Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

09 November 2010

Jika Gagal Menangani Penyelewengan Mungkin Beliau Menarik Diri - Mustapha




Mustapha Mungkin Ikut Jejak Zaid

Selepas Datuk Zaid Ibrahim, seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dilapor sedang berkira-kira menarik diri.

Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika parti itu masih gagal menangani dakwaan kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan langsung PKR.

"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Mustaffa juga turut mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.. 


Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran terperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu.

Untuk penjelasan lanjut berhubung pendiriannya, Naib Presiden PKR itu dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Hari ini juga, Zaid membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, status Zaid masih sah bertanding sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau.-Harakahdaily

Setelah membaca Artikel ini, sila beri komen dan ulasan anda

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...