Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 12 badan mahasiswa lain akan menggemblengkan seramai mungkin mahasiswa di seluruh negara supaya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Mereka akan mengerahkan mahasiswa berhimpun secara aman menuntut pilihanraya yang bersih dan adil bersama-sama peserta Himpunan Bersih 2.0 lain dengan patriotisme yang tinggi demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik.
Sehubungan itu, SMM menggesa pihak polis supaya menjaga keselamatan peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang dijamin hak untuk berhimpun oleh perlembagaan.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab menegaskan, KDN dan pihak-pihak lain turut digesa supaya berhenti daripada menakutkan rakyat dan mahasiswa untuk berhimpun pada 9 Julai ini.