Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 November 2010

Jangan Bandingkan Antara Anwar Dengan Aung San Suu Kyi, Tapi Bandingkan Sikap Myanmar Dan Malaysia Terhadap Gerakan Demokrasi


Perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi oleh Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh kebebasan Myanmar Daw Aung San Suu Kyi telah diiktiraf bukan sahaja oleh rakyat negara masing-masing tetapi penghormatan ini telah diakui pemimpin, organisasi dan masyarakat antarabangsa.

Menurut pakar perlembagaan dan pengamal undang-undang terkenal, Dr Samarudin Md Rejab isu yang lebih penting untuk diketengahkan bukan samada satu tokoh melebihi satu tokoh yang lain dari segi kehebatan dan kepimpinan tetapi apakah sikap yang diambil oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah junta tentera Myanmar terhadap gerakan pendemokrasian dan layanan yang diberi kepada tokoh serta pejuang demokrasi.

"Di Myanmar kita lihat Aung San Suu Kyi telah dikenakan tahanan rumah selama 15 tahun daripada tempoh 21 tahun sejak 1989. Junta tentera telah mengambil tindakan untuk tidak membenarkan beliau bergerak bebas untuk meneruskan kegiatan politik serta berjuang untuk membebaskan Myanmar daripada pemerintahan kuku besi. Ramai penyokong beliau dibunuh dan ribuan dihumban ke dalam penjara sehingga kini. Pembebasan beliau kini pun diragui kerana bermotifkan politik dan Suu Kyi masih berapa dalam bahaya dan keselamatan beliau tidak terjamin sekiranya beliau bergerak bebas untuk berpolitik.

Si Kitol Hanya Pertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu Untuk Kepentingan Politik Mereka

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan pemimpin- pemimpin Umno sebagai “Si Kitol” moden yang bermuka-muka mempertahankan kedaulatan Raja dan Sultan Melayu setelah menghakis kuasa-kuasa mereka dan mengaibkan institusi itu demi kepentingan politik diri.

“Tiba-tiba , sejak awal 2009, setelah 17 tahun berlalu, pihak yang berusaha dan berjaya menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja- Raja Melayu kembali bermuka- muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan,” kata Tan Sri Khalid.

“Syukur Alhamdulillah, mungkin akhirnya mereka sedar akan ketelanjuran, namun, patik teringat peranan Si Kitol dalam Sejarah Melayu. Adakah “Si Kitol” moden ini akan kembali memperalatkan Raja dan Sultan demi kepentingan politik mereka?,” tanya Tan Sri Khalid pada wacana mengenai institusi Raja- Raja Melayu.

29 November 2010

Jika Ada Penyelewengan Dalam Pemilihan, Kita Akan Menyiasat Semua Aduan - Anwar

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.

Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.

"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.

Saya Tidak kisah Dituduh Sebagai Pengatur Atau Manipulator Tapi Jangan Serang Parti Saya -Saifuddin


Boleh serang saya tapi jangan serang parti saya, tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail.


Bercakap dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7 di sini, Saifuddin menjelaskan beliau tidak kisah dituduh sebagai pengatur dan manipulator dalam Pemilihan 2010 bagi memenangkan 'orang-orang' tertentu.

Saifuddin menganggap PKR yang dianggotai hampir 400 ratus ribu ahli dari pelbagai latar belakang yang menarik.

"Saya tak boleh biarkan parti ini diserang, sebab saya hargai kepelbagaian watak dalam parti ini.

27 November 2010

Pimpinan Anwar Menjadi Penyatu Kepada Pakatan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang disegani di seluruh pelosok dunia dan menjadi penyatu kepada Pakatan Rakyat perlu dipertahankan seluruh Anggota Parti keadilan Rakyat, tegas Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail dalam perbahasannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di sini hari ini.

"Anwar merupakan pemimpin penyatu, yang menyatukan ketiga-tiga parti pembangkang ke dalam Pakatan Rakyat, yang dijangka oleh ramai pemimpin rantau ini bahawa beliau akan menjadi perdana menteri satu hari nanti.

"Tetapi apa yang berlaku di negara ini ialah, pemimpin ini, diizinkan untuk dihina," jelas Siti.

Katanya lagi, beliau dapat menerima sekiranya orang luar parti yang mengeluarkan kenyataan menghina Anwar tetapi beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana ahli PKR yang cuba mengata Anwar.

26 November 2010

Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP Agong



Rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk

bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.

"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.

25 November 2010

Umno-BN Pernah Penjarakan Saya 6 Tahun, Apalah Sangat Jika Mereka Gantung Saya 6 Bulan Dari Parlimen

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan desas desus yang tersebar bahawa beliau akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau mengnai kaitan kerajaan Malaysia dan syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.

“Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi petang tadi.

23 November 2010

 Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?



Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

22 November 2010

Dalam PKR Tidak ada Mana-Mana Pihak Yang Boleh Mainkan Sentimen Perkauman

ai_mbsa_-_CopyKetua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tidak ada ruang di dalam parti bagi mana-mana pihak untuk memainkan sentimen perkauman.

Merujuk kepada proses pemilihan parti di sesetengah cabang yang didominasi oleh kaum tertentu, Anwar mengingatkan jika budaya ini mahu diteruskan lebih baik mereka yang terbabit menyertai Barisan Nasional.

"Saya ingin berpesan jangan main sentimen kaum di dalam parti ini. Kalau ada saya nasihatkan balikm ke parti asal masing-masing. Kalau di cabang semua kepimpinan pilih Melayu lebih baik masuk Umno, kalau semua pilih India lebih baik masuk kelab India atau MIC. Kalau ini berlaku apa beza kita dengan Barisan Nasional.

"Saya amat serius mengenai perkara ini. Kita tidak terima pemikiran Sabah untuk orang Sabah sahaja. Kalau mereka yang rasuah sama sahaja samada mereka dari Semenanjung atau Sabah. Kita nak angkat orang Sabah yang amanah, setia kepada parti, mampu angkat perjuangan rakyat bukan nak main sentimen suku kaum," Anwar memberi amaran kepada lebih 2,000 penyokong yang menghadiri 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' anjuran KEADILAN Selangor di sini Jumaat lalu.

21 November 2010

Kenapa Zaid Di Label 'Orang Jahat' ?


oleh : faceboff

"Sejak dipecat dari UMNO tanpa berlengah memohon menjadi ahli seumur hidup PKR bersama keluarganya. Beliau di berikan Keistimewaan di lantik pengerusi PKR Kuala Lumpur dan juga sebagai calun PKR di Hulu Selangor. . Setahun lebih beliau dalam dalam PKR. Apakah sumbangan beliau selama ini untuk memperkasakan parti ?

1) Mempropaganda kan diri beliau sebagai Penyelaras PR yang tiada jawatan itu dalam PR.

2) Menggunakan Jentera Media songsang UMNO/BeEND yang sebenarnya di boikot oleh PR itu sendiri untuk menghina parti sendiri

3) Orang jahat yang baru setahun jagung dalam Parti dan menyuruh DSAI berhenti/berundur dari berpolitik

4) Beliau cuba mempengaruhi pemimpin PR yang lain untuk menghuru-harakan parti PKR itu sendiri untuk menyokong idologi beliau.

Elok Najib Lantik Rosmah Sebagai Menteri - Idham Lim



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak 'mengacau' pentadbiran negara lapor portal Harakah Daily Online hari ini.

"Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

"Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang," tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

Zaid Tak Boleh Dipercayai, Nasihat Karpal Singh Kepada Anwar..... Apa Pasal Anwar Tak Ikut?

Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu.

"Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah.

"Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

20 November 2010

Anwar: Jangan Bawa Budaya Samseng Dalam KEADILAN, Jaga Disiplin Parti, Anda Akan diterima Dalam Arus Perjuangan

IMG_3955Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran setiap anggota parti perlu mematuhi tahap disiplin tertentu dan jangan membawa budaya samseng untuk merosakkan nama baik dan imej parti dengan membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas.

"Saya ingin beri amaran kepada semua anggota tidak kira siapa. Jangan bawa budaya samseng dan jaga disiplin dan anda akan terus diterima dalam perjuangan, nak mengamuk tak tentu pasal dan guna saluran yang betul untuk meluahkan rasa tak puas hati, 'out you go!'. Peperangan ialah dengan Umno-BN bukannya sesama kita sendiri," tegas Anwar.

Merujuk kepada bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti baru-baru, Anwar berkata beliau boleh menerima mana-mana anggota membuat sebarang aduan atau rungutan berhubung prosespemilihan pimpinan pusat yang berlangsung sekarang.

Zaid Keluar PKR 16 Disember


Zaid Tubuh Parti Baru
Seperti yang dijangka, Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan , Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru yang beliau dakwa adalah lebih demokratik.

Walaupun sebelum ini mendakwa beliau tidak akan menubuhkan parti baru, selagi tidak dipecat oleh PKR, Zaid mengulangi amalan dengan mengubah fikirannya sekali lagi.

Namun yang menghairankan, ialah beliau menunda tarikh keluar daripada PKR kepada 16 Disember tanpa memberi sebab yang munasabah.

Pada sidang akhbar di rumahnya pagi tadi, Zaid sekali lagi meluangkan sebahagian besar daripada masanya untuk mencanang dirinya sebagai pemimpin yang kononnya jauh lebih baik daripada Ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau meremehkan rekod Anwar dalam kerajaan dan juga sebagai ketua pembangkang yang membantu mengemudi pakatan rakyat untuk menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen dan berkuasa di lima negeri.

19 November 2010

Murahnya Harga Politik Noh Omar

Datuk Noh Omar tidak harus mencari modal politik murahan dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum beliau mendedahkan bukti bahawa Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahun ke 40.

Tuntutan maaf dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang Exco sebagai syarat untuk beliau mengemukakan bukti adalah permainan politik dan bukan atas kepentingan rakyat.

Jika kepentingan rakyat yang diutamakan, maka sudah tentu Noh selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor, memberi segala "bukti" yang ada, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan diambil.

Yang nyata ialah Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan Yayasan Selangor membelanjakan wang sebegitu besar untuk sambutan ulangtahun.

 Periksa Tahap Mental Soi Lek, Mungkin Tidak Siuman


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

17 November 2010

Bernama Melaporkan Berita Tidak Benar Dan Direka-reka - Husam

Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam (gambar).

Spekulasi Rombakan Kabinet Minggu Depan, Siapa Menteri Akan Digugurkan?

Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan.
Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.
Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.

16 November 2010

Zaid Akan Keluar Parti Keadilan Rakyat


Zaid Terus Mencari "Kapal" Untuk Terus Jadi Juragan - Wira Arjuna
Cuma tinggal satu persoalan pokok sekarang – mana satu parti yang akan bakal diambil alih dan diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Sumber mengatakan usaha sudah mula digerakkan untuk membolehkan Zaid dan beberapa konconya mengambil alih sebuah parti untuk melancarkan kempen politik beliau seterusnya.

Adalah difahamkan dua daripada tiga parti yang mungkin diambil alih adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan laporan akhbar The Star yang memetik Zaid sebagai berkata bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.

Tidak ramai juga akan gusar dengan tindakan itu, baik di dalam parti mahupun di dalam Pakatan Rakyat. Malah, mungkin ramai akan berasa lega.

Pagi tadi, seorang sumber yang rapat dengan kem Zaid berkata bekas ketua bahagian umno itu belum membuat keputusan muktamad dan akan memperjelaskan kedudukannya menerusi blog beliau.

Ramalan bahawa Zaid akan menubuhkan parti mengikut acuan politiknya sendiri semakin nyata apabila beliau enggan meneruskan saingan untuk menjadi timbalan presiden PKR.

Beliau mendakwa pemilihan parti tidak dijalankan secara telus malah berlaku penyelewengan.

15 November 2010

Zaid Merupakan Pengacau Dalam PKR

Bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim terus membuat ugutan untuk menubuhkan parti baru walaupun pada masa sama memberi komitmen untuk mendokong perjuangan Parti Keadilan rakyat.

Beliau mengulangi hasrat untuk menubuhkan parti baru dalam satu lagi wawancara ekslusif dengan akhbar kawalan Umno iaitu Mingguan Malaysia dan New Sunday Times hari ini.

Dalam wawancara itu, Zaid, seperti yang dijangka, terus menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang.

Bekas ketua bahagian Umno yang menarik diri dari saingan untuk menjadi Timbalan Presiden PKR itu mahu menubuhkan parti baru yang akan mendokong agenda beliau.

Menurut Zaid lagi, beliau mahukan parti politik yang menggambarkan idealismenya, tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.

Pendirian Zaid untuk menubuhkan parti baru dilihat bercanggah keengganan beliau untuk terus keluar dari PKR sungguhpun beliau lantang mengkritik kepimpinan parti itu.

Larangan Media Buat Liputan Sidang DUN Kedah, Satu Pengajaran Kepada Pengamal Media Yang Membuat Liputan Tidak Adil Dan Berat Sebelah

Larangan terhadap beberapa organisasi media arus perdana bagi membuat liputan semasa sesi perbahasan belanjawan Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, dianggap wajar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan melarang beberapa organisasi tersebut dilihat sebagai pengajaran kepada pengamal media yang tidak tahu menilai erti sebenar kebebasan media.

" Kepada media yang tak tahu menghargai erti kebebasan media tidak perlu kita beri sebab dia menyalahkan kebebasan media atas nama dia membuat liputan yang salah, memfitnah atas nama kebebasan media dan mereka yang tidak tahu menghargai kebebasan media, sama seperti monyet yang tidak tahu menghargai bunga ros," kata Mahfuz.

Pas Perlu Perubahan Dalam Kerangka Yang Baru Untuk Menggantikan Umno Dalam PRU 13

PAS 'baru' dengan pembaharuan dari segi pendekatan tanpa mengubah dasar, amat diperlukan untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU), kata penganalisis politik, Ghazali Mayudin.

Bercakap dalam forum "PAS Sedia Ganti Umno: Harapan dan Cabaran" di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) petang semalam, beliau berkata, senario politik hari ini, hanya PAS baru boleh menggantikan Umno.

"PAS tidak boleh ganti Umno dalam kerangka yang lama.Berdasarkan senario politik semasa, PAS baru dengan pendekatan yang baru, kaedah yang baru mungkin boleh. Tapi PAS yang sedia ada agar sukar untuk menggantikan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, PAS harus bersedia berubah mengikut kehendak masyarakat tanpa perlu mengubah dasar Islam yang diperjuangkan.

Perubahan tersebut juga perlu menyeluruh, bukan bersifat cebisan sahaja.

"PAS mesti berubah mengikut perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak dalam masyarakat supaya diterima umum. Bila kita katakan PAS ganti Umno bermakna kita nak masyarakat Melayu menerima PAS untuk menggantikan Umno.

"Perubahan keadaan bukan bersifat cebisan tapi menyeluruh. Dari segi keahlian juga harus berubah. Bukan sahaja ahli PAS setakat dengar ceramah tetapi haruslah bergerak ke lapangan masyarakat, baru boleh berlaku satu transformasi.

13 November 2010

Umno-BN Gunakan Utusan Sebagai Alat Propagandanya


Setelah Gagal Strategi Fitnah Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN dari Dalam Parti

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini,'dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

12 November 2010

PKR Parti "Reformasi"Dan Calon Muda Akan Diletakkan Di PRU 13


Calon Baru Dan Muda Untuk PRU 13 - Anwar
:Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti "Reformasi", dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sokongan Saya Kepada Anwar Tidak Pernah Berubah


Sokongan Penuh Saya Kepada Anwar - Mustapha Kamil
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah.

Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur," kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden PKR dalam kenyataan medianya hari ini.

10 November 2010

Drama Tragis Politik Negara:PRK Galas Dan Batu Sapi

Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut.

Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.

Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk ‘berkhidmat’ di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita.Tulis YB Khalid di blognya, sila baca seterusnya {Di Sini }


Setelah membaca Artikel ini, sila beri komen dan ulasan anda

Zaid Perlu Bersikap Profesional


Zaid Usah Bertindak Melulu, Ujar Aziz Bari
Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

"Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal," ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia (Zaid) kena bersabarlah.-

Siapa Zaid Untuk Mendesak Anwar Berundur Dari Politik

Anwar Tak Mahu Layan Desakan Zaid Supaya Undur Diri
Pandangan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti
secara keseluruhannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ianya boleh dipertimbangkan.

"Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dalam responnya berkata KEADILAN adalah parti reformasi dan jika rakyat mempercayai kata-kata Zaid, sepatutnya beliau memperolehi undi yang banyak.

"Bagi saya, rakyat tahu siapa yang sebenarnya yang membawa reformasi, KEADILAN sebagai parti dan juga perubahan di Malaysia secara amnya.

09 November 2010

Jika Gagal Menangani Penyelewengan Mungkin Beliau Menarik Diri - Mustapha




Mustapha Mungkin Ikut Jejak Zaid

Selepas Datuk Zaid Ibrahim, seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dilapor sedang berkira-kira menarik diri.

Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika parti itu masih gagal menangani dakwaan kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan langsung PKR.

"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Mustaffa juga turut mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.. 

08 November 2010

Zaid Akhirnya Mengumumkan Penarikan Diri Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR



Zaid Isytihar Tarik Diri Dari Pemilihan Dan Letak Semua Jawatan Dalam Parti


Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan. Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini.

Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Hab Hiburan Secara Tidak Langsung Menyediakan Maksiat Kepada Gologan Muda


Hab Hiburan Bakal Menjadi  Lebuh Raya Maksiat
Cadangan pembukaan hab hiburan oleh Umno-Barisan Nasional hanya bakal menjadi lebuhraya maksiat golongan muda tegas Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu Datuk Dr Hassan Ali.

Datuk Hassan berkata, Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan mengadakan pelbagai program pemerkasaan keluarga.

"Dengan mengadakan hab seperti itu, kerajaan secara tidak langsung telah menyediakan lebuh raya maksiat kepada belia, yang mana menyebabkan fikiran rakyat terperuk dan masyarakat menjadi semakin teruk," jelasnya.

Datuk Hassan berkata demikian pada program dua hari, Pemerkasaan Institusi Keluarga di Masjid As-Syakirin, Gombak, yang berakhir semalam.

Datuk Hasan Ali berkata demikian bagi mengulas rancangan Perdana Menteri Najib Razak yang mahu mengalakkan penubuhan kelab-kelab malam terkemuka di seluruh negara, bagi menggiatkan penganjuran konsert, melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan menjenamakan semula acara lumba automotif.

Najib juga mencadangkan mewujudkan zon hiburan di Lembah Klang bagi menampung keperluan dan permintaan pelancong dan mereka yang memerlukan.-TVS

Kalau Tidak Tipu Dan Rasuah, Mana Umno Boleh Menang

Bolehkah BN Menang Tanpa Tipu, Rasuah? - Nik Nasri Malek

Apabila pasukan bolasepak Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam pusingan akhir Piala Malaysia beberapa hari sebelum PRK Galas (saya tak tengok), mereka boleh bersorak dan berbangga kerana mereka bermain bersungguh-sungguh, tidak menipu dan mengelat.

Kalau mereka menipu dan merasuah pasukan bolasepak Negeri Sembilan, lalu mereka menang, dan berbangga bahawa pasukan mereka kuat, itu adalah menipu diri sendiri dan bodoh sombong namanya. Pasukan bolasepak Kelantan buktikan bahawa pasukan mereka layak merangkul juara Piala Malaysia.

Dalam keputusan PRK Galas, Mahyudin dengan nada bodoh sombong, termasuk akhbar mendabik dada bahawa 1Malaysia diterima rakyat, kepimpinan Najib diterima dan lain-lain kenyataan yang tidak berfakta sebenarnya. Ia hanya dakwaan kosong. Apa yang berlaku, sogokan, rasuah, pemberian duit dan hadiah serta kongkongan dan tekanan dilaporkan berlaku.

Apabila Tok Guru MB Kelantan beri zakat kepoada orang Asal masuk Islam, Timbalan Pengerusi SPR segera beri kenyataan bahawa ia sogokan. Bila Najib umum, Mahyudin umum, Menteri umum sesuatu projek segera di kawasan pilihanraya, ia bukan sogokan. Beratur panjang di kaunter BN untuk terima wang selepas mengundi bukan sogokan. Agensi kerajaan termasuk JHEOA dan lain-lain sewenang-wenangnya diperalatkan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Apabila rakyat dapat diperbodoh dan dan ditundukkan dengan kuasa ugutan dan wang, mereka menang, lalu berkokoklah pemimpin BN bahawa rakyat terima mereka, 1Malaysia diterima dan lain-lain.

Saya setuju bahawa PAS perlu muhasabah dan membuat post-mortem terhadap kekalahan dalam pilihanraya, melihat dan mengkaji di mana kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun saya, dan mungkin juga yang lain tidak boleh terima kekalahan dengan cara mengelat dan rasuah.

Pilihanraya umum ke 13 sudah diwar-warkan bahawa Pakatan Rakyat insya Allah akan menguasai Putrajaya. Najib juga sudah war-warkan akan mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan PR. Demi kuasa yang mesti dipertahan, BN akan mengelat dan merasuah dengan lebih hebat kepada rakyat. Al-harbu khid’ah perang itu penuh tipu daya. Bagaimana pula perancangan dan strategi PR menghadapi dan mengatasi tipu daya BN dalam PRU 13 nanti?-harakahdaily

Warga Emas Hendaklah Pulangkan Wang Kepada Kerajaan Negeri


Jangan Pulang Wang Warga Emas Melalui Umno
Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menghalang mana-mana warga emas untuk mengembalikan wang penghargaan sebanyak RM100 seorang yang diterima sebelum ini.

Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam.

Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut.

"Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan.

07 November 2010

PRK Galas - Umno-BN Gunakan Agensi Dan Jabatan Kerajaan Untuk Rampas Galas

Ku Li Atasi Najib, Mustapha Hujung Kuku - Mohd Nasir Awang


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa PAS bukanlah pihak paling gusar di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan, 4 November lepas.

Walau pun keputusan itu menyaksikan PAS kehilangan penguasaannya ke atas kerusi yang tidak pernah dimenanginya sejak lebih 40 tahun itu, kesan negatif terhadap parti itu jauh lebih kecil berbanding kegusaran yang kini menyelubungi sesetengah kalangan pemimpin BN sendiri, khususnya Umno.

PRK Galas diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, akibat barah usus, 27 September lalu. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, setelah lebih setahun bertarung melawan penyakit dihidapinya itu.

Pada pilihanraya lalu, Chek Hashim menang dengan majoriti 646 undi selepas menumpaskan penyandang dari BN, Mohamad Saufi Deraman. Allahyarham memperolehi 4,399 undi manakala calon BN itu memungut 3,753 undi.

PRK Khamis (4 November) lalu mengulangi pertembungan dua penjuru antara musuh tradisi, PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan Umno mewakili BN. PAS tewas dengan majoriti 1,190 undi. Calonnya, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi berbanding lawannya, Abdul Aziz Yusoff yang mendapat 5,324 undi.

Keputusan itu sekali gus mengembalikan kerusi yang telah berada di dalam genggaman BN/Perikatan sejak 1964 itu kepadanya. Kawasan berkenaan hanya pernah dimenangi PAS pada 1959 menerusi Ustaz Khaidir Khatib (atas nama Dun Ulu Kelantan Barat) dan kembali dimenangi pada 2008.

Jika BN Memerintah, Kenapa Terengganu Masih lagi ketinggalan, Sabah Dan Sarawak Masih lagi Antara Negeri Yang Mundur Di Malaysia?

PRK Galas, Batu Sapi Antara Janji Dan Realiti -Zeanaaina Mohd Yusof

Jika Barisan Nasional menjanjikan pembangunan di mana sahaja ia memerintah, kenapa Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling mundur di Malaysia?

Kenapa Terengganu masih begitu ketinggalan, walaupun menikmati royalti minyak ratusan juta ringgit untuk berpuluh- puluh tahun?

Jika BN menubuhkan Jabatan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat Kelantan, kenapa penduduk negeri itu masih kekurangan prasarana asas seperti jalan, bangunan sekolah dan sebagainya?

Kenapa Gua Musang, umpamanya, masih mundur walaupun kawasan parlimen ini dikuasai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, orang kuat Umno, kerabat diraja dan bekas Menteri Kewangan?

Di Galas, ketika ini dan sepanjang minggu lalu, Umno memberitahu pengundi bahawa hanya parti itu berupaya membawa pembangunan.

05 November 2010

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KENYATAAN AKHBAR

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.

2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

04 November 2010

Jika Pakatan Rakyat Ke Putrajaya, Harga Minyak Akan Akan Diturunkan

Anwar Janji Turun Harga Minyak Sehari Setelah Tubuh Kerajaan Pusat
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanua ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

PAS Mengenal Pasti Dua Ribu Orang Pengundi Tidak Berdaftar


PRK Galas - Amaran Kepada Pengundi Hantu, Jauhi Peti Undi Jika Tidak Mahu Ditangkap
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) memberi amaran kepada pengundi hantu agar menjauhi peti undi sekiranya tidak mahu  ditangkap ketika pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang berlangsung esok.

Menurut beliau, PAS telah mengenalpasti dan mempunyai senarai nama 2000 orang pengundi tidak berdaftar yang dijangka hadir ke pusat pengundian.

"Kita dapat maklumat yang agak lebih terperinci bahawa pengundi hantu ini berasal luar daripada Kelantan dan berasal dari Johor, lebih kurang 100 orang telah sampai di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...