Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

11 Disember 2011

Noh Perlu minta Maaf Pada Pesawah Seluruh Negara


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri perlu segera meminta maaf kepada pesawah dan petani seluruh negara berhubung penyelewengan RM110 juta dari kementerian beliau sebagaimana lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini.

Adun Skinchan, Ng Suee Lim berkata tindakan Noh yang cuba menyalahkan SelangorKini yang merupakan buletin rasmi kerajaan Selangor sebagai tindakan untuk mengelak dari menjawab persoalan sebenar.

"Seluruh pesawah mahu tahu dan Noh perlu memberi jawapan berhubung kemana perginya peruntukan RM110 juta yang lesap dari kementerian beliau sebagaimana laporan Ketua Audit negara baru-baru ini.


"Noh perlu menjawab soalan ini dahulu kerana wang tersebut untuk diberikan kepada pesawah seluruh negara dibawah peruntukan pembayaran insentif peningkatan Hasil Padi.

"Ini bukan fitnah, ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara." jelas beliau yang bersama-sama petani dan pesawah mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan sebagai menteri di Skinchan dan Sungai Burung pada 22 November lalu.

Sementara itu dalam lapuran media perdana hari ini Noh mendakwa akan mengarahkan peguamnya mengantarkan surat kepada SelangorKini supaya meminta maaf secara terbuka kepada beliau berikutan melapurkan demontrasi pesawah tersebut.

Mengulas laporan tersebut Ng berkata, Noh tidak perlu mengalih isu penyelewengan wang petani tersebut kepada SelangorKini.

"SelangorKini cuma melapurkan apa yang saya dan para pesawah lakukan untuk menggesa beliau supaya berundur dan meletak jawatan sebagai menteri kerana tidak bertanggungjawab dari menunaikan amanah para pesawah dari peruntukan yang telah lesap.

"Mengapa Noh cuba mengalih isu ini kepada SelangorKini malah seluruh pesawah berterima kasih kerana selepas SelangorKini menyiarkan tuntutan tersebut kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan RM117 juta untuk diberikan kepada pesawah.

"Tetapi dimana wang yang RM110 juta yang telah dilesapkan dulu itu," jelas Ng lagi.

Sehubungan itu Ng menggesa supaya Noh lebih bermaruah dalam mengurustadbir wang rakyat supaya isu penyelewengan RM110 tidak lagi berlaku.

Beliau juga menggesa seluruh rakyat menolak kerajaan BN dalam pilihanraya Umum akan datang kerana terlalu banyak memberi masalah kepada rakyat bawahan-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...