Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Mei 2011

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis (berita penuh)

suaram french submarine case 280410 cynthia gabriel

Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.

“Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.

“Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

BN tunai janji naikkan tarif elektrik


Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada  rakyat.
BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.
Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.
Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.
Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu.

30 Mei 2011

Hakim Korup Akan Disingkir, Janji Anwar

Kredibiliti sistem kehakiman negara yang dilihat sebagai hukum rimba sejak pemerintahan Mahathir

Hakim yang “korup dan melaksanakan undang-undang rimba” akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk ,menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau.

"Langkah yang spesefik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini.

Musim Ahli Politik "Gila Talak" Dalam Umno Menjengul Lagi


Wira Arjuna
KOMENTAR 29 MEI : Memang patut Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun

Putrajaya bukan milik UMNO-BN. Ianya milik rakyat. Hanya jumlah undi  di PRU 13 menentukan segala-galanya

Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

28 Mei 2011

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia

Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.
Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.
Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

27 Mei 2011

Tak Perlu Layan Kokokan Saki Baki Umno,Kata MP PAS

PAS tak perlu layan UMNO yang munafik dan jahat

Pemimpin Pusat PAS menganggap sebarang cubaan mengapi-apikan ahli PAS menjelang pemilihan dengan isu kerajaan pusat langsung tidak perlu dilayan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan isu itu ditimbulkan oleh pihak 'luar' dan bukan Pakatan serta hanya bertujuan memecah-belah perpaduan antara ahli PAS sendiri

Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU


 Jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, sebelum PRU13


Apa yang penting kita jangan berhenti dan jangan mudah kalah. Apa yang kita mahukan adalah agenda perubahan.
 Di seluruh dunia ketika ini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, juteru pihak berkuasa wajar menghormati suara tersebut.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menetapkan tarikh ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari  Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

3 sebab BN tak potong subsidi petrol


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi tiga sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPG, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong mereka membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini.

PAS Bantah 1,120 Ahlinya Dipindah Kawasan Undi


SPR jadi hamba kepada UMNO 
Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

Menurut Dr Siti Mariah, tindakan tersebut bukan sahaja menyukarkan pengundi malah ia mempunyai agenda tersembunyi memandangkan pertukaran kawasan mengundi itu turut melibatkan kawasan Parlimen dan DUN.

"Mereka telah dipindahkan SPR atas alasan pembetulan sempadan,"katanya.

"Tindakan tersebut menyusahkan rakyat kerana ada yang terpaksa mengundi lagi jauh, contohnya seperti di DUN Sungai Panjang sekali gus akan mengakibatkan mereka gagal untuk keluar mengundi. Malah ada juga yang pergi ke Pusat pengundian yang biasa tetapi nama mereka tiada, dan mereka pun balik," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam pagi ini.

26 Mei 2011

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang


PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.

Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.

Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.

“Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Video Lucah 'Datuk T' - Ketua Kampung Lapor Polis

 Semakin ramai pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Selangor menerima video seks Datuk T untuk menfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taktik kotor pihak tertentu untuk menghakis sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sepuluh ketua kampong baru di DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis setelah menerima rakaman fitnah itu dalam bentuk VCD menerusi pos, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh.

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

 Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

24 Mei 2011

Pemotongan Subsidi : KJ Tak Perlu Bersandiwara, Kata Saifuddin


Muslihat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ingin meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan menggesa kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, gagal meraih perhatian umum, sebaliknya hanya menjatuhkan kredibiliti beliau.

Apatah lagi hujah ahli parlimen Rembau itu pantas dibidas oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang membawa kembali ingatan Khairy pada skrip yang pernah dilaungkan beliau pada sidang parlimen 2008 ketika bapa mentuanya, Abdullah Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Katanya, adalah mustahil sekiranya pendirian Khairy berubah hanya dalam tempoh tiga tahun

23 Mei 2011

Agenda Umno: Serang DAP, Perang Salib, Korban PAS & Kes Liwat Anwar

 Khalid Samad
Banyaknya isu, sikit sangat masa untuk menjelaskannya semua. Maka dilakukan coretan-coretan dari masa ke semasa. Harap memahami.


SERANGAN TERHADAP DAP

Saya melihat dengan penuh terhibur bagaimana BN berhempas pulas ingin menangani masalah sokongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, terhadap PR. Ini difahami BN sebagai masalah besar bagi mereka. Amat jelas, masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina sudah menolak parti-parti Cina dalam BN. Maka untuk kekal sebagai “satu-satunya gabungan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia”, sebagai dakwaan BN selama ini, satu formula perlu dikenal pasti untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina. Malangnya, undi masyarakat Cina sudah bersama PR dan kelihatan akan terus bersama PR sehingga PRU ke-13.

PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi


Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.

Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

22 Mei 2011

Toleransi politik yang sudah luntur


aspanalias
Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa.

Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita ‘co-exist’ dalam parameter toleransi yang luas. Di awal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya.

Utusan: PAS tidak akan sahut seruan Perkasa


Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah.


PAS tidak akan menyahut seruan Perkasa untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya akhbar orang Melayu.

“Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.

“Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada tauke IPP? Anwar

Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

“Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?“Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada ‘tauke-tauke’ besar IPP?

“Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita.

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Sengsara Hidup Sebagai Tiong Hua - Jui Meng



"Sokonglah kita (Pakatan). Bukan sokong individu, bukan suruh sokong Anwar Ibrahim tapi sokong apa yang ada dalam sanubari dan jiwa Anwar. Orang Melayu, Cina, India, Dayak semua boleh naik dan musnahkan kemiskinan yang dicipta UMNO

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Chua Jui Meng menganggap UMNO membuang prinsip rukun negara kerana menjaja isu perkauman dan menimbulkan kebencian dikalangan pelbagai bangsa.

Menurut Chua, Rukun Negara menganjurkan agar rakyat tanpa mengira kaum bersatu- padu dan bekerjasama demi kebaikan negara dan perkara yang dilakukan UMNO melalui badan bukan kerajaan (NGO) PERKASA serta akhbar Utusan Malaysia jelas bertentangan.

"UMNO sudah buang Rukun Negara ke dalam parit PERKASA

21 Mei 2011

Najib bakal tersungkur jika gagal menghukum trio 'Datuk T'

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen agama diapi-apikan untuk kepentingan politik? UMNOlah yang harus bertanggungjawab. ,

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

20 Mei 2011

Wayang Kulit Umno-Perkasa Yang Menjolok Mata


Wira Arjuna
KOMENTAR : Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim Ali pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

" Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.

Usaha haramkan KEADILAN, alasan ROS aneh- Saifuddin


Jelas di sini UMNO semakin hari semakin jahat. Demokrasi dilacurkan. Dalangnya NAJIB !!!

Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaannya kerana memecat ahli tanpa melalui lembaga disiplin parti, disifatkan sebagai aneh.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, fasal berkenaan bukan sahaja tidak wujud, malah sebab yang dinyatakan itu juga tidak boleh dijadikan asas bagi pengharaman KEADILAN.

Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dikirim, ROS memberi alasan KEADILAN melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 2009.

19 Mei 2011

Jihad: Ibrahim Bukan Tokoh Menentukan, kata Ulama Asia


Jihad Ibrahim Ali hanyalah Jihad politik untuk kepentingan beliau

Presiden Perkasa Ibrahim Ali tidak mempunyai kedudukan atau pun ketokohan untuk sewenang-wenangnya mengisytiharkan jihad terhadap penganut Kristian, kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin.

Menurut Ghani, tanpa kuasa yang sah seorang itu tidak layak langsung untuk "melahirkan seruan jihad atau syahid" sebagaimana yang dilakukan oleh Ibrahim.

Justeru, beliau membidas tindakan Ibrahim mengugut akan melancarkan "perang jihad" kerana kononnya wujud konspirasi menegakkan Malaysia sebagai negara Kristian, sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Pendedahan WikiLeaks : Penubuhan Suruhanjaya Di-Raja Dituntut


Pendedahan terbaru Wikileaks bahawa Kedutaan Amerika Syarikat mepercayai adanya usaha terancang untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak dalam perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menzahirkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja, kata Parti Keadila Rakyat.

Walaupun pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks itu bukan perkara baru, namun ia menguatkan pandangan umum yang selama ini membuat tafsiran serupa, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Pendedahan itu tidak mengejutkan dan semua rakyat Malaysia sudah tahu, satu dunia pun sudah tahu memang ada campur tangan politik, fakta dia pun rakyat dah tahu,"katanya.

18 Mei 2011

Putuskan Anwar bela diri, mahkamah berat sebelah- Suaram

“Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah “saksi yang jujur dan boleh dipercayai” Porahhh...

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.

“Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

Umno Punca Melayu Merudum, Kata Azmin


Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada bumiputera tetapi dibolot oleh kroni Umno mencerminkan kerakusan dan kerelaan pemimpin parti itu menggadai maruah orang Melayu, kata beliau.

"Orang Melayu hanyut - jangan salahkan orang Cina dan DAP, Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri," ujar Azmin di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang.

17 Mei 2011

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

PERKASA@Ibrahim Alkataki hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

Tidak Ada Alasan Untuk Najib, Rosmah Dan Hassan Elak Diri Sebagai Saksi Kes Fitnah

Tidak ada apa yang membezakan antara Najib dan rakyat di bawah sehinggakan beliau ada hak keistimewaan untuk tidak dipanggil menjadi saksi sesebuah perbicaraan.


Apa beza dia (Najib) dengan rakyat biasa? Sebab dia duduk di situ kerana rakyat, rakyat mengundi dan beri kepercayaan untuk jadi PM. Selagi dia junjung perlembagaan Malaysia maka dia mesti hadir

Tidak ada sebab untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mengelakkan diri daripada dipanggil sebagai saksi berhubung kes perbicaraan fitnah ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, individu yang mendokong rukun negara Malaysia, tidak harus dikecualikan daripada memberi keterangan dalam mahkamah walaupun mereka berstatus orang penting negara.

"Dalam rukun negara ada menyebut dengan jelas Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang,"katanya.

16 Mei 2011

Ugutan keselamatan taktik kotor Umno BN selepas politik fitnah gaga

Politik Malaysia semakin ganas dan jahat

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya ugutan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli keluarganya.

Ketua Penerangan AMK Pusat, Lee Khai Loon dalam kenyataan media hari ini, menuntut polis menyiasat secara menyeluruh agar penjenayah tersebut ditahan dan dihukum dengan setimpal.

“AMK berpendapat, unsur ganas dan kotor meresap dalam budaya politik Malaysia. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli keluarga mereka diugut atau diancam anasir jahat yang sampai hari ini tidak diambil tindakan oleh polis,” katanya.

Mengikut laporan polis yang dibuat Nurul Izzah hari ini, dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ancaman terhadap anaknya jika bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhenti dari politik.

Anwar : Politik Lucah Boleh Musnahkan Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyebaran berleluasa video lucah tanpa sebarang kekangan kerajaan Pusat umpama mengulangi kesilapan pemerintahan Rom suatu ketika dahulu.

Kerana keengganan itulah kata Anwar, sistem ini seperti zaman Gaius atau Carigula, Maharaja Rom yang terkenal dengan skandal seks dan kehidupan hedonistik hingga hampir memusnahkan empayar Rom pada Abad pertama dahulu.

"Kerana keengganan sistem ini menghukum, ia menjadi sistem paling lucah di dunia. Kita tahu sistem lucah ini dulu ialah 'Maharaja Gila' Rom Carigula. Nombor dua kita, lucah secara terang-terangan," terang Anwar di hadapan kira-kira 5 ribu hadirin di Program Munajat Umat Tolak Fitnah di Stadiuam Selayang semalam.

15 Mei 2011

Hata Ikrar 'Istiqomah' Bebaskan Utusan Dari UMNO

Apa yang ada di Utusan sekarang ini ialah Jabatan Pengarang yang dayus dan tak ada harga diri. Mereka hanya tahu cukup bulan dapat gaji dan tak pedulikan apa yang berlaku di utusan

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang 'membebaskan' akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan UMNO walaupun telah dipecat.
Menurut Hata perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air dan kini hanya menjadi suara UMNO.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini tangan- tangan parti politik terutamanya UMNO. Kalau nak cerita pasal perjuangan, saya memang tak layak sebab saya berjuang kebebasan baru 7 hingga 8 bulan tapi kalau sedar, perjuangan wartawan di Malaysia telah 50 tahun sebenarnya.

Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga

Laporan Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri memberikan arahan khas kepada, Utusan Malaysia, menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut dan terancam.

Biarpun sebelum ini Perdana Menteri itu dan pemimpin Umno BN lain mendakwa rancangan yang dimuatkan dalam Buku Jingga itu bersifat populis, namun arahan kepada akhbar Umno untuk menghentamnya mendedahkan sebaliknya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas kenapa Najib dan pemimpin Umno BN begitu takut dengan rancangan 100 Pakatan itu, beliau berkata ia kerana buku jingga itu adalah penyelesaian praktikal untuk krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi negara.

Dr Wahbah : 'Anwar Perlu Terus Mengadu Ke Hadrat Allah'


Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T.”

“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini,” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

12 Mei 2011

Isu Kewarganegaraan : Umno Hulu Selangor Digesa Beri Kerjasama


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Umno khususnya bahagian Hulu Selangor memberi kerjasama baik kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berhubung surat rasmi memohon kelulusan menukar taraf kewarganegaraan kira-kira 2,000 warga asing demi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kerjasama dari pejabat Umno kawasan itu amat diperlukan bagi merungkai masalah yang bukan sahaja melibatkan proses keadilan di negara ini, sebaliknya sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

"PKR Selangor menggesa Umno khususnya Bahagian Hulu Selangor agar memberi kerjasama kepada polis apabila siasatan dijalankan dengan membenarkan pihak polis untuk meneliti surat dan fail yang terdapat di dalam pejabat mereka sekaligus ia mampu untuk membuktikan mereka benar atau salah," katanya kepada Tv Selangor.

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

11 Mei 2011

Kereta Anwar Disabotaj, Kata Pemandu

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki ada usaha mensabotaj kereta majikannya sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Abdullah Sani Said yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Abdullah mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Warga Asing Diberi Hak Mengundi Di Selangor, Kata PKR


Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan usaha terbaru Umno-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13

10 Mei 2011

Isu Kristian : MCA, MIC Diam Diri?


Tindakan membisu MCA dan MIC berhubung isu agama Kristian menunjukkan mereka tidak mempunyai "kekuatan" atau paling tepat tidak mempunyai sokongan untuk membuat sebarang komentar mengenainya memandangkan parti itu adalah parti terpinggir dalam Barisan Nasional (BN).

Namun menurut ahli parlimen Klang, Charles Santiago, jika benar kedua-dua parti berkenaan mahu mewakili suara rakyat terutama penganut Kristian yang diwakili mereka, keadilan haruslah ditegakkan walau dengan apa cara sekalipun.

Komplot Kristian: Apakah DAP sasarannya? Tidak…


Selepas kegagalan yang memalukan dalam agenda “1Melayu, 1Bumi”, media tradisional Umno, Utusan Malaysia dan barisan blogger mereka cuba sekali memainkan isu yang cukup sensitif dan berbahaya untuk kestabilan negara dengan menuduh bahawa para pemimpinDAP berkonspirasi dengan paderi Kristian bagi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan membolehkan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri.

Di atas permukaan, DAP dan agama Kristian dilihat sebagai sasaran sebenar Utusan. Namun, harus diingatkan di dalam politik, kebanyakan drama hanya membenarkan penonton tepi jalan melihat apa yang hendak diperlihatkan – dengan ini bermaksud ada pihak yang inginkan rakyat percaya bahawa sasaran sebenar mereka ialah DAP dan juga Kristian.

Persoalannya, adakah begitu keadaannya?

Guan Eng : BN Perlu Pikul Kesan Laporan Utusan


Adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab bagi Umno bermain api dengan menyebarkan pembohongan menerusi akhbar Utusan Malaysia hanya untuk menerima sokongan Melayu tanpa mempedulikan kosnya.

DAP hari ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya bertanggungjawab ke atas sebarang insiden yang tidak diingini, yang mungkin menimpa kumpulan kecil penganut Kristian di negara ini ekoran tindakan parti itu memperakui laporan Utusan Malaysia kononnya mahu mengubah agama rasmi negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.

“Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” kata Guan Eng, lapor portal Malaysian Insider.

Menurut Guan Eng, DAP sangat bimbang kerana kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.

09 Mei 2011


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan akhbar milik UMNO menyiarkan mengenai ada usaha untuk menjadikan Krisitian sebagai agama rasmi Malaysia dengan mengaitkan dengan Pakatan Rakyat sebagai langkah 'terdesak' dari parti perkauman itu.

Menurut Anwar, UMNO jelas cuba memainkan sentimen perkauman dan meracuni pemikiran orang Melayu dalam mengekalkan kuasa mereka.

"Tetapi UMNO cuba racun pemikiran orang Melayu. Maknanya, bila kita lawan dalam keadaan parti itu (UMNO) terdesak, mereka akan lakukan tindakan- tindakan terdesak. Mula- mula video, sekarang ini isu agama pula," tegas Anwar ketika berucap di majlis Himpunan India Malaysia di Dewan Hamzah dekat sini semalam.

08 Mei 2011

NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH, MEHNAH PERJUANGAN oleh:Tuan Man Tuan Ibrahim

Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Sekolah mana Hishammuddin belajar DAP ganti PAS

Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC

PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.

Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.

Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia


Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Dakwaan Kristian agama rasmi politik jahat dan bahaya – Guan Eng


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya.

“Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini,” kata Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi ini.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

07 Mei 2011

NGO: Isu fitnah akan dibawa ke Majlis Raja-Raja Melayu, Agung



Ini adalah gambaran kemuncak kemarahan rakyat kepada peguam negara, polis dan pihak bertanggungjawab yang masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Trio Datuk T.


Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) akan membawa isu video fitnah ke Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya pihak bertanggungjawab enggan mengambil tindakan tegas, kata jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Malah mereka akan mengadakan perhimpunan lebih besar jika kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks yang kini disebarkan secara berleluasa.

Azmi berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antara lain menggesa pihak berkuasa itu melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

300 berdemo di Masjid Negara, Jawi tolak fitnah lucah


Kira-kira 300 peserta Gerakan Saf Tolak Fitnah (Saf) berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara, dalam demonstrasi ‘Hari Kemarahan Rakyat’ selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka melaungkan slogan ‘tolak fitnah’, selain dilihat turut mengoyakkan akhbar propaganda milik Umno, Utusan Malaysia.

Peserta berkenaan kemudian berjalan menuju bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak berhampiran Masjid Negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...