Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

28 September 2011

PAS Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Peguam Negara


PAS hari ini mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, siasatan itu penting memandangkan dakwaan bersabit hal itu timbul dari pelbagai pihak termasuk oleh penulis, Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.


"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhajaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan antaranya berhubung dakwaan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan perundangan" kes Altantuyaa Shaariibuu.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...