Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Mei 2011

Tak Perlu Layan Kokokan Saki Baki Umno,Kata MP PAS

PAS tak perlu layan UMNO yang munafik dan jahat

Pemimpin Pusat PAS menganggap sebarang cubaan mengapi-apikan ahli PAS menjelang pemilihan dengan isu kerajaan pusat langsung tidak perlu dilayan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan isu itu ditimbulkan oleh pihak 'luar' dan bukan Pakatan serta hanya bertujuan memecah-belah perpaduan antara ahli PAS sendiri
.

"Saya rasa itu lontaran yang jahat dan tak perlu kita layan. Kalau kita tak layan, ia mati sendiri. Tapi kalau kita layan...Jadi 'mubarak' sungguh dia. Apa faedahnya, akhirnya, kita sama kita berperang, " kata beliau kepada TV Selangor.

Semalam, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN menyatakan bahawa keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara jelas dan terang menolak kerjasama ini.

Isu ini kerap dimainkan oleh media arus perdana terutamanya menjelas Pemilihan dan Muktamar PAS bulan hadapan.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PAS, Khalid Samad menyatakan betapa Mubarak hanya ingin melaga-lagakan ahli PAS sedangkan parti berkenaan sedari awal lagi menolak perkara tersebut.

"Saya pun tak faham dan tak tau kenapa mereka beri komen seperti itu. Dalam Pas ini apa-apa tindakan bukan dibuat oleh satu atau dua orang ianya bergantung kepada keseluruhan ahlinya dalam muktamar.

Menurut Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam, ahli PAS katanya matang dan yakin dengan kepimpinan mereka dan telahpun membuktikan Pakatan Rakyat merupakan platform terbaik dalam membantu rakyat Malaysia.

"Ahli PAS kenal siapa itu Mubarak, bekas wakil rakyat Umno, kita tahu niat mereka tak pernah baik terhadap PAS, dan kalau kenyataan begitu mereka memang nak laga-lagakan PAS. Saya rasa Ahli PAS tahu membuat pemilihan sendiri, dan pemilihan dilakukan berdasarkan kemampuan dan prestasi seseorang. Saya rasa itu tiada kesan kerana isu Kerajaan Perpaduan dah lama kita tinggalkan," kata beliau lagi.-tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...