Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Lagi pemimpin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagi pemimpin. Papar semua catatan

17 November 2011

Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal NFC

Sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah berjumlah RM250 juta, syarikat itu tidak membayar walau satu sen kepada  kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.

KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.
Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
Selain itu, katanya, NFC juga menjual lembu secara kredit selama setahun kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...