Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

15 November 2010

Larangan Media Buat Liputan Sidang DUN Kedah, Satu Pengajaran Kepada Pengamal Media Yang Membuat Liputan Tidak Adil Dan Berat Sebelah

Larangan terhadap beberapa organisasi media arus perdana bagi membuat liputan semasa sesi perbahasan belanjawan Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, dianggap wajar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan melarang beberapa organisasi tersebut dilihat sebagai pengajaran kepada pengamal media yang tidak tahu menilai erti sebenar kebebasan media.

" Kepada media yang tak tahu menghargai erti kebebasan media tidak perlu kita beri sebab dia menyalahkan kebebasan media atas nama dia membuat liputan yang salah, memfitnah atas nama kebebasan media dan mereka yang tidak tahu menghargai kebebasan media, sama seperti monyet yang tidak tahu menghargai bunga ros," kata Mahfuz.


Menurut beliau, tindakan segelintir media yang memutar belitkan fakta dilihat semakin berleluasa lebih-lebih lagi berita melibatkan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Namun, tegas Mahfuz tidak semua media diperlakukan sedemikian, kelonggaran untuk membuat liputan turut diberikan kepada beberapa media yang dianggap mengamalkan prinsip ketelusan.

" Saya lihat tiada larangan daripada negeri Kedah untuk membuat liputan cuma beberapa media sahaja dilarang seperti TV3,RTM, Utusan namun pertubuhan berita nasional Bernama dibenarkan untuk buat liputan," tambah beliau lagi.

Antara media yang dibenarkan membuat liputan adalah daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.-TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...