Perpaduan Melayu Mesti Berlandaskan Islam
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perpaduan Melayu seharusnya berlandaskan Islam dan bukannya kaum semata-mata.
Malah, beliau menganggap penekanan terhadap penyatuan kaum sebagai satu kesilapan dalam sistem politik negara.
"Melayu memang patut bersatu, tapi atas dasar Islam dan bukannya Melayu," ujar beliau kepada wartawan di sebuah Majlis Minum The bersama Anak-Anak DUN Galas di sebuah hotel di sini.
Nik Aziz memberi komen mengenai kenyataan media Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini yang menyatakan kebimbangan mengenai trend politik semasa sebagai menjejaskan perlembagaan negara dan kuasa Raja-Raja Melayu selain menyeru agar orang Melayu mencari titik persamaan dan bersatu.
"Sepatutnya memang Melayu ni bersatu tapi di bawah Islam, bukan di bawah Melayu. Islam datang ke dunia untuk 'ramatil alami, untuk seluruh dunia tapi kenapa tak pasal-pasal ditimbulkan Melayu.
Jadi Cina pun nak timbul juga kerana dia berasa yang dia adalah orang yang banyak menyumbang kewangan dalam tabung negara. Jadi kenapa kita besar-besarkan Melayu, sebut Islam.
Sebab itu masa depan orang Melayu, masa depan dia macam terowong tak ada cahaya. Kalau sebut Islam, orang Cina boleh terima, orang India boleh terima. Ini kesilapan sebut Melayu bukan sebut Islam," katanya.
Sementara itu, Nik Aziz turut menyeru pengundi-pengundi DUN Galas yang tinggal di luar Kelantan supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Beliau menyatakan keperluan menjaga negeri sebagai kerja keagamaan dan bukannya politik semata mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kira-kira 50 anak-anak Galas hadir mendengar amanatnya yang baru menyambut ulangtahun ke-20 memerintah Kelantan.
Majlis dianjurkan oleh PAS Kuala Lumpur dan Kelantan sempena kempen pilihan raya kecil Galas 4 November ini-TVS.
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
01 November 2010
Penyatuan Melayu Seharus Berlandaskan Islam Bukannya Kaum Semata-mata
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan