Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, dasar itu jelas tidak sesuai dilaksana dalam masa terdekat dan ketika keadaan pendapatan rakyat masih rendah.
“Sebab itu juga, dalam masa terdekat kita akan mempertingkat lagi kempen anti GST di seluruh negara,” katanya selepas sidang media Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST selepas PRU13 yang akan menyaksikan rakyat perlu membayar cukai sebanyak dua kali.