Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 November 2010

Jangan Bandingkan Antara Anwar Dengan Aung San Suu Kyi, Tapi Bandingkan Sikap Myanmar Dan Malaysia Terhadap Gerakan Demokrasi


Perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi oleh Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh kebebasan Myanmar Daw Aung San Suu Kyi telah diiktiraf bukan sahaja oleh rakyat negara masing-masing tetapi penghormatan ini telah diakui pemimpin, organisasi dan masyarakat antarabangsa.

Menurut pakar perlembagaan dan pengamal undang-undang terkenal, Dr Samarudin Md Rejab isu yang lebih penting untuk diketengahkan bukan samada satu tokoh melebihi satu tokoh yang lain dari segi kehebatan dan kepimpinan tetapi apakah sikap yang diambil oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah junta tentera Myanmar terhadap gerakan pendemokrasian dan layanan yang diberi kepada tokoh serta pejuang demokrasi.

"Di Myanmar kita lihat Aung San Suu Kyi telah dikenakan tahanan rumah selama 15 tahun daripada tempoh 21 tahun sejak 1989. Junta tentera telah mengambil tindakan untuk tidak membenarkan beliau bergerak bebas untuk meneruskan kegiatan politik serta berjuang untuk membebaskan Myanmar daripada pemerintahan kuku besi. Ramai penyokong beliau dibunuh dan ribuan dihumban ke dalam penjara sehingga kini. Pembebasan beliau kini pun diragui kerana bermotifkan politik dan Suu Kyi masih berapa dalam bahaya dan keselamatan beliau tidak terjamin sekiranya beliau bergerak bebas untuk berpolitik.


"Dalam kes Malaysia pula, rakyat melihat bagaimana Umno-Barisan Nasional menggunakan seluruh jentera pentadbiran negara untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengaibkan beliau dan keluarga. Ini termasuk merencana konspirasi politik terhadapnya dengan mereka-reka tuduhan liwat sebanyak dua kali iaitu pertama pada 1998 dan terbaru sejak 2008. Bukan sahaja beliau dituduh dengan perlakuan yang tidak berasas dengan tujuan untuk memburukkan imej dan kredibilitinya terutamanya di pandangan orang Melayu tetapi dibelasah semasa ditahan dalam lokap sehingga tercetusnya insiden mata lebam tetapi juga merengkok dalamm penjara selama enam tahun.

"Dalam perbicaraan yang sedang berjalan sekarang juga semua institusi negara seperti badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malah Jabatan Peguam Negara diguna untuk menghalang keadilan bagi beliau dan menjatuhkan Anwar," jelas Dr Samarudin.

Sebelum ini penulis laman web berhaluan kanan Amerika Rachel Motte, yang menulis dalam New Ledger berkata Anwar tidak boleh menyamakan diri beliau dengan Suu Kyi kerana kes peribadi yang dihadapi Anwar berbeza dengan yang dihadapi pejuang demokrasi Myanmar itu.

"Kita juga melihat di Myanmar junta tentera sekadar menyekat pergerakan Suu Kyi dengan mengenakan tahanan rumah ke atas beliau tetapi di Malaysia, Umno-BN menyalahguna banyak undang-undang dan akta untuk mengekang Anwar dan gerakan reformasi yang diterajui beliau. Ini termasuk menyalahguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis malah undang-undang imigresen.

"Konspirasi dan salahguna kuasa apparatus pentadbiran negara ini semuanya digerakkan oleh pimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri dan beberapa kerat pimpinan Umno.

"Hanya Malaysia bernasib baik sikit kerana Myanmar terpaksa menghadapi sekatan ekonomi antarabangsa sejak 1997 yang dipelopori oleh Presiden Clinton dari Amerika Syarikat," tegas beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Segambut.-S/keadilan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...