Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 April 2011

Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara -Wira Arjuna


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3 serta RTM mengangkat Shazryl Eskay kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaan bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar



UMNO terpaksa mereka cipta kes fitnah II untuk menghalang Anwar dari terus unggul di perasada politik negara. Mereka lihat hanya Anwar satu-satunya yang menjadi batu penghalang untuk mereka terus kekal berkuasa. Mereka menghalalkan cara samada jahat atau baik, politik Anwar harus di kuborkan. Jika Anwar berkuasa nescaya pemimpin UMNO akan didakwa diatas kejahatan mereka sebagai pemimpin yang rasuah

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.
Katanya,  tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri,  fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

Sumpah Laknat Eskay : Masjid Amru Al-As Kecoh

Tindakan Eskay ini bercanggah dengan fatwa, sekurang-kurang daripada tiga mufti setakat ini bahawa perlakuan zina tidak boleh dibuktikan dengan video sebaliknya melalui empat orang saksi.



Sentul - Keadaan di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul kecoh apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sambil melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam Eskay memberitahu bahawa beliau akan mengambil sumpah laknat selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Jangan permainkan sumpah laknat, nanti dimakan sumpah


Jika Anwar juga bersumpah di masjid atau di depan khalayak ramai, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

29 April 2011

Video Seks Versi Tanpa Edit Dimuat-Naik, Kerja Siapa Sebenarnya?


Video seks: Rakaman tanpa edit di YouTube

 Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Artikel penuh sila layari di > DI SINI > Greenboc

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara


Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Anwar : Najib Bergantung Kepada "Politik Lucah" Untuk Menang PRU


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan fitnah video lucah sebagai modal politik untuk melemahkan pembangkang.

"Strategi utama Najib ialah mengguna video lucah, institusi awam dan media seperti Utusan Malaysia, Agenda Daily dan Tv3 untuk mengaibkan. Mereka tak boleh lawan kita di atas isu polisi. Jadi dia terpaksa gunakan politik lucah," kata Anwar.

"Ternyata Umno dan kepimpinannya terdesak dan Najib harus menjawab mengapa jenayah pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting dalam mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini," tambah beliau selepas member kenyataan tambahan kepada polis di Ibu pejabat Dang Wangi Kuala Lumpur petang tadi.

Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua


Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai “kecacatan” mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.

Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.

Johari : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin juak-juak Umno akan terus memuatkan klip-klip dari video lucah ke Youtube untuk terus mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun taktik itu akan ditolak oleh maysrakat Melayu yang cuba dipengaruhi.

Klip video terbaru yang dimuat naik di Youtube itu merakamkan seorang lelaki sedang mengenakan pakaian, seorang perempuan dalam keadaan bogel.

Ratusan ribu gambar daripada klip video itu dicetak dan diedarkan di sekitar Lembah Klang sejak malam tadi khsusnya di kawasan penghuni Melayu yang tinggi, dalam cubaan terdesak untuk menfitnah dan mengaibkan Anwar.

28 April 2011

Peguam bidas ‘kepakaran’ doktor dan kredibiliti saksi


Peguam Anwar, Karpal Singh hari ini dalam hujah penggulungan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menegaskan beberapa persoalan berkenaan kredibiliti dan kepakaran saksi yang dipanggil pendakwaraya.

Ia, menurut Karpal secara sengaja dilakukan pendakwa bagi mengelakkan motif konspirasi politik terdedah di mahkamah.

Menurut Karpal, pada 27 Jun iaitu sehari selepas kejadian liwat didakwa berlaku, Saiful tetap pergi ke ibu pejabat KEADILAN, malah ke rumah Anwar.

Saiful juga katanya turut bertemu pembantu khas kepada isteri perdana menteri, Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Noor.

“Mumtaz dan Ezam tidak dipanggil. Malahan, terdapat keterangan dari Saiful kononnya Mumtaz melarang beliau daripada membuat laporan itu,” kata Karpal.

Lagi Penjelasan Bahawa Itu Sah Bukan Anwar!


Serupa tapi tak sama... -blog.marhaen.info


Berita Harian edisi 21 April 2011 menyiarkan satu berita di bawah tajuk:


Sepadan Anwar: Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks


Jika anda nak baca artikel selanjutnya.. wajib baca !! DI SINI (GB)

27 April 2011

Pendakwa, peguam negara jadi alat politik Umno- Anwar


Peguam Negara hanya menjalankan kerja mereka untuk memuaskan hati tuan politik mereka

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam kes Fitnah II, merelakan diri mereka menjadi alat politik dan diperhambakan Umno.

Beliau antara lain mempersoalkan kaedah ujian ke atas sampel DNA yang meragukan apabila saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira menyimpan sampel itu selama 96 jam sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia.

“Pendakwa jadi alat politik Umno, mainkan isu sperma atau air mani, walaupun dalam keterangan mahkamah, 96 jam tidak ada (disimpan) dalam freezer, namun ia dipadamkan supaya jadi isu politik murahan,” tegas Anwar.

Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno


Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai Umno khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat.

DAP, katanya dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP.

26 April 2011

Tindakan TPM Pertahan Utusan Malaysia Berasas


Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak boleh menghalang akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) Utusan Malaysia daripada menyiarkan apa jua bentuk laporannya kerana ia sememangnya diwujudkan hanya untuk kepentingan politik parti itu sahaja.

Malah katanya, selain menghalalkan apa sahaja yang dilaporkannya Utusan Malaysia juga hanya berperanan membawa suara-suara pemimpinnya bukan suara rakyat seperti yang digembar-gemburkannya sebelum ini.

"Apa sahaja yang diterbitkan Utusan Malaysia merupakan memanifestasikan pemikiran pemimpim Umno-BN yang lebih menjurus kepada agenda mereka serta apa yang dihajati oleh setiap kepimpinan parti itu sendiri

25 April 2011

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?


Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’


Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional.

Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

“Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

24 April 2011

BH alat untuk aibkan Anwar


Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih
diteruskan - Saifuddin.


PKR mendakwa akhbar Berita Harian (BH) diperalatkan oleh pihak tertentu untuk merekayasa “perbicaraan melalui media” yang jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, “kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.


“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

1Melayu 1Bumi keakuan melampau


Isu 1Melayu, 1Bumi sepertimana yang diperkatakan oleh akhbar Utusan Melayu, milik Umno sebenarnya menyuarakan hasrat sebenar parti tersebut dan dasar yang ingin mereka praktikkan.

Namun begitu, bagi Pakatan Rakyat (PR), ia bukannya sesuatu yang membanggakan.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Tiram, Bayan Lepas malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau.

1Melayu 1Bumi buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep “1Melayu, 1Bumi” diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.

Malah kata Kit Siang, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.

“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Kit Siang.

23 April 2011

Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar


Wira Arjuna
Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.


Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.


“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Susun konspirasi, guna "saluran fitnah" pertahan kuasa: Helah Najib kelirukan anak-anak muda dengan pertemuan Facebooker dan Twitter


Ketika ini, generasi muda sedang bermesra dengan Twitter, Facebook dan Youtube, yang suatu ketika dahulu, peranan ini dimainkan oleh media massa khususnya media cetak, tv, radio dan blog. Kemesraan generasi muda yang mula mengundi buat kali pertama dalam PRU 13 dengan Twitter, Facebook dan Youtube ini cukup merisaukan.


Apa tidaknya, Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang menggunakan "alat" ini untuk mencari kawan-kawan, kononnya mahu membuktikan bahawa beliaulah PM yang paling dekat dengan generasi muda.

22 April 2011

ANWAR MESTI DIHAPUSKAN

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Emel 1Malaysia terima reaksi negatif di Facebook, Twitter


Projek emel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, rata-rata mendapat reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.

Tinjauan KeadilanDaily.com di laman sosial Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan rakyat Malaysia merasa ragu-ragu dengan inisiatif tersebut, malah turut menjadikan ia sebagai modal untuk gurauan.

Sehingga kini, di laman Facebook, Kumpulan membantah inisiatif tersebut, ’1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email’, menjangkau 40,000 penyertaan dalam tempoh kurang 48 jam, selepas projek itu diumum Najib.

Bilangannya dijangka semakin bertambah.

Trio Umno perlu didakwa


Subky Latif   
MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.

Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

KEADILAN selar Berita Harian bawa agenda jahat Umno


KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.

“Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.

Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.

Kerajaan Kelantan Terus Perjuang Hak Rakyat- Kata Salauddin Ayub


Kerajaan negeri Kelantan membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah bukan atas dasar mencabar kerajaan pusat sebaliknya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri itu semata-mata.

Walaupun berhadapan dengan risiko campur tangan kerajaan pusat, rakyat dapat melihat kesungguhan kerajaan negeri, menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tidak akan mengalah dalam isu ini.

"(Kami) berusaha mendapatkan hak royalti bagi kepentingan rakyat negeri Kelantan, soal menang atau kalah itu bagi saya mudah untuk difahami oleh rakyat dalam pengalaman bagaimana kita membawa kes-kes sebegini (di mana) seringkali (ia) diganggu dengan campur tangan oleh kerajaan pusat," kata Salahuddin kepada Tv Selangor.

21 April 2011

Tak Ada Istilah Demokrasi Dalam Umno-Chua Jui Meng



Negara ini adalah negara yang berlandaskan demokrasi, rakyat berhak memilih mana-mana parti politik kesukaan mereka.


Umno-Barisan Nasional sejak dahulu lagi tidak mempercayai akan prinsip demokrasi, dan oleh itu, menjadi satu kesukaran kepada mereka untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat pada satu-satu pilihanraya.

Demikian pandangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Chua Jui Meng berhubung gesaan akhbar Kumpulan Utusan agar Barisan Nasional 'menghukum' pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu.

Katanya, jika Utusan yang dikenali sebagai 'lidah rasmi' Umno dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan komentar sedemikian rupa, tidak mustahil falsafah sama digunakan oleh pucuk pimpinan Umno dalam menilai keputusan rakyat di Sarawak.

Khalid Ibrahim : Perlu Tukar Kerajaan Untuk Perubahan

Media kawalan parti pemerintah terpaksa memainkan sentimen perkauman untuk mengelakkan undi masyarakat Melayu berpihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Rakyat hanya boleh menyaksikan perubahan yang mampan sekiranya sesebuah kerajaan itu ditukar sepenuhnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada Tv Selangor hari ni, beliau menyifatkan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menampakkan trend perubahan pengundi kepada kerajaan, selain Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, momentum tersebut harus dikekalkan bagi membantu masyarakat keluar daripada cengkaman Umno-BN yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun.

Adik Najib ada kepentingan dalam inisiatif emel 1Malaysia


Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia yang diumumkan Najib semalam.

Perkara itu didedahkan portal berita dalam talian, MerdekaReview dalam artikel mereka hari ini.
Projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta diberikan kepada Tricubes Berhad dan setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal memperolehi satu akaun email untuk urusan komunikasi terus dengan jabatan kerajaan.

Menurut artikel itu, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group.

20 April 2011

Jangan layan isu murahan tepi jalan


Isu akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamarudin penuh putar belit yang ditimbulkan kembali oleh para pemimpin Umno BN, disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.

Untuk memahami isu itu, kesemua pihak perlu menyedari kedudukan Raja Petra itu sendiri yang hanya sebagai rakyat biasa, bukan pemimpin negara dan bukan juga pemimpin parti politik penting di tanah air.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.

19 April 2011

Shamsul Yakin JAWI Akan Dakwa' Datuk T'


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yakin dengan kesungguhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mahkamah Syariah untuk menyiasat serta mendakwa individu yang terlibat dalam penayangan video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, Mac lalu.

Shamsul berkata demikian selepas hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi memberi keterangan berhubung laporan Qazaf (tuduhan perbuatan zina) yang dilakukan ke atas Anwar.

"Saya yakin dengan komitmen JAWI kerana pihaknya bersungguh untuk siasat kes ini. Bagaimanapun saya tidak mahu membuat andaian awal, dan berharap (kes Qazaf) dibawa ke mahkamah syariah untuk dibuat pendakwaan serta tiada campurtangan mana-mana parti politik," katanya kepada media hari ini.

Video: Peguam Negara tetap cari jalan dakwa Anwar


Walaupun siasatan polis tidak mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks, KEADILAN percaya Peguam Negara yang dikuasai regim Umno Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan untuk mendakwa Ketua Umum KEADILAN itu di mahkamah.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada kenyataan media hari ini, berkata ini kerana seluruh episod konspirasi itu direka bagi menghancurkan kerjaya politik Anwar.

Beliau berkata, ia bukan mustahil kerana situasi sama berlaku terhadap Anwar dalam dua kes finah liwat walaupun Ketua Pembangkang itu tidak melakukan kesalahan berkenaan.

Gesaan Media Kawalan Umno Hukum Pengundi Cina Sokong Pakatan Rasis


Gesaan terbuka Utusan Malaysia, bukan sahaja rasis tetapi juga bertentangan dengan slogan 1 Malaysia dan amalan demokrasi

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa gesaan akhbar Kumpulan Utusan supaya Barisan Nasional (BN) menghukum pengundi-pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin sebagai rasis dan tidak demokratik.

Beliau juga mengecam parikatan itu kerana membenarkan media kawalan Umno membenarkan pendirian sedemikian dikeluarkan serta mempersoalkan sama ada ia konsisten dengan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi BN.

18 April 2011

Persaingan Pakatan-BN tidak di atas padang yang rata- Azmin Ali

 
Persaingan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak dilakukan di atas padang yang rata, apabila agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia terus diperalat untuk kepentingan parti pemerintah.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin sekiranya proses pilihan raya dijalankan secara telus, Pakatan Rakyat mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik.
“Sekiranya persaingan pilihan raya kali ini diadakan di atas ‘padang permainan yang rata’, Pakatan Rakyat akan berjaya menafikan majoriti dua pertiga  Barisan Nasional,” jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan KEADILAN di Satok malam tadi.
Beliau mengutuk tindakan SPR, yang tidak mengeluarkan Borang 14, iaitu borang pengesahan undi di setiap saluran mengundi, kepada pegawai-pegawai KEADILAN. Malah katanya, kejadian tersebut berlaku di hampir seluruh kawasan yang ditandingi parti itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...