Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 April 2012

PKR: SPR, Umno-BN Takut Pemerhati Luar


Umno-BN sewajarnya mengalu-alukan kehadiran pemerhati politik luar bagi memantau pilihanraya di negara ini sekiranya benar mereka mengamalkan sistem pentadbiran yang telus dan adil selama ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty berkata tiada apa yang perlu ditakuti dan diselindungi Umno-BN mengenainya kerana ia bakal memberi gambaran positif kepada mereka seandainya apa didakwa parti kerajaan itu benar.

“Kalau Umno-BN amalkan demokrasi yang telus dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengikut prosidur demokrasi. Apa yang nak ditakutkan?,” begitu kata Dr Muhammad Nur kepada TVSelangor di sini hari ini.

Umno BN peralat DBKL untuk halang perhimpunan Bersih 3.0



KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan meletakkan beban itu kepada DBKL tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

“BN belajar dari kesilapan lalu apabila melakukan kekerasan terhadap peserta Bersih 2.0. Menteri yang terlibat juga sudah mengaku hal ini (kekerasan).

“Kononnya mahu tunjuk toleransi. BN kata tiada halangan untuk Bersih 3.0 berhimpun, kemudian serahkan tanggung jawab kepada DBKL dan memberi tekanan kepada DBKL untuk menggagalkannya.

“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.

DBKL hari ini merampas dua kotak derma mengandungi kira-kira RM200 dalam serbuan ke atas perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka dan merampas bekalan makanan mereka, tengah malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL dalam tempoh kurang 24 jam tetapi ia gagal menghalang mahasiswa dan aktivis yang tekad meneruskan perkhemahan sehingga 28 April ini.

22 April 2012

Lebih 16,000 pengundi dipindah di Melaka- Shamsul



Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.

Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.

Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

Bersih teruskan Duduk Bantah tanpa kebenaran DBKL




Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 akan meneruskan rancangan Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

Pengerusi Bersama, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan penolakan DBKL itu dan akan meneruskan rancangan mereka tanpa menghantar surat rayuan kepada DBKL.

Dataran Shah Alam jadi kuning, laungan SPR ‘ngapusi’ bergema



Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.

Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu
menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu
lalang membunyi hon tanda sokongan.

15 April 2012

AMK sokong mahasiswa tuntut pendidikan percuma



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, hari ini menyokong penuh tindakan ratusan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus, berkata Pakatan Rakyat mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN sebanyak RM24.7 bilion membabitkan hampir 651,000 mahasiswa.

Tegas beliau kepada media, Pakatan Rakyat berkeyakinan hutang ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya sumber kewangan negara diurustadbir secara berhemah dan telus.

Kalungan Bunga, Batu Nisan Untuk Najib dan Khaled



Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi.

Tindakan itu menurut Timbalan Presiden (KAMI), Khalid Mohd Ismath sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini harus berakhir.

“Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada sekarang ini.

14 April 2012

Pendidikan percuma termasuk kos sara hidup – Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan percuma yang bakal dilaksana Pakatan Rakyat jika diberi mandat sebagai kerajaan baru merangkumi pemberian kos sara hidup kepada mahasiswa di negara ini.

Beliau menjawab soalan seorang mahasiswa yang bertanyakan perkara itu dalam wacana politik bertajuk “Pendidikan Percuma: Adakah Satu Mimpi?” di Shah Alam malam tadi.

“Kalau setakat beri yuran percuma, itu bukan pendidikan percuma, itu namanya yuran percuma dan apabila saya sebut pendidikan percuma, ia bermakna kos sara hidup turut diberi dan ini merangkumi penginapan percuma

Mahasiswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN

(Ribuan mahasiswa berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka menuntut dimansuhkan PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma)


Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.

Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan 'graduan hutang'.

Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.

08 April 2012

Jika pemimpin ditangkap rakyat tetap berhimpun


Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.

Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun.

05 April 2012

Bersih 3.0: Kerajaan perlu nilai kebobrokan p'raya





Anwar Ibrahim Club (AIC) terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

“Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokan sistem pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil,” kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.

Katanya, AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0


Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

Bersih himpunkan 500,000 untuk ‘Duduk-Bantah’ 28 April


Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) mensasarkan 500,000 warganegara akan turun ke Dataran Merdeka 28 April ini, untuk menyertai demonstrasi Bersih 3.0, bertemakan ‘Duduk Bantah’.

Bersih dalam kenyataannya berkata berkata, semua rakyat dan ahli-ahli parti politik yang cintakan negara dijemput hadir bersama-sama menyertai himpunan itu.

“Ini adalah saat untuk semua warga, terutamanya yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang bakal ditinggalkan kepada generasi akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...