"Rakyat tidak perlu disekat daripada mengadakan tunjuk perasaan asalkan ia berlaku dalam keadaan aman. Ini penting bagi membuka mata kerajaan terutamanya dan orang awam akan sesuatu isu dan secara tidak langsung menjadikan rakyat lebih cerdik dan maju
SHAH ALAM--Bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bukan sahaja melibatkan golongan profesional seperti Majlis Peguam tetapi turut ditentang oleh golongan petani.
Realitinya Shamudin Abdullah, 44, seorang petani dari Sekinchan yang setiap hari membanting tulang dibendang telah lama bersabar disamping melakukan pelbagai usaha menuntut hak yang dijanjikan Kerajaan Pusat kepada golongan petani sepertinya.
Seperti yang dijanjikan, petani sepatutnya diberikan Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sebanyak RM650 bagi setiap tan tetapi malangnya ia hanya dilaksanakan pada tahun pertama sahaja.