Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
26 Februari 2013
Deepak paling gembira dengan pulangnya PI Bala
Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan adalah antara pihak yang paling gembira dengan kepulangan P Balasubramaniam ke tanah air.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Deepak berkata, beliau sangat gembira dengan kepulangan PI Bala.
"Saya berharap segala kebenaran siapa pembunuh sebenar Altantuya akan diketahui dan apa yang berlaku pada malam itu akan diketahui dengan cepat," kata Deepak dalam kenyataannya.
PI Bala, orang yang membuat akuan bersumpah (SD1) yang menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu tiba di tanah air malam tadi selepas lari ke luar negara sejak beberapa tahun lalu.
PI Bala berazam untuk membuat roadshow ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.
PI Bala lari keluar negara selepas membuat akuan bersumpah kedua (SD2) yang membatalkan segala pengakuannya dalam akuan bersumpah sebelum itu (SD 1).
Deepak dalam kenyataannya sebelum ini mengaku, beliau terlibat memujuk PI Bala menarik balik SD1 itu.
Beliau berbuat demikian atas permintaan rakannya yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
(Sambil memegang kitab suci Hindu, PI Bala bersumpah SD2 adalah palsu)
Sebaik saja menjejakkan kakinya ke tanah malam tadi, PI Bala bersumpah SD 1 adalah benar dan memohon maaf kerana SD 2 adalah palsu.
Dedah siapa bersalah
Dalam kenyataannya hari ini Deepak meminta PI Bala mendedahkan siapakah yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan mengapa hanya pekerja kepada Datuk Seri Najib dan isterinya sahaja yang terdakwa.
"Siapa sebenarnya yang mengarahkan mereka berbuat demikian dan mengapa mereka sanggup membuat jenayah pembunuhan ke atas wanita yang sedang mengandung ini.
"Saya juga meminta bekas Ketua Polis Negara mengesahkan samada Najib ada menghubungi beliau dan menganggu penyiasatan ke atas pembunuhan pada waktu itu. Kebenaran hendaklah dijelaskan," kata Deepak kepada media.
Deepak juga menegaskan, beliau menyokong dan berdoa sepenuhnya untuk PI Bala.
"Saya berharap keadilan terserlah dan roh Altantuya boleh bersemadi dengan aman apabila pembunuh sebenarnya dijatuhkan hukuman sewajarnya," kata Deepak.-Harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan