Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 September 2011

Tiada keputusan mengenai hudud di Kelantan


Demi menghormati konsensus dan dasar bersama Pakatan Rakyat, gagasan itu sebulat suara menangguhkan keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, implimentasi sebuah undang-undang perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat parlimen.

"Peruntukan pelaksanaan (Hudud) hanya selepas pindaan dilakukan terhadap perlembagaan.


"Kita hormati hak tapi pendirian kita adalah jelas... PAS dan DAP tetap dihormati," kata Anwar selepas mesyuarat yang mengambil masa lebih tiga jam.


Justeru keputusan itu menurut beliau akan membuka ruang perbicangan berterusan antara parti komponen dari masa ke semasa.

Mesyuarat yang dihadiri Majlis Pimpinan (MPP) Tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS malam tadi antaranya memperakui kewujudan Enekmen Jenayah Syariah ll Kelantan 1993 dan Enekmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum parti Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Kata Anwar enekmen tersebut telah menjadi pegangan PAS dan dijadikan landasan untuk mencadangkan perlaksanaan undang-undang syariah yang dilihat relevan.

Namun jelas beliau pendirian DAP tidak akan diketepikan memandangkan Pakatan Rakyat menjulang prinsip demokrasi tulen yang memberi ruang semua pihak untuk menyuarakan pendapat.

"Mesyuarat menegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti komponen PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN," tambahnya lagi.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...