Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

02 November 2010

Walaupun Saya Orang Melayu Dan Islam, Saya Tidak Mahu Menyokong Perkauman Sempit - Nurul Izzah

Izzah Cabar Ibrahim Ali
Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar mencabar Ibrahim Ali dan Perkasa mengugurkan politik perkauman sempit kumpulan NGO pro Barisan Nasional itu yang memperlekeh kaum bukan Melayu.

Beliau yang hadir ke Bilik Gerakan DAP, Gua Musang hari ini berkata, situasi kritikal berhadapan kumpulan Melayu ekstremis harus menjadi titik-tolak perubahan mentaliti penjajahan menindas kaum tertentu bagi menjaga golongan berkepentingan.

"Kita berhadapan dengan kumpulan seperti Perkasa. Kumpulan yang dianggotai oleh ahli Umno dan saya fikir ini salah. Kerana itu saya cabar Datuk Ibrahim Ali, saya cabar Perkasa. Walaupun saya orang Melayu dan Islam saya tidak mahu menyokong sempit perkaumannya," tegas beliau dihadapan 300 kaum Cina di pekan Galas malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau percaya dengan jumlah 20.06 peratus (2317 orang) pengundi Cina di Galas mampu membuktikan masyarakat kaum itu tidak lagi mahu tunduk kepada Barisan Nasional.


Beliau juga percaya masyarakat Cina di Galas berani menolak parti Barisan Nasional yang terus menindas hak kaum bukan Melayu di daerah itu tatkala menasihati agar tidak mengulangi seperti yang berlaku di Hulu Selangor.

Izzah juga menarik perhatian hadirin terutamanya kaum cina di ceramah berkenaan dengan menyebut dalam bahasa Mandarin, "Saya mahu komitmen kawan-kawan sekalian. Kalau saya mahu buat seorang tidak terdaya. Kita hendak lawan politik perkauman tidak terdaya. Kita perlukan sokongan undi kawan-kawan. Kita mahu semua satu keluarga bantu (dalam bahasa Mandarin).

Izzah di parlimen sebelum ini, turut mempersoal keupayaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Ekonomi Baru (NEM) yang diujur Perdana Menteri Najib Razak dilihat tidak konsisten dengan objektif menjana pertumbuhan ekonomi rakyat sebaliknya pembaziran menerusi projek mega.

Beliau menambah, sebahagian model ekonomi pentadbiran Kelantan dilihat lebih efektif seraya diterima pakai kerajaan Selangor melalui 'Skim Usia Emas' sekaligus memberi keupayaan secara langsung kepada rakyat untuk peningkatan taraf hidup.

Justeru Izzah berkata, model yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengenal erti perkauman selain komited untuk mengubah nasib semua kaum.

"Semua rakyat di selangor dapat menikmati skim usia emas. Kalau ada rakyat di negeri selangor berumur 60 keatas, meniggal dunia dapat bayaran RM2500, kita ikut model khairat kematian di Kelantan dan kita buat di Selangor tanpa mengira agama dan kaum. Semua diberikan ganjaran melalui skim ini," jelas beliau. - Hadri Yaziz TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...