Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

24 April 2011

BH alat untuk aibkan Anwar


Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih
diteruskan - Saifuddin.


PKR mendakwa akhbar Berita Harian (BH) diperalatkan oleh pihak tertentu untuk merekayasa “perbicaraan melalui media” yang jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, “kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.


“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.




Beliau berkata, harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebutn telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


“Ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.


“Anwar telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Anwar,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.


Menurut beliau, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Dato’ Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau.


Di antara pendedahan beliau kata Saifuddin, ialah berhubung empat laporan polis yang dibuat Anwar antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Abdul Gani Patail (kini Peguam Negara).


“Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?,” soal Saifuddin.


Menurutnya, Mat Zain juga mendedahkan mengenai persamaan yang cukup rapat antara “video seks” ini dengan “video seks” yang disebarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum tahun 1999.


“Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak “politik lucah” dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi- institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman,” ujar beliau.-FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...