Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

04 November 2010

Gara-Gara Menyokong PAS, Pekebun Cina Dinafikan BN Subsidi Baja


Pekebun Cina Terima Baja Kerajaan Negeri
Gara-gara menyatakan sokongan terbuka kepada PAS, sekumpulan pekebun Cina di Kampung Pulai dinafikan hak mendapat baja subsidi oleh Risda.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila masalah tersebut diselesaikan segera kerajaan negeri

Semalam, mereka mendapat baja subsidi tersebut yang disampaikan anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi. Seramai 89 pekebun getah mendapat bantuan baja subsidi getah. Setiap pekebun mendapat dua beg baja.

Che Abdullah berkata, tindakan pihak tertentu menghalang pemberian baja subsidi kerana tidak menyokong BN menggambarkan penindasan terhadap rakyat masih berleluasa di negara ini.

“Apakah hak pemimpin Umno BN mengenetepikan pemberian baja subsidi kepada pekebun kecil. Ini satu tindakan yang boleh membantut usaha membangunkan lagi sektor pertanian,” ujar.


Seorang pekebun, Seah Yong Liaw, 70 berkata, beliau sudah lama menerima baja, namun tiba-tiba disisihkan mendapat bantuan tersebut.

Katanya tindakan menghalang pekebun mendapat baja subsidi jelas bermotifkan politik, lebih-lebih lagi ketika musim pilihan sekarang.

“Saya amat kesal di atas tindakan sesetengah pihak yang menghalang kami menerima baja. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kelantan mengatasi segera masalah dihadapi pekebun getah di sini.

“Saya berterima kasih kepada Tok Guru yang begitu ambil berat masalah penduduk di sini,” ujarnya.

Foo Sin Fah, 54 turut melahirkan rasa terharu kerana diberi baja subsidi oleh kerajaan negeri selepas disisih daripada senarai bantuan Risda.

“Walaupun mereka tidak bagi baja subsidi, namun kerajaan negeri berjaya mengatasi segera masalah kami,” katanya.

Oleh itu beliau tanpa rasa sembunyi meluahkan akan terus mempertahankan kerajaan negeri di bawah tok guru,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyampaian baja subsidi itu anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Penghulu Tanpa Mukim Parlimen Gua Musang, Lee Geek Yong.-HarakahDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...