Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Julai 2011

HANYA 'ORANG YANG SALAH' TAKUT CELUP JARI


Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat, dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Menurut AhIi Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Idris Ahmad, cakap-cakap Najib itu merupakan tuduhan liar yang melulu dan cuba mengalih isu penipuan perjalanan pilihanraya yang semakin terserlah.

Beliau menyenaraikan beberapa keraguan timbul sekiranya penggunaan biometrik digunakan.
[Gambar - Presiden Ahmadinejad menunjukkan kesan jarinya dicelup dkwat kekal 'berani kerana benar!']

"Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak

30 Julai 2011

SPR : Pengundi Hantu Akibat Tiada Penyelarasan JPN-Polis


Masalah pengundi hantu tidak mungkin diselesaikan selagi polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menyelaraskan data antara mereka berhubung kematian pengundi.

Ini kerana maklumat tentang kematian seseorang yang dilaporkan kepada polis tidak dipanjangkan kepada JPN, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menganggap kelemahan tersebut perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

29 Julai 2011

Polis gagal buktikan 'keganasan' Bersih 2.0

PAS mendakwa polis gagal mengaitkan Bersih 2.0 dengan keganasan apabila sehingga kini tidak mendedahkan hasil siasatan penemuan senjata berbahaya dan t-shirt kuning berlogo Bersih beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin dakwaan penemuan senjata tersebut hanyalah propaganda Umno BN yang menggunakan pihak polis untuk memburuk-burukkan Bersih 2.0.


"Apa yang berlaku sebelum perhimpunan Bersih itu hanyalah propaganda Umno BN untuk menggambarkan peserta Bersih satu kumpulan militan untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.Ini matlamat sebenarnya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Najib mahu bela rakyat bila dekat pilihan raya

Di antara tanda pilihan raya dekat apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barangan, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Selain itu, katanya setiap hari ada ahli PAS menyertai Umno.

Hari ini pula, ujarnya media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.

"Saya Bukan Mangsa SUARAM" - Bourdon

Peguam Hak Asasi Perancis, William Bourdon tidak melihat pengusirannya dari Malaysia sebagai 'dipergunakan atau dijadikan mangsa' oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Kenyataan Bourdon itu menolak alasan rapuh yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini kononnya Bourdon adalah mangsa politik SUARAM.

Bourdon berkata, beliau datang ke Malaysia adalah sebagai seorang peguam dan tindakan kerajaan Malaysia menghalangnya berjumpa dengan anak guamnya adalah suatu tindakan penafian perundangan.

28 Julai 2011

Biometrik: Kenyataan Muhyiddin tidak berasas


Huzir Sulaiman   
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6

SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.

Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.

27 Julai 2011

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.

"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Undi Bertindih : Biometrik Bukan Penyelesaian, Kata Ambiga


Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.

Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Video hari Bersih 2.0 di RTM


HARI Bersih 2.0 sudah berlalu dan masuk ke minggu ketiga, tetapi polis dan sekutu perang sarafnya terus bertungkus lumus bagi menegakkan yang ia benar dalam tindakannya menghalang unjuk rasa Bersih 2.0 dan bagi meyakinkan orang ramai yang ia benar serta berbuat betul.

Hingga polis seolah-olah tidak ada kerja lain melainkan menghadapi dan menangani isu Bersih 2.0 dan kesan-kesannya yang dihadapinya.

26 Julai 2011

Bourdon: Majlis Peguam pertikai langkah kerajaan

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Imigrasen menangkap dan menghantar pulang peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon baru-baru ini.

Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan medianya berkata, alasan jabatan itu kononnya peguam itu melanggar peraturan lawatannya ke Malaysia tidak boleh diterima dan tidak mencukupi.

Pakatan Rakyat Tetap Tolak SPR Guna Biometrik

Pakatan Rakyat tetap dengan pendiriannya mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal sekali gus menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana ia tidak menjamin elemen satu orang satu undi pada waktu pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku, semalam.

25 Julai 2011

Diplomat : EU Timbang Hantar Pemantau Bebas, SPR Tidak Wibawa


Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

PAS : Kerajaan, Polis Masih Hidup Zaman Televisyen Hitam Putih


PAS menggambarkan tindakan terlewat dua minggu oleh polis untuk mendedahkan video versi mereka dan kemudiannya hanya ditayangkan di rangkaian televisyen milik kerajaan, jelas perbuatan ketinggalan zaman.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad juga mengumpamakan perbuatan itu tidak ubah seperti di zaman televisyen hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris dalam satu kenyataan media.

23 Julai 2011

Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia


Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab


Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

"Tindakan ini nampak sangat menunjukkan pihak kerajaan BN ini takut. Sebab apa yang mereka takut, kami rasa pendedahan dalam kes pembelian Scorpene dan kes melibatkan penyalahgunaan kewangan dan sebagainya. Dan besar kemungkinan kerana kaitan dengan isu pembunuhan Altantuya," katanya.

21 Julai 2011

Ambiga, Wan Ahmad Debat Di Pentas Terbuka

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan beliau akan tampil untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 26 Julai ini berhubung sistem pilihan raya di negara ini.

Utusan Malaysia melaporkan, Wan Ahmad telah bersetuju untuk berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadual berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya


Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan

Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"

Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

20 Julai 2011

Khalid : Siapa Ibrahim Ali Mahu Jadi Ikon?

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,

19 Julai 2011

BN Rasa Kedudukan Mereka Terancam, Kata Marina Mahathir

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

Facebook: Lebih 200,000 mahu Najib letak jawatan

Kumpulan rakyat yang majoritinya "majoriti senyap" terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk ‘100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan’ (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.


Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.


Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu.


“Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu  diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

17 Julai 2011

Kerajaan Silap Tangani Bersih, Kata Marina

Saya berfikir (melihat semua ini) orang awam mengambil keputusan bahawa segala tindakan ini tidak adil dan keluar untuk menyokong perhimpunan Bersih,’

Aktivis dan anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad membidas pendekatan kerajaan dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Marina Mahathir turut menyelar Perdana Menteri Najib Razak kerana begitu kritikal terhadap Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan penahanan Ahli Parlimen Sungei Siput D.Jeyakumar.

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak


Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

16 Julai 2011

Maria Chin : Rombak Sistem Atau Tiada Pilihan Raya


"Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu mengambil pendekatan untuk berubah, maka tidak perlu adakan pilihan raya."

Demikian kenyataan ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah seraya mendesak suruhanjaya itu mempertimbangkan empat tuntutan utama bersabit rombakan sistem pilihan raya yang boleh dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dengan kadar segera.

Tambahnya lagi, Bersih akan mengemukakan petisyen kepada SPR dalam masa terdekat sebagai tindakan lanjut termasuk memberi tempoh tiga bulan untuk melihat sebarang perubahan yang akan dilakukan agensi bebas itu.

Beliau berpendirian tindakan tersebut adalah sebahagian daripada cara gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu mengekalkan momentum selain inisiatif rakyat menganjurkan program 'hari kuning' pada setiap Sabtu.

Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib-Khalid Samad

Rakyat Malaysia cukup malang mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak memandang berat nasib yang menimpa rakyat dan beranggapan menzalimi rakyat pada himpunan aman 9 Julai lalu adalah satu perkara biasa.

Paling teruk apabila seorang daripada peserta himpunan itu meninggal dunia ketika melarikan diri dari asakan polis dan ia disifatkan Najib Razak sebagai tindakan ringan yang harus dikenakan ke atas rakyat kerana berhimpun menuntut sebuah pilihan raya adil dan bebas.

Kuning: Najib terima tamparan di London



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan hebat dalam kunjungannya ke London, hari ini apabila turut disambut puluhan penunjuk perasaan berbaju kuning yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan asing yang menyokong perjuangan Bersih 2.0.

Mereka berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Lebih hebat lagi, semalam, Ratu Elizabeth turut memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.

Manakala Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.

13 Julai 2011

Bersih : Akui Kebangkitan Rakyat, Kata Pakar Media


Perhimpunan Bersih anjuran 62 badan bukan kerajaan Sabtu lalu menzahirkan keperluan mengikis anggapan tradisi bahawa setiap demontrasi di negara ini adalah kerja pihak pembangkang, kata seorang pensyarah universiti.

Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata negara tidak akan maju sekiranya segala cetusan rasa tidak puas hati dikaitkan kepada pembangkang semata-mata dan bukannya sebagai suara rakyat.

" (Dalam hal ini) terutama sekali ialah sikap. Sikap kita apabila ada kumpulan yang membantah, memprotes, mengkritik dan kita mentafsir serta mendefinisikannya sebagai (perbuatan) pembangkang. Jika kita tidak ubah sikap ini, kita tidak akan maju,kata beliau kepada TvSelangor. .

Tidak mustahil Bersih 3.0

"Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.

12 Julai 2011

Bersih 2.0: Matthias sifatkan kegagalan Najib

Sehari selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, para penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib disifatkan gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang (gambar) dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0.

Majoriti Senyap sudah Bersuara, Mahu Najib Letak Jawatan


Di sebalik gesaaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya "majoriti senyap" yang menentang himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu bersuara di ruang siber, sebuah profil baru di Facebook yang menggunakan identiti "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) kian mendapat sambutan rakyat.

Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.

Umno usah berbohong tentang Bersih

(Bukti yang diberikan seorang blogger terhadap pembohongan polis kononnya tidak ada tembakan gas pemedih mata di perkarangan sebuah hospital bersalin di Jalan Pudu)
Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas.

10 Julai 2011

Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Ambiga, Abdul Hadi dibebaskan polis

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang tadi, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Iman – dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.-K/Daily

Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Saifuddin


Datuk Seri Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta

Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.
Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita.

Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC.

Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah.

Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis.

Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC.

Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai.-Hrkh

09 Julai 2011

Kami akan tegakkan hak perlembagaan untuk berhimpun- Bersih

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan memastikan hak untuk berhimpun seperti mana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan dilaksanakan.

Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 menegaskan tujuannya berhimpun esok adalah jelas untuk menuntut supaya kerajaan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

Larangan Memasuki Ibu Negara Bukti Umno-BN, Hishammuddin Takut

Tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu daripada memasuki bandaraya Kuala Lumpur esok membuktikan “ketakutan tidak rasional” Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan medianya berkata, pihaknya sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap dengan pendirianya untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Stadium Merdeka esok walaupun tidak mendapat permit.

Perintah sekatan bukti ketakutan BN - DAP


DAP menyifatkan tindakan mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 pemimpin masuk ke Kuala Lumpur esok sebagai tidak masuk akal dan membuktikan ketakutan menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis.

Sambil mengulangi pendirian DAP yang menyokong perhimpunan aman Bersih dan mengutuk sebarang bentuk keganasan, setiausahanya, Lim Guan Eng membawa falsafah Yunani Plato bahawa “kita boleh memaafkan kanak-kanak yang ketakutan ketika gelap; tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya”.

08 Julai 2011

Sekat komunikasi awam tidak halang himpunan Bersih

Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini.

“Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan,” tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih tetap ke Stadium Merdeka, kecewa dengan PM


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai ini namun pada masa yang sama, mereka berasa kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berdolak-dalih dengan janji mereka.

“Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.
“Bersih kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.

Hishammuddin Ingkar Titah Agong

Keenganan Putrajaya mengiktiraf perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, jelas menggambarkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan titah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meskipun ia mendapat perkenan Seri Paduka.

Walhal kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu secara konsisten menasihati rakyat agar mentaati Rukun Negara yang menyebut "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara".

Kata Najib, anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

07 Julai 2011

30,000 ahli PAS Johor ke himpunan Bersih 2.0


Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Mereka tidak perlu bimbang untuk hadir kerana himpunan itu bukan himpunan haram, sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Akta Polis 1967.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, tambahan pula, Jawatankuasa Bersih 2.0 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.

Sekatan Polis : Usaha BN Lumpuhkan Bersih 2.0


Kesesakan teruk akibat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis awal pagi semalam hanyalah usaha untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Malah, sekatan jalan raya itu jelas menunjukkan wajah sebenar rejim pemerintah Umno-Barisan Nasional(BN) yang hanya memperkudakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik semata.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata alasan polis membuat sekatan terbabit bagi tujuan menghalang kegiatan menyeludup senjata api ke ibu negara langsung tidak masuk akal, sebaliknya menggambarkan bahawa Umno-BN takut akan kebangkitan rakyat pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

06 Julai 2011

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin


Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.
“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.
Lapan tuntutan itu adalah  pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan  menghentikan politik kotor.

Bersih Beralih Ke Stadium


: BERSIH 2.0 kini akan diadakan di sebuah stadium atas sebab- sebab keselamatan, selaras dengan nasihat Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenaan menemui penganjur perhimpunan aman itu di Istana Negara petang tadi.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.

"Kita telah maklumkan Tuanku yang kita menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium. Oleh yang demikian perhimpunan jalanan tidak akan berlangsung," kata beliau

05 Julai 2011

Najib perlu terima nasihat Tuanku, laksana tuntutan Bersih- Azmin


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima nasihat yang disampaikan Yang Di Pertuan Agong melalui titah baginda semalam.
Menurut  Azmin, Najib perlu menggunakan ruang perbincangan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), bagi melaksanakan semua tuntutan NGO itu.
“Saya mendesak Najib dan pentadbiran di Putrajaya menerima nasihat Tuanku dengan menganjurkan satu inisiatif yang bersifat konsultasi di antara kerajaan dan Bersih dan Pakatan Rakyat dalam semangat yang lebih bertanggungjawab, bertamadun dan bukan ambil sikap konfrontasi dengan rakyat yang diwakili oleh Bersih dan Pakatan Rakyat.

Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib


Wira Arjuna
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0.

Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...