Datuk Noh Omar tidak harus mencari modal politik murahan dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum beliau mendedahkan bukti bahawa Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahun ke 40.
Tuntutan maaf dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang Exco sebagai syarat untuk beliau mengemukakan bukti adalah permainan politik dan bukan atas kepentingan rakyat.
Jika kepentingan rakyat yang diutamakan, maka sudah tentu Noh selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor, memberi segala "bukti" yang ada, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan diambil.
Yang nyata ialah Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan Yayasan Selangor membelanjakan wang sebegitu besar untuk sambutan ulangtahun.
Samada ada ia RM300,000 untuk majlis makan atau RM800,000 untuk keseluruhan sambutan adalah perkara kedua dan pasti akan terungkai dengan siasatan yang dijalankan.
Perkara pokok adalah pembaziran berlaku dan kerajaan Selangor sudah pun mengambil tindakan dengan mengarahkan juruaudit untuk menjalankan pemeriksaan rapi.
Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk bercuti sebulan sementara siasatan terperinci dijalankan.
Semalam satu lagi tindakan susulan dijalankan - iaitu melarang semua anak syarikat negeri untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi penganjuran majlis kecuali kalau benar-benar perlu.
Semua tindakan ini mencerminkan keseriusan sebuah kerajaan negeri yang mahu mengekang keborosan dan ketirisan, berani mengambil tindakan apabila diperlukan serta tidak menutup kebenaran.
Jauh berbeza dengan dakwaan penyelewengan wang dan salah guna kuasa membabitkan bekas menteri besar Khir Toyo.
Umum tahu mengenai konsesi air lumayan yang diberikan kepada syarikat kroni. Syarikat berkenaan mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus yang akan membebankan seluruh rakyat Selangor.
Noh Omar juga berdiam diri apabila siasatan rasmi kerajaan mendapati Khir Toyo membawa rombongan dan seisi keluarga ke Disneyland di Paris dan Orlando Amerika Syarikat pada kos RM1.7 juta ringgit.
Pendedahan-pendedahan ini hanya secebis dari salah urus kerajaan Umno-BN khususnya ketika zaman Khir Toyo memerintah.
Jika Noh Omar ikhlas mengutamakan kepentingan rakyat dan mahu membuat pendedahan mengenai salah laku, salah urus dan penyelewengan, beliau harus mengemukakan sahaja bukti yang ada, tanpa memilih bulu.
Noh Omar juga harus berani berterus terang mengenai masalah petani-petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat penarikan balik subsidi baja dan pemberian racun serangga yang tidak berkualiti .
Itu hanya secebis daripada keperitan petani yang terpaksa bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di pimpin oleh Noh sendiri.
Tidak ada keperluan untuk beliau atau sesiapa menghantar konco-konco memukul mana-mana ADUN yang cuba menyelesaikan masalah petani terbabit di Barat Laut Selangor khususnya di Tanjong Karang, walaupun Noh adalah Ahli Parlimen kawasan itu.-TVSNews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
19 November 2010
Murahnya Harga Politik Noh Omar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan