Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

15 Mei 2011

Hata Ikrar 'Istiqomah' Bebaskan Utusan Dari UMNO

Apa yang ada di Utusan sekarang ini ialah Jabatan Pengarang yang dayus dan tak ada harga diri. Mereka hanya tahu cukup bulan dapat gaji dan tak pedulikan apa yang berlaku di utusan

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang 'membebaskan' akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan UMNO walaupun telah dipecat.
Menurut Hata perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air dan kini hanya menjadi suara UMNO.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini tangan- tangan parti politik terutamanya UMNO. Kalau nak cerita pasal perjuangan, saya memang tak layak sebab saya berjuang kebebasan baru 7 hingga 8 bulan tapi kalau sedar, perjuangan wartawan di Malaysia telah 50 tahun sebenarnya.


Kebebasan media mati di Malaysia pada 1961 bila UMNO merampas Utusan," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar semalam.

Hata menceritakan betapa bekas ketua editor Utusan, Said Zahari tidak mahu menerima 4 syarat yang diberikan UMNO supaya menjadi lidah mereka pada tahun 1961.

Said kemudiannya melancarkan mogok bersama wartawan dan pekerja Utusan pada 21 Julai 1961 membantah penglibatan UMNO bersama akhbar tersebut. Beliau kemudiannya ditahan selama 17 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"4 perkara yang dimahukan UMNO dari Said Zahari ialah
pertama, memberikan sokongan penuh kepada parti pemerintah kerana itu lebih menguntungkan perniagaan.

Kedua menyiarkan berita benar tapi bataskan kepada Parti Kerajaan.

Ketiga lebih banyak menyiarkan lebih berita besar berkenaan Menteri berkaitan bahawa ianya boleh dilakukan termasuk kenyataan dan dasar penting, dan keempat, memyokong BN apabila ada penentangan terhadap keputusan (Kerajaan) dilakukan," terang Hata.

Menurut Hata hasil pengambilalihan UMNO ke atas Utusan menjadikan akhbar itu hilang kredibilitinya dan prinsip kewartawanannya apabila segala dasar telahpun ditentukan oleh Pemimpin UMNO sendiri sesuka hati mereka.

"Oleh itu apa yang ada di Utusan sekarang ini ialah Jabatan Pengarang yang dayus dan tak ada harga diri. Mereka hanya tahu cukup bulan dapat gaji dan tak pedulikan apa yang berlaku di utusan," kata Hata

Hata muncul kali pertama dalam pentas ceramah selepas dipecat 1 Mei lalu, atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.

Hata bagaimanapun mengakui beliau gementar berhadapan lebih 500 hadirin.

"Ini merupakan kali pertama saya berceramah, kalau tuan tanya saya gementar atau tak, memang saya gementar sekarang ni. Bila ditanya adakah saya bersedia untuk berceramah, saya terfikir, apakah penerimaan tuan-tuan terhadap ceramah saya.

Saya dah kerja dengan Utusan selama 16 tahun. Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar sebagai "pengkhianat Melayu," katanya disambut gelak ketawa hadirin.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...