Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran setiap anggota parti perlu mematuhi tahap disiplin tertentu dan jangan membawa budaya samseng untuk merosakkan nama baik dan imej parti dengan membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas.
"Saya ingin beri amaran kepada semua anggota tidak kira siapa. Jangan bawa budaya samseng dan jaga disiplin dan anda akan terus diterima dalam perjuangan, nak mengamuk tak tentu pasal dan guna saluran yang betul untuk meluahkan rasa tak puas hati, 'out you go!'. Peperangan ialah dengan Umno-BN bukannya sesama kita sendiri," tegas Anwar.
Merujuk kepada bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti baru-baru, Anwar berkata beliau boleh menerima mana-mana anggota membuat sebarang aduan atau rungutan berhubung prosespemilihan pimpinan pusat yang berlangsung sekarang.
Bagaimana perbuatan mengadu kepada media yang amat terang memusuhi perjuangan KEADILAN tidak boleh diterima sama sekali mahupun boleh dimaafkan kata beliau lagi.
Anwar menasihati anggota parti supaya tidak terpengaruh mainan Umno-Barisan Nasional yang kini berusaha merosakkan parti secara dalaman.
"Sejak 1998 pernah ke sekali media milik Umno-BN puji kita walau sedikit pun. Tidak pernah! Malah mereka menghentam kita siang dan malam, menggunakan setiap peluang dan kelemahan yang ada untuk menyerang kita. Apatah lagi kalau mereka dapat pancing 3, 4 orang kita yang membuat kecaman terhadap parti, maka diberikan seluas-luasnya ruang dan publisiti.
"Mereka yang keluar parti, mencerca, maki hamun parti sebenarnya masih belum cukup tarbiah (latihan). Parti ini bukan untuk Anwar Ibrahim atau 2, 3 kerat orang sahaja tetapi ia wujud hasil kebangkitan rakyat dan gerakan rakyat. Ini kita semua perlu faham betul-betul mengenai perjuangan KEADILAN kalau tidak kita akan tergolong sebagai mereka yang tidak memahami asas perjuangan parti.
"Parti ini diasaskan atas keringat, airmata, darah, kesengsaraan dan keperitan. Yang dipukul sudah beribu, yang kena gas pemedih mata, semburan air puluhan ribu, yang kena sepak terajang beribu. Rakyat bangkit untuk berdepan dengan sistem yang bobrok dan jelek yang dikepalai oleh Umno-Barisan Nasional.
"Umno bongkak dengan melaungkan 'Ketuanan Melayu' yng bersifat perkauman dan kita bangkit bersama menentang Umno dengan mengatakan tidak kepada pegangan mereka. Kita mahu negara ini ditadbir melalui kuasa rakyat yang sebenar berteraskan 'Ketuanan Rakyat'. Sungguh berani Parti Keadilan Rakyat berdepan dengan jentera Umno yang gagah perkasa. Ini yang tidak difahami oleh mereka yang keluar parti kerana mereka tidak merasa keperitan rakyat di bawah menuntut keadilan," tegas Anwar pada pertemuan dengan kepimpinan cabang KEADILAN Wilayah Persekutuan tengahari semalam di Bandar Tasik Permaisuri.
Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berteraskan kepada perjuangan rakyat, ia bersikap terbuka dan menerima sesiapa sahaja yang menerima asas perjuangannya.
"Dalam hal ini kita perlu bersikap berlapang dada. Kita tidak tahu apa seseorang anggota itu akan lakukan setelah menyertai parti. Kita nilai samada seseorang itu beristiqamah (konsisten) pada perjuangannya dan komited kepada parti.
"Tidak semua ahli baru akan lompat atau keluar parti. Ada yang sudah lama dengan parti tapinya atas tarikan wang dan imbuhan akhirnya tak tahan keluar juga," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar memberi keyakinan bahawa KEADILAN akan terus kukuh dan mantap selepas melalui proses pemilihan parti.
"Selepas pemilihan kita akan adakan kongres. Saya mahu ber jaminan di sini kita akan perkemaskan disiplin dan pentadbiran parti selepas kongres dan selepas itu seluruh fokus dan tumpuan kita adalah kepada pilihan raya umum.
Menyentuh mengenai rungutan berhubung kewajaran perlaksaan pemilihan secara terus, Anwar menjelaskan apabila sesuatu keputusan sudah dicapai diperingkat tertinggi parti kita perlu mempertahankannya dalam semangat kekeluargaan.
"Saya sendiri pun pada mulanya tidak berapa setuju dengan pemilihan secara terus, saya minta kaji lebih mendalam dulu, sebab itu ia tertangguh beberapa kali. Akhirnya konsensus dicapai dan saya kata baiklah kalau nak teruskan juga, selesaikan dengan baik apa-apa masalah yang timbul nanti.
"Bukan semua keputusan MPP dan Biro Politik saya setuju tapi selagi garis besar kerangka perjuangan dipertahankan saya terimalah. Yang penting agenda parti dan perjuangan itu lebih besar daripada dan mengatasi segala agenda peribadi kita," ujar beliau.SKeadilan
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan