Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 Disember 2011

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad

Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud “Akauntabiliti” berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Najib Biarkan Anak Muda & Rakyat Muflis Di Masa Hadapan


Najib tidak akan mempedulikan anak-anak muda di masa akan datang yang
akan tergolong dalam kalangan Rakyat Termiskin di negara ini. Yang Najib tahu hanya pandai berkata-kata dengan penuh retorik bila berhadapan dengan anak-anak muda.

Najib langsung tidak mahu mencabar ramalan Anwar Ibrahim yang menjangkakan peningkatan bilangan rakyat termiskin, dengan pelancaran ETP (Program Transformasi Ekonomi). Amaran Anwar bahawa jurang pendapatan yang meluas akan memberi manfaat kepada hanya yang kaya dengan perbelanjaan tinggi dihadapi oleh golongan miskin.

25 Disember 2011

Sejak 13 tahun, Dr M menipu rakyat untuk menjatuhkan Anwar

Tidak ada peristiwa yang lebih tepat untuk mentakrifkan Malaysia daripada peperangan yang berterusan antara Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Pertelingkahan mereka telah membentuk lanskap politik negara sejak tahun 1998.Pelbagai kiasah telah dimuatkan termasuk ‘character assasination’ paling keji, kemerosotan badan kehakiman, integriti pasukan polis yang tercalar dan pengongkongan media oleh kerajaan yang memerintah. Kesan-kesan persengketaan ini akan terus menentukan haluan negara untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Sehingga kini, punca perbalahan tersebut masih diselubungi misteri. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, ia telah menjadi jelas bahawa ancaman yang paling serius kepada kuasa Mahathir ialah kaliber dan kepimpinan timbalannya. Mungkin kerana dia mula merasai Anwar sudah mula menjauhkan dirinya dari Mahathir, lebih menyerlah dari segi pegangan agamanya dan menampakkan dirinya tidak menyukai sekatan ke atas kebebasan awam yang telah menjadi lambang pemerintahan Perdana Menteri Mahathir.

Keputusan bersalah Khir Toyo bukan tanda kerajaan serius tangani rasuah


K eputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo belum menandakan kerajaan dan pejabat peguam negara serius menangani rasuah.

Ini kerana, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah, keputusan sebenar hanya akan diketahui apabila kes itu dibawa ke peringkat mahkamah rayuan.

“Kalau kes ini menang di mahkamah rayuan, tidak ada gunanya juga. Kalau mahu melihat peguam negara serius atau tidak untuk menentang rasuah, kita perlu menunggu kes ini diputuskan di mahkamah rayuan,” katanya kepada Keadilandaily.

18 Disember 2011

Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpaduan, beliau punca segala perpecahan


Oleh WFAUZDIN NS


TUN Mahathir tidak perlu merepek soal mengapa Melayu dan umat Islam berpecah. Sekiranya beliau masih siuman dan tidak mudah lupa, beliau pasti tahu siapa tokoh utama yang menjadikan Melayu dan umat Islam ini mula berpecah belah angkara politik atau agama. Di dalam Malaysiakini, Tun menyebut bahawa Melayu dan umat Islam berpecah bukan kerana agama tetapi sebaliknya kerana fahaman politik. Tidak menghairankan jika Tun menyebut sedemikian kerana Tun dikenali sebagai orang yang tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama, ertinya bekas PM kita ini adalah berfahaman sekular yang pernah memimpin parti yang sekular.

‘Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia’

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

17 Disember 2011

Lebih seribu hadir pelancaran ABU, suri rumah turut berucap

Dosa-dosa Umno paling utama – iaitu memperbodohkan orang Melayu.



Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Low.

Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat merungut tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim  berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.

"Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.
"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.

Beliau memberitahu, AMK akan mengadakan dialog bersama mahasiswa di dalam kampus menggunakan lambang parti dan kita harap ia tidak menjadi halangan oleh pihak pentadbiran universiti.

14 Disember 2011

'Hantu' penentu PRU-13 jika syor PSC diketepi

Jika syor oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak dilaksanakan, maka pilihan Raya Umum ke-13 akan ditentukan oleh pengundi hantu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap pada Wacana Sinar Harian: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu, Lim berkata jika 'hantu' ditangkap barulah faktor lain yang akan menjadi penentu.

"Kita mahu apa yang dituntut oleh Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) menjadi kenyataan sebelum PRU13 dan biarlah ia berlaku secara adil dan telus.

"Kalau 'hantu' dapat ditangkap maka penentu kemenangan sesebuah parti bergantung kepada undi di Sabah dan juga Sarawak," jelasnya.

13 Disember 2011

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan

Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.

Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin.

11 Disember 2011

Noh Perlu minta Maaf Pada Pesawah Seluruh Negara


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri perlu segera meminta maaf kepada pesawah dan petani seluruh negara berhubung penyelewengan RM110 juta dari kementerian beliau sebagaimana lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini.

Adun Skinchan, Ng Suee Lim berkata tindakan Noh yang cuba menyalahkan SelangorKini yang merupakan buletin rasmi kerajaan Selangor sebagai tindakan untuk mengelak dari menjawab persoalan sebenar.

"Seluruh pesawah mahu tahu dan Noh perlu memberi jawapan berhubung kemana perginya peruntukan RM110 juta yang lesap dari kementerian beliau sebagaimana laporan Ketua Audit negara baru-baru ini.

Dan tercabarnya kuasa politik Melayu -Khalid Samad

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN,

10 Disember 2011

‘Saya lawan Mahathir, nak turut dia macam mana’

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.

Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.


“Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.

Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat.

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).

Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras.

Ini kerana katanya, puluhan tahun Umno BN memerintah, terlalu banyak kerakusan yang diakibatkan parti itu.
“Sepanjang pemerintahan Umno BN, kita sebenarnya bersama-sama menyumbang, akibat sikap kita seperti ‘biarkanlah, tidak kisah dan ignorant’ dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintahan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.

09 Disember 2011

Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketakutan Umno terhadap kaum Cina akan menyumbang kpd kejatuhannya


Moaz Nair
Harimau tidak akan menukar belangnya. Begitu juga UMNO. Dalam kes ini, pemimpin-pemimpin UMNO pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tidak akan membersihkan semua 'dosa' mereka yang lalu untuk menjadikannya sebuah parti pilihan orang Melayu dan kaum lain dalam pilihan raya umum yang akan datang. Mereka menggunakan AGM bukan untuk bermeditasi atau bersifat introspektif mengenai kelemahan mereka sebagai sebuah parti politik, tetapi memilih untuk menjadikannya sebagai forum politik untuk menjatuhkan Pembangkang.

Umno sengaja takutkan orang Melayu

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan ketegangan dan ketakutan di kalangan orang-orang Melayu khususnya, tentang apa yang akan terjadi nanti apabila Umno hilang kuasa.
“Umno akan menggunakan apa saja cara yang untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat,” ujar beliau ketika bertemu pemberita di pejabat khidmatnya di sini hari ini.
Berikutan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya tidak merasa kedudukan mereka sudah selesa pada masa ini memandangkan pilihan raya umum ke 13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi.

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC


Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal.

Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya.

Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu

08 Disember 2011

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Aspan Alias
Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

Lulus Akta Perhimpunan Aman, BN bakal hilang undi mahasiswa


Umno-BN bakal kehilangan undi mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang apabila meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.

Demikian ‘manifesto’ yang dinyatakan wakil-wakil kesatuan mahasiswa dalam himpunan aman membantah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

“Apakah Malaysia sudah menjadi negara polis hingga rakyat tak dibenarkan bersuara? Mana agenda tranformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak?

SPR mesti laksana 7 lagi tuntutan Bersih – Maria Chin


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.
Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini

Ugutan Najib bukti Umno sedar akan hilang kuasa

PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman  berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

Mahasiswa Hantar Memorandum Bantah Undang Perhimpunan Awam kepada PM


PUTRAJAYA- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan supaya membatalkan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang disifatkan menyalahi prinsip hak asasi manusia dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Mereka menuntut agar kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang kekangan undang-undang dan meminta polis memainkan peranan sebagai pengawal kepada proses demokrasi dan tidak membataskan hak rakyat.

Tuntutan tersebut dinyatakan di dalam sebuah memorandum bantahan yang dikemukan kumpulan mahasiswa itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

05 Disember 2011

Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa, tindakan perwakilan Umno yang mempolitikkan isu HIV tinggi di negeri Pakatan Rakyat hanya sekadar mahu menutup pekung rasuah kepimpinan mereka.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah berkata, tindakan yang cuba menunjukkan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja berlaku peningkatan kes HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab.

"Umno sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka.

"Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung parti itu yang menghentam kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS ekoran statistik tersebut.

Umno Tuduh DAP Kerana Nak Tutup Skandal Fidlot


Umno mainkan isu perkauman dengan sengaja mengkritik DAP, menyatakan DAP akan mahu menjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat menang (PRU ke 13)
hanyalah semata-mata  untuk menghancurkan  kerjasama erat di antara DAP, PKR .Tapi UMNO lupa bahawa  tuduhan itu menyebabkan perhubungan DAP, PKR dan PAS semakin menjadi lebih erat. Matlamatnya sama untuk tumbangkan UMNO-BN yang zalim dan rasuah.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan adalah mustahil bagi wakil parti itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya ke 13.

Ini disebabkan parti itu bertanding kerusi Parlimen dengan jumlah yang paling kecil antara rakan-rakannya gagasannya, Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

Lim berkata demikian apabila menjawab tuduhan Umno yang DAP mengkudakan PKR dan PAS bagi mencapai hasratnya untuk pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

Tuduhan tersebut dibuat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung minggu lepas.

Lim menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha terdesak Umno untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Sasterawan negara seru lakukan 'regime change'

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu.

Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil.

“Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar ‘game change’," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam.

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Aspan Alias
Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

02 Disember 2011

SAMM : 25,000 Booklet Isu Cincin Rosmah Telah di Edar


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berjaya mengedarkan 25 000 booklet edisi pertamanya berhubung pendedahan isu cincin yang bernilai RM24.45 juta, kini dalam rangka usaha bagi menerbitkan booklet edisi keduanya tidak lama lagi.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata selepas pendedahan pertamanya pada 8 Julai lalu, Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur yang dikaitkan dengan isu tersebut cuba menafikan dengan pelbagai alasan yang memalukan.

Polis cuba bersihkan nama Shahrizat – Jingga 13

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.

“Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .

RUU Himpunan Aman Cepatkan Kejatuhan Kerajaan BN


Tindakan tergesa-gesa Kerajaan Persekutuan meluluskan RUU Perhimpunan Aman (PA2011) dengan meminggirkan suara rakyat bukan sahaja mengecewakan rakyat malah tindakan itu ibarat bom jangka yang akan mempercepatkan kerajaan BN ditumbangkan oleh kuasa rakyat, jelas Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Istilah RUU perhimpunan Aman ini langsung tidak mencerminkan keamanan sebagai mana isi kandungan RUU itu.

Akta Himpunan Aman langkah ke belakang dalam demokrasi

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia sepatutnya lebih terbuka kepada perhimpunan aman kerana ianya adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.”

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan kerajaan meluluskan Akta Himpunan Aman secara terburu-buru tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Pakatan Rakyat mahupun kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

“Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh Perdana Menteri hanya akan membawa Malaysia beberapa langkah ke belakang dari segi demokrasi,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

01 Disember 2011

'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

Terima kasih Muhyiddin yang masih lagi mengamalkan perkauman sempit.. tak layak jadi PM kepada semua kaum

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub  menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

Kenapa Rakyat Perlu Bantah Undang-Undang Perhimpunan Aman


"Rakyat tidak perlu disekat daripada mengadakan tunjuk perasaan asalkan ia berlaku dalam keadaan aman. Ini penting bagi membuka mata kerajaan terutamanya dan orang awam akan sesuatu isu dan secara tidak langsung menjadikan rakyat lebih cerdik dan maju

SHAH ALAM--Bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bukan sahaja melibatkan golongan profesional seperti Majlis Peguam tetapi turut ditentang oleh golongan petani.
Realitinya Shamudin Abdullah, 44, seorang petani dari Sekinchan yang setiap hari membanting tulang dibendang telah lama bersabar disamping melakukan pelbagai usaha menuntut hak yang dijanjikan Kerajaan Pusat kepada golongan petani sepertinya.

Seperti yang dijanjikan, petani sepatutnya diberikan Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sebanyak RM650 bagi setiap tan tetapi malangnya ia hanya dilaksanakan pada tahun pertama sahaja.

Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC

KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.

“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...