Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

21 April 2011

Khalid Ibrahim : Perlu Tukar Kerajaan Untuk Perubahan

Media kawalan parti pemerintah terpaksa memainkan sentimen perkauman untuk mengelakkan undi masyarakat Melayu berpihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Rakyat hanya boleh menyaksikan perubahan yang mampan sekiranya sesebuah kerajaan itu ditukar sepenuhnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada Tv Selangor hari ni, beliau menyifatkan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menampakkan trend perubahan pengundi kepada kerajaan, selain Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, momentum tersebut harus dikekalkan bagi membantu masyarakat keluar daripada cengkaman Umno-BN yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun.


"Walau bagaimanapun kita (PR) mesti bekerja keras untuk menentukan rakyat Sarawak memahaminya kerana perubahan hanya akan berlaku apabila kerajaan ditukar. Jadi selagi BN menguasai Sarawak, masih tiada perubahan mantap dapat dilakukan," mengulas sokongan rakyat pada PRN Sarawak minggu lalu.

PRN Sarawak menyaksikan parti Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi berbanding 2006 iaitu sebanyak 7 kerusi.

Jelas sekali peningkatan lebih daripada 100 peratus sokongan kepada Pakatan Rakyat menggangu kedudukan BN yang selama ini yakin dengan prestasi mereka di Sarawak.

Prestasi BN merudum apabila hanya memperoleh 372,379 dan berbanding parti lawan memperoleh sebanyak 300,288.

DAP yang menang 12 daripada 15 kerusi menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Bumi Kenyalang itu semakin menebal terhadap Pakatan Rakyat.

Justeru media kawalan parti pemerintah terpaksa memainkan sentimen perkauman untuk mengelakkan undi masyarakat Melayu berpihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Khalid kemudian menjelaskan berdasarkan analisis PRN Sarawak, masyarakat Cina sudah bersedia untuk berubah termasuk segelintir masyarakat Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Melayu-Melanau.

Beliau seterusnya optimis dengan corak pengundian yang ditunjukkan masyarakat di negara ini mampu menghasilkan lonjakan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

"Saya rasa kalau corak ini berterusan, kita mempunyai kepercayaan penuh dalam Pilihan Raya ke 13, kita akan dapat menerima sokongan yang lebih baik," katanya.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...