Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

09 Julai 2011

Perintah sekatan bukti ketakutan BN - DAP


DAP menyifatkan tindakan mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 pemimpin masuk ke Kuala Lumpur esok sebagai tidak masuk akal dan membuktikan ketakutan menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis.

Sambil mengulangi pendirian DAP yang menyokong perhimpunan aman Bersih dan mengutuk sebarang bentuk keganasan, setiausahanya, Lim Guan Eng membawa falsafah Yunani Plato bahawa “kita boleh memaafkan kanak-kanak yang ketakutan ketika gelap; tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya”.


Beliau berkata, di Malaysia sudah muncul pemimpin yang memegang jawatan tinggi takut untuk berhadapan dengan rakyat yang memperjuangkan hak asasi mereka untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sistem pilihan raya.

"Kami bersetuju bahawa konflik dan demonstrasi ganas harus dielakkan tetapi dari peringkat awal, perhimpunan Bersih 2.0 adalah merupakan perhimpunan aman. Sememangnya tidak ada unsur keganasan, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis dan kerajaan yang menggambarkan sebaliknya," kata beliau dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Yang di-Pertuan Agong sendiri telah memberi perkenan kepada pihak Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) telah menasihatkan Bersih 2.0 untuk menggunakan stadium, tetapi, pada hari ini kita dapati bahawa barisan Kabinet khususnya Menteri Dalam Negeri tidak memahami arahan mudah ini," katanya.

Katanya juga, selain enggan memberikan permit, kerajaan juga mengenakan pelbagai tindakan termasuk penahanan sewenang-wenangnya 193 orang sejak beberapa minggu lepas antaranya enam aktivis PSM.

"Apa yang telah berlaku di negara kita apabila pemimpin kita dianggap seperti orang asing di tanah kita sendiri?"soalnya.

"Bagaimana begitu ramai pemimpin yang telah dipilih di negara ini ditahan kerana kononnya mempunyai elemen-elemen bahaya?

"Jangan kita pernah lupa bahawa bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan telah dikurniakan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Michelle Obama.

"Pemimpin-pemimpin dunia mengangkatnya sebagai wanita yang berani tetapi di Malaysia, beliau dicerca sebegitu teruk dan dianggap sebagai musuh awam di mana pemimpin-pemimpin UMNO mendesak agar kerakyatan beliau dibatalkan," tegasnya.-Hrkh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...