Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Disember 2013

Pemikiran pelik pemimpin Umno



Pelik juga memikirkan kata-kata Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya meninggalkan negara ini.

Kata-katanya ini menimbulkan kemarahan dan kritikan pelbagai pihak, termasuklah di kalangan sesetengah tokoh Umno sendiri yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersdebut, yang sedar akan situasi yang ada sekarang.

Bayangkan, bagaimanakah rakyat Malaysia yang sah sebagai warganegara tiba-tiba mahu disuruh meninggalkan negara ini, hanya kerana rakyat prihatin ini tidak bersetuju dengan dasar dan langkah kerajaan terutamanya mengenai kenaikan harga barang, menyebabkan mereka mahu berhimpun membantah kenaikan tersebut.

30 Disember 2013

Tuduh dalang guling k'jaan, NGO mahu saman Amar Singh RM100 jut


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tuduhan Amar Singh yang turut mengaitkan namanya itu adalah bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.

26 Disember 2013

Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan?


Kritikan demi kritikan yang diterima Datuk Seri Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat, tulis blogger Shahbudin Husin.

Menurutnya, jika sebelum ini kegagalan Najib menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam Umno sendiri semakin lantang mengenainya.

Katanya, selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

Baca seterusnya...DI SINI

25 Disember 2013

Anugerah lawak pak menteri


Telatah dan sikap segelintir pemimpin tanah air kita amat menarik dan mencuit hati saya. Mungkin anda dan kebanyakan rakyat turut merasa sama seperti saya. Tidak kurang juga ada yang keluh kesah dan merintih tidak senang dengan sikap mereka ini. Lebih teruk lagi ada yang mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya saya tulis di sini.

Semua reaksi ini disebabkan perangai dan sikap Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri (PM) dan menteri-menterinya dalam menangani masalah kos sara hidup meningkat dengan mendadak.

Kebanyakan rakyat dah mual tahap kritikal dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Sewaktu Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, pelbagai janji manis ditabur sehinggakan mempersona mata melihat, enak pula telinga mendengarnya dan bertuahlah rakyat kalau-kalau dapat merasakan apa yang dijanjikan mereka. Realitinya janji hanyalah janji, sekadar pemanis mulut bila berkata-kata.

Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis - Saifuddin


Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang.

"Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.

24 Disember 2013

Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh DICABAR .


Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh DICABAR
Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.

Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang.

Penggantungan The Heat undang kemarahan


Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris The Heat sangat tidak wajar, kata tokoh akademik dari Amerika Syarikat.

Janet E. Steele, Profesor dari School of Media and Public Affairs, George Washington University berkata, tindakan penggantungan itu suatu tindakan yang memeranjatkan dan mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat khususnya pengamal media sendiri.

"Ini satu tindakan yang amat mengejutkan dan bagi saya, tindakan ini sangat tidak wajar kerana akhbar The Heat baru sahaja beberapa bulan beroperasi," kata beliau ketika ditemui di pejabat editorial Harakah, dekat sini hari ini.

23 Disember 2013

Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita


Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita, tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Menurutnya, orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.

“Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik,” tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.

21 Disember 2013

Rafizi ke Hong Kong awal Januari siasat akaun Gani Patail

rafizi_HK

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari 2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah di dalam tuntutan tersebut.

“Saya akan ke sana pada awal tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan Krismas.

Baca lagi >DI SINI

Harga naik: Pakar ekonomi jangan jadi pengampu


Pakar-pakar ekonomi diingatkan agar tidak menjadi pengampu kerajaan sebaliknya harus berani menerangkan faktor kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menerangkan kepada rakyat mengapa kerajaan Umno BN menjadi ‘gila’ melakukan semua kenaikan secara mendadak bermula 2014, termasuk vukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada April 2015.

Beliau berkata, tindakan Ketua Ekonomis CIMB, Lee Heng Guie dan Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan, Dr Yeah Kim Leng membuat ramalan mengenai inflasi agresif adalah untuk mengurangkan kejutan kepada rakyat.

19 Disember 2013

Antara ungkapan ‘cap ayam’ dengan menteri ‘ayam ayam’


Keluarnya hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kalau tak suka jalan bertol, gunakanlah jalan biasa, tidak jauh maksud dan standardnya dengan ungkapan beberapa menteri sebelum ini.

Ini seperti, ‘kalau ayam mahal, janganlah makan ayam’; ‘kalau sayur mahal, tanamlah di belakang rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pilihanraya, pindahlah dalam hutan’; ‘kalau rumah mahal, jangan beli rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pendidikan, belajarlah di negara lain’ dan beberapa yang lain.

Bagi blogger Shahbudin Husin, semuanya itu adalah ungkapan "cap ayam" daripada menteri yang berlogo "ayam ayam" juga.

Menurutnya, amatlah malang, Wahid yang cemerlang ketika menjadi CEO Telekom dan Maybank, akhirnya turut termasuk dalam kelompok yang sama sebaik bercampur dan bergaul dengan mereka itu.

“Apakah mereka yang mentadbir kerajaan ini lupa bahawa sokongan rakyat kepada mereka sebenarnya hanyalah 47 peratus dan dengan kelebihan 23 kerusi saja?” tanya beliau menerusi tulisan di dalam blognya.

Baca lagi > DI SINI

Tol naik: Kerajaan lemah buat perjanjian berat sebelah


Kerajaan diminta berhenti memberi alasan dan terus membebankan rakyat kerana kelemahan mereka sendiri.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol.

"Satu kenyataan yang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pihak kerajaan kerana hakikatnya Wahid harus tahu bahawa perjanjian yang dikatakan tidak dapat dielakkan ialah perjanjian yang dibuat kerajaan.

17 Disember 2013

Rayu kerajaan berhati perut, umpama kejar fatamorgana


Jawapan di atas persoalan 'mengapa semua kenaikan berlaku secara bertindan' kerana BN bertahan dan terus berkuasa.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, sesungguhnya, kesusahan rakyat adalah kesenangan bagi pemimpin BN kerana bila rakyat susah, maka mudahlah digula-gulakan.

“Saya dengan ini menyeru kepada semua, khususnya anak muda dan golongan pekerja, bangunlah dari tidur yang lena, bangun dan lawan, kerana rakyat sedang ditindas dan negara sedang dijarah di atas nama bangsa,” ujar beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Isnin. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'monday blues'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...