Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 September 2011

KEADILAN bantah GST: Bebankan rakyat, lonjak inflasi


KEADILAN membantah jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil langkah untuk terus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dengan kadar inflasi tahunan mencatatkan paras tertinggi iaitu 3.5 peratus, GST tidak sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan menambah beban rakyat.
“Masa tidak sesuai untuk laksana GST, dengan ekonomi yang majoriti rakyat berpendapatan rendah. Jika dilaksanakan juga, kerajaan akan menambah beban cukai rakyat yang sebenarnya tidak layak untuk dicukai,”

“Dengan kadar inflasi yang semakin naik, pengenalan GST ini juga akan memburukkan keadaan inflasi dan menyumbangkan kenaikan kadar inflasi negara,” katanya pada Keadilandaily.
Rafizi membidas kenyataan Perdana Menteri untuk melaksanakan GST bagi mengurangkan defisit daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahunan.
Ini kerana  katanya, untuk melaksanakan GST, ekonomi negara perlu berada pada tahap yang memuaskan.
“Apabila lebih ramai yang membayar cukai, barulah cukai pendapatan boleh dialihkan kepada GST. GST tidak perlu dijalankan kerana pendapatan rakyat  masih di bawah paras yang terlalu terendah. Malah GST hanya satu penambahan cukai baru kepada rakyat”
“Kerajaan sepatutnya perlu menjelaskan kriteria dan syarat untuk perlaksanaan GST.  Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan berbeza untuk mengurangkan defisit negara dengan mengurangkan ketirisan (rasuah), mengawal perbelanjaan negara,” kata beliau.
Buku Jingga menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara, menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara dan ini terbukti berlaku di Selangor dan Pulau Pinang apabila kerajaan mempunyai lebihan pendapatan.
Rafizi sebelum ini berkata, alasan Najib bahawa pengenalan GST diimbangi penurunan cukai pendapatan tidak relevan kerana kelompok yang membayar cukai pendapatan di negara ini hanya sekitar 10%.
Sedangkan mereka yang akan membayar cukai GST adalah seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak bekerja dan melibatkan semua jenis barangan dan perkhidmatan.
Malaysia juga berbeza dengan negara yang melaksanakan GST seperti Singapura dan Australia kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai skala besar penduduk berpendapatan tinggi, iaitu sehingga 70 peratus.
Sedangkan di Malaysia hanya 10 peratus penduduk yang mampu membayar cukai pendapatan. Bakinya adalah 10 juta penduduk yang akan dibebankan dengan GST jika ia diperkenalkan kerajaan.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...