Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Julai 2012

14 kerusi Sabah untuk Pakatan?


Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.

Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.

27 Julai 2012

Najib cuba hilangkan sakit UMNO, tetapi tidak tahu apa penyakitnya - Aspan Alias .

Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.


BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. UMNO khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Pendapatan rakyat tak naik, harga kenderaan melambung


KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.
M
aklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:
- 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
- 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;
- Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

- Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Wanita KEADILAN lancar kempen ‘Tolak Najib’



Wanita KEADILAN akan melancarkan kempen ‘Tolak Najib’ serentak di seluruh negara pada Sabtu ini.
Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ia ekoran kegagalan Perdana Menteri itu berperanan selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Katanya, selepas tiga bulan memangku jawatan itu, Najib gagal mengemukakan pelan tindakan untuk hala tuju pembangunan wanita.

“Matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar juga tidak jelas dan tunggang langgang, walaupun pelbagai latihan dan kursus diberi kepada calon.

'Bonus bagus, tapi tak selesai masalah sebenar'

Biarpun menyambut baik pengumuman bonus penjawat awam oleh Perdana Menteri semalam, namun bagi PAS ianya bukan penyelesaian jangka masa panjang kepada beban hidup yang ditanggung rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini kerajaan BN hanya pandai bermain dengan pemberian one-off menggunakan angka 500, namun gagal merancang pelan tindakan untuk jangka masa panjang.

"Kerajaan gagal melaksanakan plan bertindak jangka panjang bagi membantu kesempitan hidup rakyat, bagi menutup kelemahan tersebut mereka hanya menggunakan RM500 dengan tujuan menutup mulut rakyat.

23 Julai 2012

Polis menipu jika gagal dedah ‘pengganas’ – Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mencabar polis mendedahkan identiti pemimpin Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian membuktikan polis cuba menipu rakyat dengan tuduhan tidak masuk akal.

“Kalau ada bukti, sila dedahkan. Kami pun nak tahu siapa individu terbabit. Kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Hadir sama Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar.

16 Julai 2012

Mat Sabu : Isu FGVH Melibatkan Kepentingan Orang Melayu




Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham kerana tindakan itu didakwa mengancam aset dan harta milik Melayu, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi “mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera”.

“Kita harap Yang Dipertuan Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

Umno Kota Bharu undang artis hiburkan guru


KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.

Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.

Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.

Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

Muhyidin tidak sabar nak jadi PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

14 Julai 2012

Rosmah berlagak Menteri wajibkan taska swasta ikuti kursus Permata


Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mewajibkan semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta menghadiri kursus Permata dipersoal.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Rosmah berlagak seperti Menteri Pembangunan Wanita apabila sesuka hati mewajibkan semua pengusaha taska menghadiri kursus tersebut.

“Rosmah adalah penaung Permata Negara. Jadi beliau mahu meluaskan ‘jajahan’ dalam pentadbiran Najib (Razak) dengan mewajibkan semua taska mengikuti kursus di bawah naungannya,” kata Zuraida.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,”

My Photo
Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, disuruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara......... Baca lagi DI SINI

Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.

Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank.

“Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank.

12 Julai 2012

Rampas Selangor: Rakyat tolak rayuan PM


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyatnya pasti menolak rayuan Perdana Menteri agar memberi peluang kepada Umno BN untuk merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita yakin rakyat tidak lupa pentadbiran Umno BN yang membiarkan rasuah berleluasa, pengurusan sumber-sumber semulajadi menguntungkan kroni sekaligus membebankan rakyat jelata dan hasil negeri dibolot untuk golongan tertentu sahaja.

“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berasaskan nilai-nilai reformasi berjaya merakyatkan pentadbiran negeri dan mengembalikan semula hasilnya kepada rakyat Selangor; Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdik


Program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar berjaya mentransformasikan orang bodoh berlagak cerdik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Merujuk kepada tindakan dua orang yang mendakwa sebagai professor yang mengulas berita bohong Utusan Malaysia kononnya DAP akan bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, selain dari mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dari apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

Kalau jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula


Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Balfour Beatty-Invensys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktur raksasa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

09 Julai 2012

PKR Dakwa Syarikat Dari Perancis Berkaitan Scorpene Bakal Laksana Projek LRT Ampang


Isu projek LRT Ampang makin menjadi tumpuan apabila PKR mendakwa sebuah syarikat dari Perancis yang ada kaitan dengan penjualan kapal selam ‘second hand’ bakal melaksanakan projek berkenaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan ‘atas angin’ sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit.

“Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam ‘second hand’ tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion,” dakwa Rafizi.

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.

“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,”

Saya tidak benci Mahathir tapi ‘Mahathirisme’ – Lim

Lim Kit Siang yang baru kembali dari lawatan empat hari ke Myanmar tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak tahu mengapa Lim membencinya.

“Biar saya menekankan kepada Mahathir yang bukan beliau yang saya membenci dan menyukai tiga bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah serta rakyat Malaysia; sebaliknya apa saya menentang adalah kemunculan ‘Mahathirisme’ dalam senario politik Pilihanraya Umum ke-13,” kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...