Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

02 Mei 2011

Undi Cina: Najib, Soi Lek Guna Politik Ugutan


Ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng menolak gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Cina menyokong MCA jika mahu mengekalkan perwakilan kaum itu dalam kerajaan.

Chua berkata "nasihat" Najib itu adalah ugutan terang-terangan oleh Barisan Nasional demi meraih undi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua berkata Najib dan Presiden MCA Chua Soi Lek terdesak mencari jalan untuk menongkah arus sokongan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat seperti yang dizahirkan pada beberapa pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.


"Itu seperti Sarawak lah, baru-baru ini Najib menggunakan ugutan yang sama terhadap SUPP tapi orang Tionghua masih sokong Pakatan Rakyat, dengan begitu jelas undi majoriti besar diterima masyarakat Tionghua," kata beliau.

"Tengoklah apa berlaku di Hulu Selangor, di pilihan raya kecil Tenang, dan baru-baru ini di Sarawak. Jelas orang Cina sudah bosan dengan politik perkauman Umno-BN yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam mahupun ajaran kaum Cina. Politik perkauman akan melemah dan memusnahkan negara," kata beliau kepada TVSelangor.

Chua berkata Najib dan MCA tidak perlu bongkak dan angkuh mengugut kaum Cina mengenai perwakilan mereka dalam kerajaan kerana belum tentu BN akan kekal sebagai kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Jelas beliau lagi, Tuhan akan menentukan segalanya, dan bukan Najib mahupun Chua Soi Lek, kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Ugutan dua pemimpin itu mencerminkan mereka sememangnya terdesak berikutan peratusan pengundi kaum Cina yang menyokon parti pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini kian meningkat.

Mereka memang sudah terdesak, hari ini kita nampak di muka depan NST, Najib minta PAS tinggal DAP, tapi dia tak nampak apa yang berlaku di dalam BN, banyak parti yang terbaru ini, SUPP di Sarawak sudah tenggelam, MCA, Gerakan sudah kalah, MIC dan parti-parti lain sudah lemah sekarang."

Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.-Tvsn

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...