Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

15 April 2011

Wawancara Raja Petra untuk pesong ‘peranan’ Najib-Altantuya


Wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di TV3 malam tadi bertujuan memesongkan fakta dalam akuan bersumpah (SD) beliau yang mengaitkan ‘peranan’ Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

“Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta dalam akuan bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008.


“SD itu mendedahkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada kenyataan media hari ini.


Bagaimanapun, beliau berkata, wawancara itu sebenarnya tidak akan menjejaskan isi kebenaran SD melainkan wujudnya bukti tekanan.

“Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan SD, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan dan ia tidak berlaku dalam kes ini.

“Adalah penting untuk dinyatakan, Raja Petra mengesahkan SD beliau yang dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai berkenaan perkara ini,” katanya.

Beliau mempersoal ketiadaan penjelasan dari Najib berkaitan dakwaan akhbar Liberation berpangkalan di
Perancis mengenai pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.

“Ketika itu, Najib adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian berkenaan. Persoalan ini sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam,” katanya.

Beliau kecewa kerana kerajaan Perancis giat meneruskan siasatan berhubung komisyen yang diterima Perimekar Sdn Bhd dalam pembelian kapal selam, tetapi perkara sebaliknya berlaku di Malaysia.

“Juga tiada penjelasan tentang mengapa Perimekar menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian itu kini dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan rasuah.


“Mengecewakan. Perancis giat meneruskan siasatan tetapi di Malaysia ia hanya ‘disapu ke bawah permaidani’. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja,” katanya- K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...