Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

26 Februari 2013

Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang, rangka pelan keamanan

ghafir

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.
“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Deepak paling gembira dengan pulangnya PI Bala


Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan adalah antara pihak yang paling gembira dengan kepulangan P Balasubramaniam ke tanah air.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Deepak berkata, beliau sangat gembira dengan kepulangan PI Bala.

"Saya berharap segala kebenaran siapa pembunuh sebenar Altantuya akan diketahui dan apa yang berlaku pada malam itu akan diketahui dengan cepat," kata Deepak dalam kenyataannya.

19 Februari 2013

Umno campur tangan dalam pentadbiran tentera – Brig Jen (B) Najmi


Campur tangan Umno BN yang keterlaluan dan meluas dalam Kementerian Pertahanan merosakkan sistem dan tugas profesionalisme tentera, kata Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu, berkata masalah itu bukan baru, sebaliknya sudah membuak dari dulu lagi berikutan kerakusan pemimpin Umno.

“Campur tangan melampau hinggakan pegawai kerajaan susah untuk menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap golongan profesional.

Jawapan penyelewengan selepas PRU 13 - Jen Hadi


Bekas pemimpin angkatan tentera yakin, semua jawapan kepada penyelewengan yang berlaku dalam Angkatan Tentera akan diketahui selepas Pakatan Rakyat menang di Putrajaya nanti.

Sehubungan itu, bekas pemimpin Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (gambar) mengajak rakyat negara ini membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bersama para pemimpin bekas tentera di Setiawangsa malam semalam.

05 Februari 2013

Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir


Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu.

“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja.

Didaftar pengundi tanpa pengetahuan, tuntut SPR jawab


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini.

04 Februari 2013

BR1M: BN jangan ingat orang asli tiada maruah – Tijah

Tijah

Tindakan Umno BN meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kepada orang asli merupakan keputusan terdesak untuk memancing undi, kata Tijah Yok Chopil.

Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu berkata, kelulusan tersebut bukan lahir dari keikhlasan tapi bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

“Pemberian ini hanya untuk mengumpan orang asli, tidak lebih dari itu. Jangan ingat orang asli tidak ada maruah dan boleh termakan umpan tersebut begitu sahaja.

Lawat Bishop: PAS tonjol kemanusiaan melangkaui perbezaan


PAS menerima konsep kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini dan sentiasa melihat perbezaan tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan dalam membina tamadun negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun wujud perbezaan dari sudut kepercayaan, kaum dan budaya, namun PAS tidak pernah meletakkan ianya sebagai halangan untuk saling hormat menghormati.

Menurutnya, tindakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh, serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis sebagai satu contoh bagaimana PAS tidak pernah memisahkan prinsip kemanusiaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...