Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

23 Julai 2012

Polis menipu jika gagal dedah ‘pengganas’ – Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mencabar polis mendedahkan identiti pemimpin Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian membuktikan polis cuba menipu rakyat dengan tuduhan tidak masuk akal.

“Kalau ada bukti, sila dedahkan. Kami pun nak tahu siapa individu terbabit. Kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Hadir sama Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar.



Semalam Bernama melaporkan risikan polis Cawangan Khas mendedahkan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Malah polis menuduh individu yang dikaitkan dengan gerakan terbabit cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia itu menyifatkan tuduhan tersebut sudah lapuk dan dikitar semula disebabkan Umno BN kini benar-benar terdesak.

“Mereka sebelum ini tuduh kononnya DAP nak dirikan negara Kristian, jadi buat apa JI nak sokong DAP. Parti Komunis pulak tak percaya kepada tuhan, jadi kenapa mereka nak sokong PAS. Ini jelas tak masuk akal,” katanya.

Beliau kesal dengan tindakan Umno BN memperalatkan polis semata-mata untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

“Saya nasihatkan polis melaksanakan tanggung jawab membanteras jenayah yang semakin serius. Jangan keliru dengan peranan tersebut,” katanya.

Beliau turut menyelar polis apabila berdiam diri terhadap hubungan rapat antara Umno-Parti Komunis China dan MCA-Parti Komunis Korea Utara.
Nik Nazmi turut menempelak Pemuda Umno yang berbangga terhadap hubungan rapatnya dengan Pemuda Komunis China.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...