Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 September 2011

PAS cadang muzakarah betulkan persepsi perundangan Islam

PAS hari ini mencadangkan diadakan muzakarah secara terbuka dan ilmiah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi buruk yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti bagi mewakili Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang ini dilaksanakan.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak.

Tiada keputusan mengenai hudud di Kelantan


Demi menghormati konsensus dan dasar bersama Pakatan Rakyat, gagasan itu sebulat suara menangguhkan keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, implimentasi sebuah undang-undang perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat parlimen.

"Peruntukan pelaksanaan (Hudud) hanya selepas pindaan dilakukan terhadap perlembagaan.


"Kita hormati hak tapi pendirian kita adalah jelas... PAS dan DAP tetap dihormati," kata Anwar selepas mesyuarat yang mengambil masa lebih tiga jam.

Fitnah II: Najib, Rosmah saksi relevan- Anwar


KUALA LUMPUR:Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi relevan dalam kes fitnah yang dihadapi Ketua Pembangkang itu.
Perkara itu dinyatakan dalam afidavit balas yang dikemukakan terhadap permohonan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, yang mahu mengenepikan sepina supaya mereka hadir sebagai saksi di mahkamah.
Anwar berkata, beliau mahu Najib memberi penjelasan tentang pertemuannya dengan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.

Mata lebam Anwar: 29 Sept detik hitam sejarah negara

Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.

28 September 2011

Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga

Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

PAS Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Peguam Negara


PAS hari ini mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, siasatan itu penting memandangkan dakwaan bersabit hal itu timbul dari pelbagai pihak termasuk oleh penulis, Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.

26 September 2011

Tarikh PRU ke 13 yang paling sesuai untuk BN

http://2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/06/pilihanraya-umum.jpg

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir. Kalau diibaratkan dunia akan kiamat, cuma matahari terbit dari sebelah Barat yang belum berlaku. Analoginya, cuma Parlimen yang belum dibubarkan. Selain dari itu semua petunjuk menggambarkan bahawa pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Dalam tradisi politik Malaysia, selain dari Allah SWT yang mempunyai penentuan mutlak terhadap segala sesuatu; tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.


Sekalipun dia seorang yang boleh membuat keputusan namun pilihanraya umum adalah kerja besar yang perlukan penglibatan semua pihak. Dua pihak yang mesti melaksanakan agenda besar tersebut ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan jentera propaganda mereka.

5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya

5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya

Angin perubahan yang melanda seluruh negara dan rakyat Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan politik pada skala yang tidak dapt dibayangkan sejak tsunami politik 2008 melanada.Tidak sampai 48 jam selepas Barisan Nasional (BN) telah dikalahkan dalam pengundian 8 Mac, ada desas-desus mengenai "belajar dari kesilapan" dan keperluan bagi gabungan itu "untuk memperbaiki" prestasi hambar.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah berikrar bahawa BN akan "belajar dari kesilapan" dan "memperbaiki diri" selepas kejatuhan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan membuat kemunculan semula dalam politik yang menakjubkan setelah tewas semasa pilihanraya. Kata-kata Abdullah terbukti telah dibuat dengan tergesa-gesa dan setelah beberapa tahun, ia terbukti palsu sekali lagi.

Hudud: Keris Umno tikam tuan

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".

Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.

Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’


PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

PR Kesal Hipokrasi Umno-BN Mainkan Isu Hudud


Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan mengenai perundangan Islam itu secara serius, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Keadaan menjadi lebih buruk katanya apabila media kawalan mereka pula memberikan gambaran kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

25 September 2011

Bersih gesa lapan tuntutan sebelum PRU 13


 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menggesa kerajaan menunaikan lapan tuntutan dalam usaha melakukan reformasi pilihan raya, sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan, pilihan raya tidak harus diadakan sebelum Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk.
“Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ikhlas untuk melakukan transfomasi politik di negara ini, beliau perlu menunaikan tuntutan kami sebelum mengadakan pilihan raya.

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?


Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.


Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.


"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

24 September 2011

Sokong BN: KPN perlu kembali ke sekolah – AMK


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dinasihatkan kembali ke sekolah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.


Ini kerana katanya, Ismail masih jahil dan gagal memahami sistem demokrasi dan pengasingan kuasa seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.
“Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.
“Jelas, kenyataan KPN ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Polis ialah barua Umno BN,

Pakatan Rakyat tidak berpecah kerana hudud

Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, demikian tegas beberapa pemimpin PKR dan PAS hari ini.
“Hudud tidak kena dengan orang bukan Islam. Tidak ada sebab mereka takut dengan hudud.
“Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa,” kata bekas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa.
Beliau juga menegaskan orang bukan Islam sudah memahami hukum hudud.

Pembahagian Kerusi PR Selangor Selesai

PAS Selangor telah menetapkan setakat ini sebanyak 20 kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang dengan mengekalkan kerusi sama pada pilihan raya umum yang lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, pembahagian kerusi itu telah dibincangkan di peringkat negeri dan akan dimajukan kepada peringkat PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Jumlah kerusi itu sama, 20 bagi PAS, 21 kerusi untuk PKR dan 15 bagi DAP, perbincangan di peringkat negeri telah selesai, apa yang boleh diselesaikan di peringkat negeri telah diselesaikan, apa yang belum selesai lagi, kita serah kepada pusat untuk menyelesaikannya," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept


Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.

22 September 2011

Bekas Adun Umno turut kritik Najib

Pengumuman sama ada pekerja dari Bangladesh diberi kerakyatan untuk mengundi lebih dinantikan dari apa yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Malaysia baru-baru ini, kata blogger ahli Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Bagi beliau, jika dibuat pendedahan sepenuhnya mengenai perkara sedemikian, akan dapat diselesaikan cakap-cakap mengelirukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya senarai pengundi yang kemaskini ada para mereka dan senarai yang boleh dilihat oleh umum tidak kemaskini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu mempersoalkan, mengapa daftar pengundi yang terkini dan kemaskini tidak boleh dilihat oleh umum?

Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'

Mohd Rashidi Hassan 
"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Najib tidak ‘kool’, berundur sebelum bertempur-Anwar


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini  menyelar  Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak kerana enggan menjadi saksi dalam perbicaraan Fitnah II terhadapnya.
Ia berikutan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, memohon  mahkamah mengenepikan perintah sapina agar mereka hadir sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

20 September 2011

GMI bimbang dua undang2 baru kekal ciri ISA


Gabungan Mansuhkan Akta keselamatan Dalam Negeri (GMI) menyuarakan kebimbangan dua undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA masih mengekalkan ciri-ciri akta drakonian itu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana undang-undang baru itu masih tidak dijelaskan secara terperinci dan dibahaskan di parlimen.

“Apa yang Najib buat hanyalah mengumumkan pemansuhan ISA, maknanya, (ciri-ciri) ISA masih belum dimansuhkan (kerana ia belum digubal),” katanya yang memantau rapat perkembangan itu.

Mengapa janji Najib sukar dipercayai


Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya.

Malah, janji itu juga dibuat selepas kerajaan Malaysia dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.

Dua Undang-Undang Baru Ganti ISA Mungkin Lebih Ketat- Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan dua undang-undang baru yang akan diperkenalkan kerajaan lebih ketat daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Justeru beliau berpendirian bahawa rakyat mampu menilai cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Najib Razak sebagai cara untuk menambat hati rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?" ujar beliau.

19 September 2011

PKR Ragui Klip Terbaru, Dakwa Umno-BN Teruskan Taktik Lama


Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama, Tindakan Tidak Masuk Akal


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang mana-mana ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah “tidak masuk akal.”

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” katanya.

Dr Rani yang juga ADUN Meru itu berkata, beliau kesal dan tidak berpuas hati kerana tauliahnya untuk mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah ditarik balik.

18 September 2011

ISA diganti baru tapi amalan penahanan tanpa bicara kekal


Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak memberi makna kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus mengekalkan amalan penahanan tanpa bicara.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melabel Perdana Menteri itu cuma bermain silap mata apabila bercadang menghapuskan ISA dan menggantikannya dengan dua akta baru.

Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, Najib langsung tidak memperinci dua undang-undang baru itu sekali gus menunjukkan amalan tahanan tanpa bicara terus kekal.
“Jika janji Najib diteliti, beliau sememangnya berazam untuk terus berbuat demikian,” katanya.

Pengakuan PM Bangladesh Bukti Wujud Penyelewengan Dalam Pentadbiran

Pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi dipersoalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu adalah sesuatu yang serius selain memperlihatkan tindakan pentadbiran perdana menteri menyalahgunakan kuasa sedia ada dengan sewenang-wenangnya memberi kerakyatan kepada warga asing demi kelangsungan politik sempit mereka.

"Ini isu nasional, bagaimana mungkin dalam sebuah negara yang kononnya cekap dan canggih dengan kemudahannya boleh mengizinkan pemansuhan terang-terangan

Mansuh ISA : Anwar Ingatkan Rakyat Agar Lebih Waspada

Biarpun pengumuman perdana menteri,Mohd Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan , namun hakikatnya rakyat perlu berwaspada dengan hasrat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN)itu kerana ia dikhuatiri hanya akan berselindung disebalik pengenalan kepada dua undang-undang baru itu kelak, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Langkah Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan (ISA) kami alu-alukan, namun kita harus waspada kerana pembatalan itu berlapik, semua sedia maklum ia akan digantikan dengan dua undang-undang baru dan tidak tahu terperinci mengenainya," katanya.

Malah, Anwar mendakwa langkah Najib mengumumkan pemansuhan akta zalim itu hanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat yang selama ini mendambakan undang-undang tersebut dihapuskan, walhal pengenalan dua undang-undang baru hanya akan bersifat 'kelahiran semula ISA'.

Amponkan Saya, Zaid Ibrahim Mohon Maaf Dengan Najib


OLEH: WFAUZDIN NS

SEKONYONG-KONYONGNYA bekas Menteri, Zaid Ibrahim pemimpin Parti KITA pun memohon maaf kepada Najib di atas `ketelanjurannya'. Permohonan maaf dari bekas ahli PKR itu amat `tepat pada masa'nya menjelang PRU ke 13 yang dijangka tidak beberapa lama lagi. Zaid memohon maaf kerana `bersangka jahat' kepada Najib sebelum ini yang dulunya beliau tidak yakin Najib berani untuk menghapuskan Akta zalim ISA.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini. "Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu (Malaysiakini).

17 September 2011

Tindakan terdesak seorang anak bangsawan

Ekonomi dunia semakin tidak menentu.  Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini.  Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang.  Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian.  Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Najib cuba raih populariti dengan mansuhkan ISA

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terpaksa dilakukan Perdana Menteri itu bagi memulihkan popularitinya yang merudum kebelakangan ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin juga percaya ia sebahagian semboyan awal pilihan raya umum (PRU) yang bakal disempurnakan melalui pembentangan Belanjawan 2012.

Beliau menyifatkan ‘keberanian politik’ itu terhasil rentetan merudumnya populariti Najib mutakhir ini yang menyaksikan sokongan popular Perdana Menteri itu merosot daripada 76 peratus pada Mac lalu, Mei (73 peratus) dan Ogos (59 peratus).

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.

“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.

“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.

“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.

16 September 2011

Kelantan,Terengganu juga dapat 20 peratus royalti minyak


Sekretariat Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus, jika gabungan itu mentadbir negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Terengganu dan Kelantan juga akan menerima royalti berkenaan seperti mana yang terkandung dalam Buku Jingga.

“Buku Jingga ialah tawaran terbaik untuk rakyat melalui dasar bersama Pakatan Rakyat dan Terengganu serta Kelantan layak menerima kerana dua negeri ini juga merupakan pengeluar minyak antara yang terbesar di Malaysia,” katanya dalam sidang media sekretariat itu hari ini.

KEADILAN bantah GST: Bebankan rakyat, lonjak inflasi


KEADILAN membantah jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil langkah untuk terus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dengan kadar inflasi tahunan mencatatkan paras tertinggi iaitu 3.5 peratus, GST tidak sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan menambah beban rakyat.
“Masa tidak sesuai untuk laksana GST, dengan ekonomi yang majoriti rakyat berpendapatan rendah. Jika dilaksanakan juga, kerajaan akan menambah beban cukai rakyat yang sebenarnya tidak layak untuk dicukai,”

Dr Badrol : Mansuh ISA, Hanya Pancing Undi Najib

Bekas tahanan ISA menyatakan kesangsian mereka terhadap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ordinan darurat.

Mereka juga mendakwa tindakan awal kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memansuhkan ISA hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang yang dijangka berlangsung pada November depan.

Menurut Pengarah Penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharon yang juga salah seorang bekas tahan ISA, beliau tidak mahu bersangka buruk terhadap kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya berdasarkan rekod sebelum ini sudah jelas membuktikan bahawa Umno-BN lebih gemar mengamalkan tindakan menzalimi rakyat serta melanggar hak asasi manusia.

15 September 2011

Lima Syarat PR Relevan, Kerajaan Tidak Ada Sebab Untuk Tolak


Lima syarat yang diletakkan Pakatan Rakyat (PR) untuk turut serta dalam jawatankuasa khas parlimen (PSC) demi membawa pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara harus disambut baik oleh kerajaan demi keadilan sistem pilihan raya itu sendiri dan kebaikan bersama.


Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari, syarat atau permintaan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu tidak menyalahi undang-undang malah memenuhi tuntutan rakyat.

Lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu hilang dalam daftar SPR


Lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu yang didedah Pemuda Pas sebelum ini hilang dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Pendedahan itu dibuat Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kaiat di Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut hari ini.


Dalam pendedahan itu, Suhaizan memberikan 10 contoh kes individu yang mempunyai nama sama tetapi memiliki dua kad pengenalan berbeza.
“Kad pengenalan mereka hanya dibezakan dari beberapa digit terakhir dan paling menarik, ke semua 10 nama ini adalah ahli Umno.

Tidak dijajah: Bila Najib mahu buat pendirian


“Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu.
Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.

14 September 2011

Musa-Gani palsukan bukti, main peranan kes Fitnah II


Ghani Patail dan Musa Hassan naik pangkat gara-gara sebagai konspirator 


Pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa bukti dipalsukan dalam kes salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 mengesahkan tuduhan dalam kes Fitnah II tidak relevan dan wajib digugurkan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, individu yang terlibat dalam konspirasi tahun 1999 itu kedua-duanya naik pangkat – bahkan memainkan peranan pula dengan kes Fitnah II yang sedang berlangsung.

Umno Saja Yang Tahu Komunis Baik Atau Bahaya

ULASAN : Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”


Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”


Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis

Isu Dijajah : Sambutan Merdeka Hanya Sia-sia, Kata Mat Sabu

Jika tidak dijajah, kenapa kita sambut kemerdekaan pada 31 Oos 1957?

Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

13 September 2011

Mat Sabu lawan Zainal Kling

Oleh: Ahmad Lutfi Othman
Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".

Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.

Cukai 6% : Kelab Protes BN Himpun Sejuta Rakyat


Jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.

PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN, lapor Harakahdaily.net.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.

Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.

12 September 2011

Cukai 6% : Najib Jangan Lempar Batu Sembunyi Tangan

Sikap mudah lepas tangan dan menuding jari ke arah pihak lain untuk menyelamatkan diri sendiri yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin sukar dibendung mutakhir ini.

Terbaru, beliau mengelak dan mengaku tidak tahu-menahu mengenai cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pelanggan perkhidmatan prabayar yang akan berkuatkuasa pada 15 September depan.

Walhal, hal-hal percukaian jelas sekali urusan kerajaan dan ia adalah sesuatu yang memalukan kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

" Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Tidak dijajah: Apa pendirian Pemuda Umno


Jika negara tidak pernah dijajah sebagaimana yang didakwa, maka untuk apa Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar pemimpin Umno, khususnya Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian mereka terhadap dakwaan Prof. Zainal Kling daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa “Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British”.

Ketua DPPM Nasrudin Hassan at-Tantawi berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Zainal Kling tersebut tidak mewakili pendirian seluruh cendekiawan dan ahli akademik tanahair dan ianya perlu disokong oleh fakta dan perbahasan secara ilmiah, khususnya dalam persoalan berkaitan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hubung kait di antara konsep naungan (protectorate), lindungan (protected), kedaulatan (sovereignity) dan kemerdekaan (independence).

11 September 2011

Presiden PAS : BN Guna Isu Mat Sabu Tutup Taktik Tipu Pilihan Raya


Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS, pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain

Rakyat keliru "fakta" Malaysia tidak pernah dijajah

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.


Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.

10 September 2011

Kempen ‘Bersihkan Najib’ dari dalam Umno?

Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.

Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan, lapor Free Malaysia Today.

Rakyat Anggap Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Membebankan



Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.


Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai  prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.


"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi,

Cukai prabayar 6%: BN terus peras rakyat

Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak
cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

09 September 2011

Jangan Bubar Parlimen Sebelum Pulihkan Sistem Pilihan Raya


PAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.


Perkara ini dinyatakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat susulan pendedahan berterusan individu-individu yang berstatus bukan warganegara tetap mendapat mandat mengundi di negara ini.


Beliau kemudian menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak sistem pilihan raya sedia ada sebagai cara memulihkan demokrasi secara total selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada suruhanjaya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...