Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 April 2011

Ceramah Anwar dibanjiri rakyat pelbagai etnik


Sampai bila kita mahu pertahankan orang-orang yang rasuah? Apakah rakyat di Samariang boleh bersabar dan ditipu selama 30 tahun?

Siri ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat sambutan luar biasa apabila puluhan ribu rakyat sarawak membanjiri beberapa lokasi berbeza di sini, malam tadi .

Di Batu Kawa Bridge, sokongan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat ketara pada majlis anjuran DAP yang turut membariskan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jalan raya menuju ke lokasi ceramah penuh sesak menyebabkan sebahagian meletakkan kenderaan di seberang jambatan dan berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer.


Slogan ‘Ubah Perintah’ (tukar kerajaan) kini menjadi ungkapan popular di kalangan penduduk Sarawak pelbagai etnik lantaran muak dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Penduduk Semariang mengharapkan Anwar membawa perubahan buat mereka


Kawasan Melayu

Di Kampung Semariang yang didiami masyarakat Melayu, kira-kira 500 penduduk hadir walaupun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selang beberapa rumah, berkempen menggunakan projektor dengan memapar ucapan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Ummi Hafilda.

Dalam ucapan Calon N7 Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Zulrusdi Mohamad Hol, beliau menuntut rakyat Sarawak kembali mengingati perjuangan tokoh kemerdekaan Sarawak.

“Sampai bila kita mahu pertahankan orang-orang yang rasuah? Apakah rakyat di Samariang boleh bersabar dan ditipu selama 30 tahun?

“Kita muak dengan janji pembangunan. Anak muda tiada pekerjaan manakala Taib terus merompak hasil bumi. Kalau bukan sekarang, bila lagi? katanya disambut teriakan reformasi.

Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung itu pula disambut meriah termasuk anak-anak muda dan warga emas yang berebut-rebut untuk bersalaman dengan Ketua Umum KEADILAN itu.

“Apa maknanya pilihan raya negeri kali ini kepada rakyat Sarawak. Untuk pembangunan, apa yang dibangunkan. Memang benar ada, tetapi mengapa mereka perlakukan kita sebegini?

“Bila tiba musim pilihan raya, baru mereka mahu datang. Kemudian beri upah sedikit untuk cerca dan maki petugas Pakatan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapannya sambil meminta rakyat untuk istiqamah dalam perjuangan.

Provokasi BN

Di Kampung Sorabaya, lebih 1,000 penduduk hadir ke program ceramah yang turut disertai calon KEADILAN bagi kawasan N4, Wan Zainal Abdin Wan Senusi.

Seperti di Kampung Semariang, BN meneruskan usaha provokasi mereka dengan mengadakan program bersebelahan dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat.

Sambutan hambar menyebabkan mereka terpaksa mengganggu ceramah Anwar dengan menguatkan pembesar suara tanpa ditegur polis termasuk anggora Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan menghalakannya ke arah ribuan hadirin.

Namun, provokasi itu tidak dilayan, sebaliknya rakyat menumpu perhatian kepada ucapan Anwar.

“Tak mengapa. Jika ada cabaran sebegini akan menyebabkan kita lebih bersemangat. Saya kagum dengan semangat anak muda. Kerana anak muda yang merobah sejarah.

“Jika BN beri wang, minta lebih. Diberi makan, ucap terima kasih. Diberi baju, kain, beras gula, ambil tetapi jangan lupa undi KEADILAN,” kata Anwar disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...