“Kita akan mengeluarkan arahan rasmi kepada Cabang-cabang dan Ranting KEADILAN di seluruh negara supaya ahli kita memberikan sokongan kepada perhimpunan ini,” katanya kepada Keadilandaily.
“Sasaran terbaik kita ialah separuh daripada keseluruhan ahli kita yang hadir,” katanya kepada Keadilandaily.
“Semua pimpinan KEADILAN yang diundang berceramah di mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat mesti mengingatkan hadirin supaya memberi sokongan dan hadir pada himpunan tersebut,” kata Tian.
Menjelang hari Sabtu 9 Julai 2011, Bersih mempunyai baki 5 minggu untuk mempromosi himpunan itu melalui pentas-pentas ceramah politik dan sebaran media.
“Walaupun himpunan Bersih kali ini adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan masayarakat madani, namun setiap ahli KEADILAN mempunyai peranan untuk menyebarkan maklumat dan perkembangan
“Kita akan bertemu dengan jawatankuasa Bersih dan memaklumkan kepada ahli mengenai perkembangan dari masa ke semasa,” jelasnya.
Empat tuntutan yang dibawa oleh Bersih pada himpunan pertama pada 20 November 2007 ialah pendaftaran pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.
Dua lagi tuntutan ialah tempoh berkempen selama 21 hari serta sekatan penyelewengan dan penggunaan harta kerajaan oleh parti politik dalamtempoh kempen.-K/Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan