Pejabat Perdana Menteri”.

Rafizi dan Zuraida Fail Saman Balas Terhadap Shahrizat



Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap mereka.

Saman Shahrizat, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita dan Komuniti menerusi Muhammad Shafee dan Co difailkan terhadap Rafizi dan Zuraida pada 19 Januari lalu berhubung dakwaan beliau terbabit dalam skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC).

Siasat semula kes Altantuya – Mat Zain



Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

09 Mac 2012

NFCorp beli apartmen di Kazakhstan RM1.7 juta pula?

Jabatan Siasatan jenayah Komersial dilapor sedang menyiasat pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan berharga RM1.7 juta untuk dijadikan pejabat oleh National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pembelian itu dilakukan pada September 2011, iaitu sebulan sebelum laporan ketua Audit Negara mendedahkan kegagalan projek berkenaan yang membawa siri pendedahan penyelewengan dana pinjaman bagi Pusat Fidlot Negara.

Menurut sumber Malaysian Insider, polis sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian tersebut yang didaftarkan atas nama NFC Corp.

NFCorp menimbulkan kontroversi ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun lalu, yang mendapati projek ternakan lembu itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

PRU 13 Awal Tahun Depan?


Ramai menyangka Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir. Maksud ‘semakin hampir’ tersebut disebabkan ramai bertanggapan kegelojohan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menjelajah ke seluruh negera sejak kebelakangan ini.

Inilah yang dilakukan oleh para Perdana Menteri sebelum ini di saat menjelang PRU. Mungkin betul juga tanggapan tersebut, namun ramai yang tersilap kerana tidak melihat kronologi dan nasib Umno dahulu dan sekarang.

Tindakan para Perdana Menteri sebelum Najib ketika Umno-BN sedang berada dalam posisi gah, sehinggakan calon yang bertanding atas tiket Umno itu terdiri dari tunggul kayu atau kura-kura pun boleh menang.

8 Mac bukti rakyat mampu tumbangkan kerajaan zalim

Tanggal 8 Mac, 2008 merupakan tarikh keramat dalam sejarah politik tanahair, apabila gabungan pembangkang, yang terdiri daripada KEADILAN, Pas dan Dap, memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.

Buat kali pertama dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya mengenepikan majoriti dua pertiga kerusi Barisan Nasional di parlimen, dengan menguasai 82 kerusi parlimen manakala BN pula hanya berjaya mempertahankan 140 kerusi.

Keputusan PRU pada ketika itu menyaksikan pembangkang menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, selain mempertahankan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Najib panik, batalkan SBPA menjelang pilihan raya


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan panik menghadapi tekanan kakitangan awam sehingga membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dicadangkan sebelum ini.

Demikian kata ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Sim Tze Tzin melalui twitternya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

08 Mac 2012

Saman: Shahrizat digesa angkat 'bendera putih'


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli akan mengemukakan pembelaan mereka terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 9 Mac ini di Mahkamah Jalan Duta.

Zuraida berkata, beliau dan Rafizi telah membincangkan secara mendalam mengenai strategi pembelaan mereka jika Shahrizat meneruskan tuntutan saman tersebut selepas mahkamah mendengar pembelaan mereka.

Guan Eng: Tol Hapus Bila PR Perintah Negara

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tegas dengan pendiriannya Malaysia tidak akan bangkrap hanya kerana tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan negara akan mengalami bangkrap disebabkan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme.

Maka dengan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengulangi kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memansuhkan tol PLUS dan Jambatan Pulau Pinang sekiranya gabungan itu memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Kes Altantuya: Kenapa motif pembunuhan tidak dijelaskan?

KEADILAN mempersoalkan penghakiman penuh kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang tidak menyatakan motif pembunuhan secara langsung wanita berkenaan.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, dalam sistem keadilan, motif pembunuhan amat penting untuk merujuk apakah niat tertuduh melakukan jenayah tersebut.

“Ia juga berkait rapat siapa lagi yang terlibat di sebalik pembunuhan ini dan siapa yang mengarahkan suspek melakukan pembunuhan,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Semalam, Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

NFC: Najib dicadang jadi saksi kes saman oleh Shahrizat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicadang menjadi saksi dalam kes saman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap dua pemimpin KEADILAN.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, selain Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar juga perlu dipanggil ke mahkamah kerana pembabitan mereka dalam meluluskan projek lembu berkenaan.

“Kami yakin rakyat Malaysia begitu teruja agar kes saman ini dapat dibicarakan secepat mungkin, agar semua pimpinan kanan BN dapat diheret memberi keterangan,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, hari ini.

PAS Johor sasar menang 17 kerusi


PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.

Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.

06 Mac 2012

Debat: Najib sekali lagi berdolak dalik


Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya sedia berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai ‘pemikiran munasabah’ dan serius mengenai masa depan negara.

Rafizi berkata, Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.

“Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily

RM2.71 bilion pada Umno Selangor dibimbangi untuk beli undi


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM2.71 bilion kepada Umno Selangor, dibimbangi akan digunakan oleh parti itu untuk membeli undi, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Umno-BN tidak dapat membezakan peranan mereka sebagai kerajaan pusat dan parti politik.

“Apa yang lebih menakutkan, kemungkinan Umno-BN akan menggunakan wang ini untuk membeli undi dalam usaha mereka merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang,” kata beliau kepada Keadilandaily.

Tiada maaf bagimu, kata Khalid kepada Najib



Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang lalu disifatkan sebagai "drama".


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Najib dilihat memohon maaf kepada rakyat untuk meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada pilihan raya umum ke 13.


"Tiada maaf bagimu...(ketawa) tidak...ini bukan drama sehari...jadi bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.

Himpunan Hijau 3.0 sekiranya kerajaan masih berdegil

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak menolak kemungkinan Himpunan Hijau 3.0 akan diadakan sekiranya kerajaan masih berdegil meneruskan projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Material Plant (Lynas) di Gebeng, Kuantan.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Gabungan Hentikan Lynas berkata demikian, mengulas kenyataan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mengatakan Himpunan Hijau 3.0 akan menjadi pilihan sekiranya kerajaan masih meneruskan operasi Lynas.

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat


Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...